Penukaran Hati Kepada Kehendak Tuhan
Penukaran hati peribadi kita termasuk tanggungjawab untuk berkongsi injil Yesus Kristus dengan dunia.
Saya bersyukur atas panggilan kenabian berkuasa Presiden Russell M. Nelson untuk pelayanan misionari dan pesanan misionari mengilham Presiden M. Russell Ballard dan Elder Marcos A. Aidukaitis pagi ini.
Satu tugas menginjil ke Great Britain lewat tahun lepas membenarkan saya merenungkan peristiwa-peristiwa rohani berharga yang menjadi asas kepada keputusan saya untuk melayani sebagai seorang misionari.1 Ketika saya berumur 15 tahun, abang saya, Joe, berumur 20 tahun—umur yang layak untuk melayani misi. Di Amerika Syarikat, kerana konflik di Korea, tidak ramai yang dibenarkan untuk melayani. Hanya seorang yang boleh dipanggil dari setiap bahagian setiap tahun.2 Ia mengejutkan apabila uskup kami minta Joe untuk meneroka kemungkinan ini dengan bapa kita. Joe sedang bersedia untuk memohon ke sekolah perubatan. Bapa kami, tidak aktif dalam Gereja, telah membuat persediaan kewangan untuk bantunya dan tidak menginginkan Joe untuk melayani misi. Ayah cadangkan bahawa ia adalah lebih berfaedah untuk Joe ke sekolah perubatan. Ini satu isu yang besar dalam keluarga kami.
Dalam satu perbincangan menarik dengan abang saya yang bijaksana dan dicontohi, kami menyimpulkan bahawa keputusannya untuk melayani misi dan menangguhkan pendidikannya bergantung kepada tiga soalan: (1) Adakah Yesus Kristus ilahi? (2) Adakah Kitab Mormon firman Tuhan? dan (3) Adakah Joseph Smith Nabi Pemulihan? Jika jawapan kepada soalan-soalan ini ya, ia adalah jelas bahawa Joe boleh lakukan lebih banyak baik berkongsi injil Yesus Kristus bersama dunia daripada menjadi doktor pada tarikh yang lebih awal.3
Malam itu saya berdoa dengan bersungguh-sungguh dan niat yang ikhlas. Roh, dengan cara yang tidak dapat dinafikan, mengesahkan kepada saya bahawa jawapan kepada tiga soalan ini adalah benar. Ini adalah peristiwa yang amat berpengaruh bagi saya. Saya sedar bahawa setiap keputusan yang saya akan buat untuk seluruh hidup saya akan dipengaruhi oleh kebenaran-kebenaran ini. Saya juga tahu saya akan melayani misi jika diberi peluang. Sepanjang hidup pelayanan dan pengalaman rohani, saya telah memahami bahawa penukaran hati yang benar adalah hasil dari penerimaan kehendak Tuhan dengan sengaja, dan kita boleh dibimbing dalam tindakan kita oleh Roh Kudus.
Saya sudah ada kesaksian tentang keilahian Yesus Kristus sebagai Juruselamat dunia. Malam itu saya menerima kesaksian rohani tentang Kitab Mormon4 dan Nabi Joseph Smith.
Joseph Smith Telah Menjadi Suatu Alat dalam Tangan Tuhan
Kesaksian anda akan diperkuatkan apabila anda tahu dalam hati anda melalui doa-doa anda bahawa Nabi Joseph Smith telah menjadi sarana dalam tangan Tuhan. Sejak lapan tahun yang lalu, salah satu tugas saya dalam Dua Belas Rasul adalah untuk semak dan baca tulisan projek Joseph Smith yang hebat serta dokumen dan penyelidikan yang membawa kepada penerbitan jilid-jilid Saints.5 Kesaksian dan kekaguman saya terhadap Nabi Joseph Smith telah diperkukuhkan dan dipertingkatkan selepas membaca butiran tentang kehidupannya yang mengilhamkan dan pelayanan kenabian yang ditahbiskan sebelumnya.
Terjemahan Kitab Mormon oleh Joseph dengan kurnia dan kuasa Tuhan adalah asas bagi Pemulihan.6 Kitab Mormon konsisten secara dalaman, ditulis dengan indah, dan mengandungi jawapan kepada soalan-soalan kehidupan yang hebat. Ia ialah satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus. Saya bersaksi bahawa Joseph Smith seorang yang soleh, penuh iman, dan suatu alat dalam tangan Tuhan dalam mendatangkan Kitab Mormon.
Wahyu dan peristiwa yang dicatatkan dalam Ajaran dan Perjanjian menyediakan kunci, tatacara, dan perjanjian yang diperlukan untuk keselamatan dan permuliaan. Mereka menyatakan asas-asas yang diperlukan untuk menubuhkan Gereja dan juga menyediakan ajaran mendalam yang membolehkan kita memahami tujuan kehidupan dan memberi kita perspektif abadi.
Salah satu daripada banyak contoh tentang peranan kenabian Joseph Smith boleh didapati dalam Bahagian 76 Ajaran dan Perjanjian. Ia adalah catatan yang jelas tentang penglihatan syurga, termasuk kerajaan-kerajaan kemuliaan, di mana Nabi Joseph dan Sidney Rigdon telah diberkati untuk terima pada 16 Februari 1832. Pada masa itu, kebanyakan gereja mengajar bahawa Korban Tebusan Juruselamat tidak akan beri keselamatan bagi kebanyakan orang. Ia dipercayai bahawa hanya beberapa orang yang akan diselamatkan, dan kebanyakannya akan ditakdirkan ke neraka dan kelaknatan, termasuk penderitaan abadi “yang paling dahsyat dan terik.”7
Wahyu yang terkandung dalam bahagian ke-76 menyediakan penglihatan indah tentang taraf kemuliaan di mana kebanyakan anak-anak Bapa Syurgawi yang berani dalam keadaan pra-fana mereka diberkati dengan mendalam mengikut penghakiman yang muktamad.8 Penglihatan tentang tiga taraf kemuliaan, yang paling rendah di mana “melampaui segala pemahaman,”9 adalah penyangkalan langsung terhadap ajaran yang kuat tetapi salah bahawa ramai akan ditakdirkan ke neraka dan laknat.
Apabila anda menyedari Joseph Smith hanya berumur 26 tahun, mempunyai pendidikan terhad, dan sedikit atau tidak terdedah kepada bahasa klasik yang mana Alkitab diterjemahkan, dia benar-benar suatu alat dalam tangan Tuhan. Dalam ayat 17 bahagian 76, dia diilhami untuk menggunakan perkataan tidak soleh dan bukannya laknat yang digunakan dalam Injil Yohanes.10
Menariknya, 45 tahun kemudian, seorang pemimpin gereja Anglikan dan cendekiawan klasik bertauliah akademik,11 Frederic W. Farrar, yang menulis The Life of Christ,12 menegaskan bahawa definisi kelaknatan dalam Alkitab Raja James adalah hasil dari kesalahan penterjemahan dari Ibrani dan Yunani ke Bahasa Inggeris.13
Dalam zaman kita, ramai yang telah menerima konsep bahawa tidak akan ada akibat untuk dosa. Mereka menyokong keampunan dosa tidak bersyarat dan tanpa pertaubatan. Ajaran kita yang diungkapkan bukan saja menyangkal idea bahawa kebanyakan orang akan dihukum secara abadi ke neraka dan kelaknatan tetapi juga menegakkan bahawa pertaubatan peribadi adalah prasyarat yang diperintahkan untuk ambil bahagian dalam Korban Tebusan Juruselamat dan mewarisi kerajaan selestial.14 Saya bersaksi bahawa Joseph Smith benar-benar suatu alat dalam tangan Tuhan bagi mendatangkan Pemulihan injil-Nya!
Oleh kerana Pemulihan injil Yesus Kristus, kita memahami kepentingan pertaubatan dan “pekerjaan kesolehan.”15 Kita memahami kepentingan besar Korban Tebusan Juruselamat dan tatacara dan perjanjian penyelamatan-Nya, termasuk yang dilaksanakan di bait suci.
“Pekerjaan kesolehan” berasal dari dan adalah hasil dari penukaran hati. Penukaran hati yang benar datang melalui penerimaan sengaja dan komitmen untuk mengikuti kehendak Tuhan.16 Banyak akibat dan berkat yang datang dari penukaran hati adalah benar dan kedamaian kekal dan jaminan kegembiraan peribadi terunggul15—meskipun ribut kehidupan ini.
Penukaran hati kepada Juruselamat mengubah manusia alamiah kepada seseorang yang dikuduskan, dilahirkan semula, disucikan—satu makhluk baru dalam Kristus Yesus.18
Ramai Yang Ditahan dari Kebenaran Kerana Mereka Tidak Tahu Di Mana Untuk Menemuinya
Apakah kewajipan yang datang dari penukaran hati? Di Penjara Liberty, Nabi Joseph berkata bahawa ramai “hanya ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana untuk menemuinya.”19
Dalam kata pendahuluan Tuhan bagi Ajaran dan Perjanjian, satu perisytiharan pandangan keseluruhan tentang tujuan Tuhan bagi kita telah ditetapkan. Dia mengisytiharkan, “Oleh itu, Aku Tuhan, mengetahui malapetaka yang akan datang ke atas penduduk bumi, memanggil hamba-Ku Joseph Smith Jr., dan berfirman kepadanya dari syurga, dan memberinya perintah-perintah.” Seterusnya Dia mengarah, “Agar kegenapan Injil-Ku boleh dimaklumkan oleh yang lemah dan yang sederhana ke hujung-hujung dunia.”20 Ini termasuk para misionari sepenuh masa. Ini termasuk setiap kita. Ini seharusnya menjadi tumpuan teliti kepada semua orang yang telah diberkati dengan penukaran hati kepada kehendak Tuhan. Juruselamat dengan rahmat menjemput kita untuk jadi suara-Nya dan tangan-Nya.21 Kasih Juruselamat akan jadi cahaya bimbingan kita. Juruselamat ajarkan para pengikut-Nya, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku.”22 Dan kepada Joseph Smith, Dia mengisytiharkan, “Pergilah kamu ke seluruh dunia, dan khutbahkanlah Injil-Ku kepada setiap makhluk yang belum menerimanya.”23
Seminggu selepas pembaktian Bait Suci Kirtland pada 3 April 1836, iaitu Hari Ahad Easter dan juga Paskah, Tuhan muncul dalam sebuah penglihatan yang mengagumkan kepada Joseph dan Oliver Cowdery. Tuhan menerima bait suci itu dan mengisytiharkan, “Inilah permulaan bagi berkat yang akan dicurahkan ke atas umat-Ku.”24
Selepas penglihatan ini berakhir, Musa muncul “dan menganugerahkan … kunci-kunci pengumpulan Israel dari empat bahagian bumi, dan pimpinan sepuluh suku dari negeri utara.”25
Presiden Russell M. Nelson, nabi terkasih kita yang memegang kunci-kunci yang sama ini, telah mengajar pagi ini: “Anda, lelaki muda telah disimpan bagi masa ini ketika pengumpulan bani israel yang dijanjikan sedang berlangsung. Apabila anda melayani misi, anda berperanan penting dalam tujuan itu!”26
Bagi menjadikan mandat Juruselamat untuk berkongsi injil menjadi sebahagian daripada kita, kita perlu bertukar hati kepada kehendak Tuhan; kita perlu mengasihi jiran-jiran kita, berkongsi injil Yesus Kristus yang dipulihkan, dan menjemput semua untuk datang dan lihat. Sebagai ahli Gereja, kita hargai jawapan Nabi Joseph kepada John Wentworth, editor Chicago Democrat, pada tahun 1842. Dia sedang meminta maklumat tentang Gereja. Joseph akhiri jawapannya dengan menggunakan “Standard Kebenaran” sebagai kata pendahuluan untuk tiga belas Fasal-Fasal Kepercayaan. Standard itu menyampaikan, secara ringkas lagi padat, apa yang harus dicapai:
“Tiada tangan boleh menghentikan pekerjaan dari maju ke depan; penganiayaan boleh mara, perusuh boleh bergabung, tentera boleh berkumpul, pemfitnahan boleh memfitnah, tetapi kebenaran Tuhan akan terus maju ke hadapan dengan berani, mulia, dan berdikari, sehingga ia telah menembusi setiap benua, melawat setiap cuaca, meliputi setiap negara, dan didengari setiap telinga, sehingga tujuan Tuhan akan dicapai dan Yehovah akan mengatakan pekerjaan itu selesai.”27
Inilah seruan lantang untuk generasi-generasi Orang Suci Zaman Akhir, terutamanya para misionari. Dalam semangat “Standard Kebenaran”, kita bersyukur bahawa di tengah-tengah pandemik sedunia, para misionari yang beriman telah berkongsi injil. Para misionari, kami mengasihi anda! Tuhan meminta setiap kita untuk berkongsi injil-Nya dalam pertuturan dan tindakan. Penukaran hati peribadi kita termasuk tanggungjawab untuk berkongsi injil Yesus Kristus dengan dunia.
Berkat berkongsi injil termasuk mempertingkatkan penukaran hati kita kepada kehendak Tuhan dan membiarkan Tuhan menang dalam hidup kita.28 Kita memberkati orang lain untuk mengalami “perubahan yang hebat” dalam hati.29 Terdapat kebahagiaan abadi dalam membantu membawa jiwa-jiwa kepada Kristus.30 Bekerja untuk penukaran hati bagi diri dan orang lain adalah tugas yang mulia.31 Saya bersaksi ini dalam nama Yesus Kristus, amin.