Persidangan Umum
Sekarang Masanya
Persidangan Umum April 2022


5:57

Sekarang Masanya

Sekarang masanya kita belajar. Sekarang masanya kita bertaubat. Sekarang masanya kita berkati orang lain.

Saudara dan saudari yang dikasihi, persidangan ini amat bersejarah. Kita telah diberkati melalui doa, pesanan dan muzik. Kita telah diilham oleh hamba-hamba Tuhan.

Kita telah menerima panduan penting untuk masa depan. Saya doa agar Roh Kudus telah menerangi kepada anda apa yang Tuhan ingin anda lakukan.

Masa depan penuh ketidakpastian. Cuaca berubah. Kitar ekonomi tidak boleh diramalkan Bencana, perang, kemalangan dan penyakit boleh mengubah hidup dengan cepat. Peristiwa begitu kebanyakannya di luar kawalan kita. Tetapi adanya perkara-perkara yang kita boleh kawal, termasuk cara kita meluangkan masa.

Saya suka sajak ini oleh Henry Van Dyke, ditemui di sebuah jam matahari di College Wells, New York. Ia tertulis:

Bayang dari jarumku

Memisahkan kelak dari yang lalu:

Masa depan belum tiba

Dalam gelap di luar kuasa:

Masa berlalu tidak kembali,

Saat menghilang, tiada lagi:

Masa sejam dalam gengaman,—

Itulah SEKARANG pada bayangan.1

Ya, kita perlu belajar dari masa silam, dan ya, kita harus sedia untuk masa depan. Tapi hanya sekarang kita boleh lakukan. Sekarang masanya kita belajar. Sekarang masanya kita bertaubat. Sekarang masanya kita berkati orang lain dan “kuatkanlah tangan yang lemah.”2 Seperti Mormon berani mengisytiharkan, “Kerana kita memiliki pekerjaan untuk dilaksanakan selagi berada di dalam tubuh yang fana ini, agar kita boleh mengalahkan musuh segala kebenaran itu, dan merehatkan jiwa-jiwa kita di dalam kerajaan Tuhan.”3

Musuh tidak pernah tidur. Sentiasa akan ada pertentangan kepada kebenaran. Saya mengulangi mohonan saya pagi ini untuk lakukan perkara-perkara yang meningkatkan momentum rohani positif, daya angkat yang dibicarakan oleh Elder Dieter F. Uchtdorf agar anda maju dalam segala cabaran dan peluang.

Momentum rohani positif meningkat apabila kita beribadah di bait suci dan menambah kefahaman berkat yang diterima secara menyeluruh. Saya mohon kepada anda untuk melawan amalan duniawi dengan tumpuan kepada berkat abadi bait suci. Masa anda di sana membawa berkat buat selamanya.

Semakin Gereja berkembang, kami berusaha membina lebih banyak bait suci. Empat puluh empat bait suci baru kini sedang dibina. Banyak lagi sedang diperbaharui. Saya doa bagi pakar-pakar binaan yang menjalankan projek-projek itu di seluruh dunia.

Dengan penuh rasa syukur, saya bersukacita mengumumkan rancangan pembinaan bait suci baharu di lokasi-lokasi berikut: Wellington, New Zealand; Brazzaville, Republik Congo; Barcelona, Sepanyol; Birmingham, United Kingdom; Cusco, Peru; Maceió, Brazil; Santos, Brazil; San Luis Potosí, Mexico; Mexico City Benemérito, Mexico; Tampa, Florida; Knoxville, Tennessee; Cleveland, Ohio; Wichita, Kansas; Austin, Texas; Missoula, Montana; Montpelier, Idaho; dan Modesto, California.

17 bait suci ini akan memberkati kehidupan banyak orang di kedua-dua belah tirai. Saya kasihi anda, saudara dan saudariku. Terutamanya, Tuhan kasihi anda! Dia ialah Juruselamat dan Penebus anda. Dia memimpin dan membimbing Gereja-Nya. Semoga kita menjadi umat layak Tuhan, yang firmankan, “[Kamu] akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Tuhan [kamu].”4

Saya doakan ini dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.