Angkatlah Hatimu dan Bersukacitalah
Kita dilahirkan pada waktu ini untuk tujuan ilahi, iaitu pengumpulan Israel.
Tuhan memberi galakan kepada Thomas B. Marsh, seorang penganut baru, “Angkatlah hatimu dan bersukacitalah, kerana masa bagi misimu telah tiba” (Ajaran dan Perjanjian 31:3).
Saya percaya jemputan ini boleh mengilhami semua ahli Gereja. Kerana, setiap kita telah menerima daripada Bapa Syurgawi misi pengumpulan Israel di kedua-dua belah tirai.
“Pengumpulan itu,” Presiden Russell M. Nelson berkata, “adalah perkara yang paling penting yang berlaku di bumi hari ini. Tidak ada yang lain sebanding dengan kebesarannya, tidak ada yang sebanding dengan kepentingannya, tidak ada yang sebanding dengan keagungannya.”1
Pastinya, terdapat banyak tujuan yang layak di dunia. Adalah mustahil untuk menamakan semuanya. Tetapi tidakkah anda ingin terlibat dalam tujuan besar dalam jangkauan anda dan di mana usaha anda membuat perubahan yang penting? Pengumpulan Israel membuat perubahan abadi kepada semua. Orang dari semua peringkat umur boleh terlibat dalam tujuan ini tanpa mengira keadaan mereka dan di mana mereka tinggal. Tidak ada tujuan lain di dunia ini yang lebih menyeluruh.
Semasa berucap khusus kepada remaja, Presiden Nelson berkata bahawa “Bapa Syurgawi kita telah menyimpan banyak roh-roh-Nya yang mulia—mungkin … pasukan-Nya yang paling hebat—untuk fasa terakhir ini. Roh-roh mulia itu—wira-wira itu—ialah anda!”2
Ya, anda telah disediakan sebelum kehidupan ini dan dilahirkan sekarang untuk terlibat dalam pekerjaan besar pengumpulan Israel di kedua-dua belah tirai pada zaman akhir ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 138:53–56).
Mengapakah tujuan ini sangat penting? Kerana “nilai semua jiwa adalah besar di mata Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 18:10). Dan kerana “sesiapa yang percaya kepada [Yesus Kristus], dan dibaptiskan, merekalah yang akan diselamatkan; dan … akan mewarisi kerajaan Tuhan” (3 Nefi 11:33). Selain itu, “segala yang Bapa-Ku miliki akan diberikan kepada” mereka yang menerima tatacara-Nya dan mentaati perjanjian-Nya (Ajaran dan Perjanjian 84:38). Tambahan, “yang menuai hanya sedikit” (Lukas 10:2).
Hanya dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kita menemui kuasa, wewenang, dan cara untuk memberikan berkat seperti itu kepada orang lain, sama ada yang hidup atau mati.
Seperti yang Presiden Nelson berkata: “Apabila anda lakukan sebarang perkara yang membantu sesiapa pun—di kedua-dua belah tirai—mengambil langkah terhadap membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima tatacara pembaptisan dan tatacara bait suci mereka, anda menolong untuk mengumpulkan Israel. Ia semudah itu.”3
Walaupun terdapat banyak cara untuk membantu dalam pengumpulan, saya ingin berucap khususnya tentang satu: melayani sebagai misionari sepenuh masa. Bagi banyak antara anda, ini bermaksud menjadi misionari pengajar. Bagi orang lain, ia bermaksud menjadi seorang misionari pelayanan. Tetapi dunia cuba mengalihkan remaja dari tanggungjawab yang paling kudus ini dengan menggunakan ketakutan dan ketidaksempurnaan.
Beberapa gangguan lain mungkin termasuk alami pandemik, tinggalkan pekerjaan yang baik, tangguhkan pendidikan, atau berminat dengan seseorang secara romantis. Semua orang akan menghadapi cabaran mereka sendiri. Gangguan seperti ini boleh timbul tepat pada waktu memulakan pelayanan Tuhan, dan pilihan yang kelihatan jelas kemudian tidak selalunya mudah semasa mengalaminya.
Saya tahu dari pengalaman mengganggu orang muda seperti itu. Semasa saya bersedia untuk melayani misi saya, beberapa daya yang tidak dijangka cuba patah semangat saya. Salah satu ialah doktor gigi saya. Apabila dia tahu temu janji saya ialah supaya saya boleh menjadi seorang misionari, dia cuba menghalang saya daripada melayani. Saya tidak tahu bahawa doktor gigi saya melawan Gereja.
Gangguan pendidikan saya juga rumit. Apabila saya minta cuti selama dua tahun dari program universiti saya, saya diberitahu bahawa itu mustahil. Saya akan kehilangan tempat saya di universiti jika saya tidak kembali selepas satu tahun. Di Brazil, ini serius kerana satu-satunya kriteria untuk pengakuan dalam program universiti ialah pemeriksaan yang sangat susah dan bersaing.
Selepas berulang kali mendesak, saya dengan keberatan diberitahu setelah tidak masuk selama satu tahun, saya boleh memohon untuk pengecualian atas alasan yang luar biasa. Ia mungkin diluluskan atau tidak. Saya berasa takut dengan idea mengambil semula ujian pengambilan yang susah selepas dua tahun berehat dari pengajian saya.
Saya juga berminat dengan seorang gadis. Beberapa kawan saya berkongsi minat yang sama. Saya berfikir, “Jika saya pergi melayani misi, saya menghadapi risiko.”
Tetapi Tuhan Yesus Kristus adalah ilham terbesar saya untuk tidak takut tentang masa depan semasa saya berusaha sepenuh hati melayani-Nya.
Dia juga mempunyai misi untuk digenapi. Dalam kata-kata-Nya sendiri, Dia menjelaskan, “Kerana Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku” (Yohanes 6:38). Dan adakah misi-Nya mudah? Tentunya tidak. Penderitaan-Nya, yang menjadi bahagian penting misi-Nya, menyebabkan Dia, “bahkan Tuhan, yang terbesar daripada semuanya, menggeletar kerana kesakitan, dan berdarah pada setiap liang roma, dan menderita baik tubuh mahupun roh—dan menginginkan agar Aku boleh tidak meminum cawan yang pahit itu, dan menarik diri—
“Walaupun demikian, kemuliaan kepada Bapa, dan Aku meminumnya dan menyelesaikan persediaan-Ku bagi anak-anak manusia” (Ajaran dan Perjanjian 19:18–19).
Melayani misi sepenuh masa mungkin kelihatan sukar bagi kita. Mungkin ia memerlukan kita menyerahkan hal-hal penting buat seketika. Tuhan pasti tahu ini, dan Dia akan selalu berada di sisi kita.
Malah, dalam pesanan mereka kepada para misionari dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku, Presidensi Utama berjanji, “Tuhan akan memberi ganjaran dan berkat kaya kepada anda semasa anda melayani-Nya dengan rendah hati dan penuh doa.”4 Memang benar bahawa semua anak Tuhan diberkati, dalam satu cara atau yang lain, tetapi terdapat perbezaan di antara diberkati dan diberkati dengan kaya dalam pelayanan-Nya.
Ingat cabaran yang saya hadapi sebelum misi saya? Doktor gigi saya? Saya menemukan doktor lain. Universiti saya? Mereka membuat pengecualian untuk saya. Ingat gadis itu? Dia berkahwin dengan kawan baik saya.
Tetapi Tuhan betul-betul memberkati saya. Saya pelajari berkat-berkat Tuhan boleh datang dalam cara yang berbeza dari apa yang kita harapkan. Lagipun, fikiran-Nya bukan fikiran kita (lihat Yesaya 55:8–9).
Antara berkat-berkat yang Dia telah berikan saya kerana melayani-Nya sebagai misionari sepenuh masa adalah iman yang lebih besar kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya dan pengetahuan serta kesaksian yang lebih kuat tentang ajaran-ajaran-Nya, supaya saya tidak mudah tergoyang oleh “setiap angin ajaran” (Efesus 4:14). Saya hilang rasa takut untuk mengajar. Keupayaan saya untuk menghadapi cabaran dengan optimisme meningkat. Dengan memerhati individu dan keluarga yang saya temui atau mengajar sebagai misionari, saya belajar bahawa ajaran-ajaran Tuhan adalah benar apabila Dia berfirman bahawa dosa tidak membawa kebahagiaan sejati dan kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan membantu kita makmur secara duniawi dan rohani (lihat Mosia 2:41; Alma 41:10). Dan saya pelajari Tuhan adalah seorang Tuhan mukjizat (lihat Mormon 9).
Semua perkara ini penting dalam persediaan saya untuk kehidupan dewasa, termasuk perkahwinan dan keibubapaan, pelayanan Gereja, dan kehidupan profesional dan komuniti.
Selepas misi saya, saya bermanfaat dari keberanian saya untuk mempersembahkan diri sebagai pengikut setia Yesus Kristus dan Gereja-Nya dalam semua keadaan dan kepada semua orang, bahkan berkongsi injil dengan seorang wanita cantik yang menjadi pasangan abadi saya yang terhormat, bijaksana, menyeronokkan, dan dikasihi, serta cahaya hidup saya.
Ya, Tuhan telah banyak memberkati saya, jauh melebihi apa yang saya bayangkan, sama seperti Dia akan memberkati semua yang “melayani-Nya dengan rendah hati dan penuh doa.” Saya bersyukur secara abadi kepada Tuhan untuk kebaikan-Nya.
Misi saya membentuk hidup saya sepenuhnya. Saya belajar ia berbaloi untuk mempercayai Tuhan, untuk mempercayai kebijaksanaan dan belas kasihan-Nya dan dalam janji-janji-Nya. Dia adalah Bapa kita, dan tanpa sebarang keraguan, Dia inginkan yang terbaik untuk kita.
Remaja yang dikasihi di seluruh dunia, saya berikan jemputan yang sama yang nabi kita, Presiden Nelson, telah berikan anda semua “untuk masuk ke batalion remaja Tuhan untuk membantu mengumpulkan Israel.” President Nelson berkata:
“Tidak ada apa-apa akibat yang lebih besar. Langsung tidak ada.
“Pengumpulan ini harus bermaksud segalanya kepada anda. Inilah misi untuk mana anda diutus ke bumi.”5
Kita dilahirkan pada waktu ini untuk tujuan ilahi, iaitu pengumpulan Israel. Apabila kita melayani sebagai misionari sepenuh masa, ada masanya kita dicabar, tetapi Tuhan sendiri adalah teladan dan penunjuk jalan kita yang hebat dalam keadaan sedemikian. Dia faham tentang misi yang susah. Dengan bantuan-Nya, kita boleh melakukan perkara yang sukar. Dia akan berada di sisi kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:88), dan Dia akan memberkati kita dengan besar semasa kita melayani-Nya dengan rendah hati.
Untuk semua sebab ini, saya tidak hairan bahawa Tuhan berfirman kepada Thomas B. Marsh dan kepada kita semua, “Angkatlah hatimu dan bersukacitalah, kerana masa bagi misimu telah tiba.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.