Setiap Kita Mempunyai Kisah
Sila datang mencari keluarga anda, semua generasi anda dan membawa mereka pulang.
Para rakan, saudara dan saudari, setiap kita mempunyai kisah. Apabila kita menemui cerita kita, kita berhubung, kita tergolong, kita menjadi satu.
Nama saya Gerrit Walter Gong. Gerrit ialah nama Belanda, Walter (nama bapa saya) ialah nama Amerika, dan Gong sememangnya adalah nama Cina.
Para pakar menganggarkan sebanyak 70–110 bilion orang telah hidup di bumi. Mungkin hanya satu telah dinamakan Gerrit Walter Gong.
Setiap kita mempunyai kisah. Saya suka “air hujan [dan] hembusan angin lalu.”1 Saya berjalan bersama penguin di Antartika. Saya berikan anak-anak yatim piatu di Guatemala, kanak-kanak di Kemboja, wanita Maasai dalam Mara Afrika gambar diri mereka sendiri yang pertama.
Saya tunggu di hospital ketika setiap anak kami dilahirkan—selepas saya membantu doktor.
Saya mempercayai Tuhan. Saya percaya “[kita] wujud agar [kita] boleh berbahagia,”2 bahawa segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Tuhan.3
Anda tahu kisah anda? Apakah maksud nama anda? Populasi dunia bertambah dari 1.1 bilion orang pada tahun 1820 kepada hampir 7.8 bilion pada 2020.4 Tahun 1820 nampaknya satu titik infleksi dalam sejarah. Ramai yang dilahirkan selepas tahun 1820 mempunyai memori dan rekod hidup untuk mengenal pasti beberapa generasi keluarga. Bolehkah anda ingati satu memori istimewa, bersama datuk nenek atau ahli keluarga yang lain?
Tidak kira apa pun jumlah individu yang hidup di bumi, ia adalah terhad, boleh dikira, satu per satu. Anda dan saya, setiap kita penting.
Dan sila pertimbangkan ini: sama ada kita tahu atau tidak, kita masing-masing dilahirkan daripada seorang ibu dan bapa. Dan setiap ibu dan bapa dilahirkan daripada seorang ibu dan bapa.5 Sama ada dilahirkan atau diangkat, kita semua terhubung dalam keluarga tuhan dan keluarga manusia.
Dilahirkan pada tahun 837 M, datuk moyang saya yang ke-30, Naga Gong Pertama, memulakan kampung keluarga kami di China selatan. Kali pertama saya melawat kampung Gong, orang ramai berkata, “Wenhan huilaile” (“Gerrit telah kembali”).
Di sebelah ibu saya, salasilah keluarga hidup kami termasuk beribu-ribu nama keluarga, dengan lebih lagi untuk ditemui.6 Setiap kita mempunyai lebih banyak keluarga untuk dihubungkan. Jika anda fikir mak cik telah melengkapkan semua genealogi keluarga anda, sila cari sepupu dan sepupu kepada sepupu anda. Hubungkan nama-nama keluarga memori hidup anda dengan 10 bilion nama yang boleh dicari dalam FamilySearch yang kini ada dalam koleksi online dan 1.3 bilion individu dalam Family Tree.7
Minta kawan-kawan atau keluarga lukiskan satu pokok yang hidup. Sepertimana Presiden Russell M. Nelson ajarkan, pokok-pokok hidup ada akar dan cabang.8 Sama ada anda generasi pertama atau kesepuluh, hubungkan yang lepas untuk masa depan. Sambungkan akar dan cabang-cabang dalam pokok keluarga anda.9
Soalan, “Dari manakah anda?” bertanyakan keturunan, tempat lahir dan negara asal atau tanah air. Di seluruh dunia, 25 peratus manusia adalah keturunan China, 23 peratus keturunan India, 17 peratus keturunan Asia dan Pasifik yang lain, 18 peratus Eropah, 10 peratus Afrika, 7 peratus Benua Amerika.10
Soalannya, “Dari manakah anda?” juga menjemput kita untuk menemui identiti ilahi dan tujuan rohani kita dalam kehidupan.
Setiap kita mempunyai kisah.
Sebuah keluarga yang saya kenal menghubungkan lima generasi keluarga apabila mereka melawat rumah lama mereka di Winnipeg, Kanada. Di sana datuk itu memberitahu cucu-cucunya tentang dua misionari (yang dia panggilkan malaikat-malaikat dari syurga) yang berkongsi injil Yesus Kristus yang dipulihkan, maka mengubah keluarga mereka buat selamanya.
Seorang ibu yang saya kenal menjemput anak-anaknya dan sepupu mereka untuk bertanya kepada nenek moyang mereka tentang pengalaman zaman kanak-kanaknya. Pengembaraan nenek moyang dan pelajaran kehidupan kini adalah buku keluarga berharga yang menyatukan generasi.
Seorang remaja putera yang saya kenali sedang membuat satu “Jurnal Bapa.” Bertahun-tahun lalu, bapanya mati akibat kemalangan kereta. Sekarang, untuk mengenali ayahnya, remaja putera yang berani ini memelihara kenangan dan cerita zaman kanak-kanak daripada keluarga dan kawan-kawan.
Apabila ditanya dari mana datangnya makna kehidupan, kebanyakan orang memilih keluarga.11 Ini termasuk kehidupan keluarga dan moyang sebelum ini. Semestinya, apabila kita mati, kita masih wujud. Kita meneruskan kehidupan di sebelah tirai.
Nenek moyang kita masih hidup, maka mereka patut diingati.12 Kita mengingati warisan kita melalui sejarah lisan, catatan suku dan cerita keluarga, tugu atau tempat peringatan dan perayaan-perayaan yang bersertakan gambar, makanan, atau barang-barang yang mengingatkan kita tentang orang tersayang.
Fikirkan di mana anda tinggal—bukankah ia menakjubkan bagaimana negara dan komuniti anda mengingati dan menghormati nenek moyang, keluarga, orang yang telah melayani dan terkorban? Contohnya, pada peringatan menuai musim luruh di Molton Selatan, Devonshire, England, Sister Gong dan saya suka mencari gereja dan komuniti kecil di mana generasi-generasi keluarga Bawden kami tinggal. Kita menghormati nenek moyang kita dengan membuka pintu syurga melalui kerja bait suci dan sejarah keluarga13 dan menjadi satu pautan kimpalan14 dalam rantai generasi kita.15
Dalam zaman “Saya pilih saya,” masyarakat bermanfaat apabila generasi-generasi berhubung secara bermakna. Kita memerlukan akar untuk mempunyai sayap—hubungan tulen, pelayanan yang bermakna, kehidupan yang melimpasi dunia media sosial.
Berhubung dengan nenek moyang boleh mengubah kehidupan kita dengan cara yang mengejutkan. Dari percubaan dan pencapaian mereka, kita memperoleh iman dan kekuatan.16 Dari kasih dan pengorbanan mereka, kita belajar untuk mengampuni dan maju ke hadapan. Anak-anak kita menjadi teguh. Kita memperoleh perlindungan dan kuasa. Hubungan dengan nenek moyang meningkatkan kerapatan keluarga, kesyukuran, mukjizat. Ikatan sedemikian boleh membawa pertolongan dari sebelah tirai.
Sepertimana kebahagiaan datang dalam keluarga, begitu juga kesedihan. Tidak ada individu atau keluarga yang sempurna. Apabila mereka yang harus mengasihi, memelihara, dan melindungi kita gagal untuk berbuat demikian, kita rasa ditinggalkan, malu, dilukai. Keluarga boleh menjadi satu rongga. Namun, dengan bantuan syurga, kita boleh memahami keluarga kita dan saling berdamai.17
Kadangkala komitmen yang tidak berubah untuk mematuhi perhubungan keluarga membantu kita mencapai perkara-perkara yang susah. Dalam sesetengah kes, komuniti menjadi keluarga. Seorang remaja puteri hebat yang keluarga bermasalahnya sering berpindah menjumpai satu keluarga Gereja yang memelihara dan memberi tempat di mana dia rasa tergolong. Pola genetik dan keluarga mempengaruhi tetapi tidak menentukan siapa kita.
Tuhan mahu keluarga kita menjadi gembira dan abadi. Keabadian adalah terlalu lama jika kita membuat satu sama lain sedih. Kegembiraan adalah terlalu singkat jika hubungan yang dihargai berakhir dengan kehidupan ini. Melalui perjanjian kudus, Yesus Kristus menawar kasih, kuasa, dan rahmat-Nya untuk mengubah kita18 dan memulihkan hubungan-hubungan kita. Pelayanan bait suci yang tidak mementingkan diri untuk orang terkasih kita dan orang lain menjadikan Korban Tebusan Juruselamat benar untuk mereka dan kita. Dikuduskan, kita boleh kembali ke hadirat Tuhan apabila keluarga bersatu secara abadi.19
Setiap cerita kita adalah perjalanan yang masih sedang berkembang, semasa kita menemui, mencipta, dan menjadi dengan kemungkinan yang tidak dapat dibayangkan.
Nabi Joseph Smith berkata, “Ianya boleh dilihat bagi segelintir orang sebagai suatu ajaran berani yang kita bincangkan—suatu kuasa yang mencatat atau mengikat di atas bumi dan mengikat di dalam syurga.”20 Pergaulan yang kita ciptakan di sini boleh wujud dengan kemuliaan abadi di sana.21 Sesungguhnya, “kita tanpa [ahli keluarga kita] tidak dapat dijadikan sempurna; begitu juga dengan mereka tanpa kita dapat dijadikan sempurna,” iaitu, dalam “suatu kesatuan yang menyeluruh dan lengkap dan sempurna.”22
Apakah yang kita boleh lakukan sekarang?
Pertama, bayangkan imej anda dicerminkan kembali dan ke depan di antara dua cermin keabadian. Dalam satu arah, gambarkan diri anda sebagai anak perempuan, cucu, cicit; di arah yang lain, senyum kepada diri anda sebagai mak cik, ibu, nenek. Betapa cepatnya masa berlalu! Dalam setiap masa dan peranan, perhatikan siapa yang bersama anda. Kumpulkan gambar dan cerita mereka; jadikan memori mereka benar. Catatkan nama, pengalaman, tarikh penting mereka. Mereka adalah keluarga anda—keluarga yang anda miliki dan keluarga yang anda inginkan.
Semasa anda melaksanakan tatacara bait suci untuk ahli keluarga, roh Elia, satu pernyataan Roh Kudus memberi kesaksian tentang sifat ilahi sebuah keluarga,23 akan mengait hati bapa, ibu dan anak-anak bersama dalam kasih.24
Kedua, biarlah pengembaraan sejarah keluarga bertujuan dan secara spontan. Hubungi nenek anda. Lihat ke dalam mata bayi dengan mendalam. Luangkan masa—menemui keabadian—dalam setiap peringkat perjalanan anda. Belajar dan mengakui warisan keluarga anda dengan kesyukuran dan kejujuran. Meraikan dan menjadi positif dan, di mana diperlukan, melakukan segala yang mungkin dengan rendah hati tanpa melepaskan hal-hal negatif. Biarlah hal-hal baik bermula dengan anda.
Ketiga, layarilah FamilySearch.org. Muat turun aplikasi mudah alih yang tersedia. Ia percuma dan seronok. Temui, hubungkan, tergolong. Lihat bagaimana anda bersaudara dengan orang lain dalam sebuah bilik, betapa mudah dan berfaedahnya untuk menambahkan nama-nama kepada salasilah keluarga hidup anda, untuk mencari dan memberkati moyang dan warisan anda.
Keempat, bantu menyatukan keluarga secara abadi. Ingatlah demografi syurga. Terdapat ramai lagi di sebelah tirai berbanding dengan di belah sini. Semakin banyak bait suci didapati di lebih dekat kepada kita, sila tawarkan tatacara bait suci bagi mereka yang menunggu untuk menerimanya.
Janji pada Hari Easter dan selalunya adalah, dalam dan melalui Yesus Kristus, jadikanlah kisah kita yang terbaik dan keluarga kita boleh menjadi gembira dan abadi. Dalam semua generasi kita, Yesus Kristus menyembuhkan mereka yang patah hati, membebaskan yang tertawan, kemerdekaan bagi mereka yang tertindas.25 Perjanjian digolongkan bersama Tuhan dan satu sama lain26 termasuk mengetahui bahawa roh dan tubuh kita akan disatukan semula semasa kebangkitan dan hubungan kita yang paling berharga dapat berterusan selepas kematian dengan kegenapan kebahagiaan.27
Setiap kita mempunyai kisah. Marilah temui kisah anda. Marilah cari suara anda, lagu anda, keharmonian anda dalam Dia. Inilah tujuan Tuhan menciptakan langit dan bumi dan melihat bahawa ia baik.28
Puji rancangan kegembiraan Tuhan, Korban Tebusan Yesus Kristus, pemulihan berterusan dalam injil dan Gereja-Nya. Sila datang mencari keluarga anda, semua generasi anda, dan membawa mereka pulang. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.