Tangga Iman
Ketidakpercayaan halang keupayaan kita untuk lihat mukjizat, sedangkan iman kepada Juruselamat membuka kuasa syurga.
Bagaimanakah cabaran hidup mempengaruhi iman kita kepada Yesus Kristus? Dan apakah kesan iman kita terhadap kebahagiaan dan kedamaian yang kita alami dalam kehidupan ini?
Pada tahun 1977. Telefon berdering, dan pesanan itu mengoyakkan hati kami. Carolyn dan Doug Tebbs dalam proses berpindah ke rumah baharu mereka selepas tamat sekolah. Kuorum penatua datang untuk memuatkan lori. Doug, pastikan jalan itu kosong sebelum keluar, melihatnya lagi untuk kali terakhir. Apa yang dia tidak lihat adalah anak perempuannya, Jennie, meluru ke belakang lori pada masa yang salah. Dalam sekelip mata, anak mereka Jennie telah meninggal.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah kesakitan mereka yang begitu mendalam dan rasa kehilangan yang tidak terbayang menciptakan jurang yang tidak dapat didamaikan di antara Carolyn dan Doug, atau adakah ia mengikat hati mereka bersama dan menguatkan iman mereka dalam rancangan Bapa Syurgawi?
Pengalaman kesengsaraan mereka lama dan menyakitkan, tetapi datang kekuatan rohani untuk tidak kehilangan harapan, tetapi untuk “bertahanlah pada jalan [mereka].”1 Pasangan luar biasa ini bahkan menjadi lebih seperti Kristus. Lebih komited. Lebih berbelas kasihan. Mereka percaya bahawa, pada masa-Nya, Tuhan akan membaktikan kesengsaraan mereka demi keuntungan mereka.2
Walaupun kesakitan dan kehilangan tidak akan dan tidak dapat hilang sepenuhnya, Carolyn dan Doug telah dihiburkan dengan jaminan bahawa dengan kekal teguh pada jalan perjanjian mereka, Jennie yang mereka kasihi akan jadi milik mereka selamanya.3
Teladan mereka telah kuatkan iman saya dalam rancangan Tuhan. Kita tidak melihat semua hal. Dia dapat. Tuhan beritahu Joseph Smith di Penjara Liberty bahawa “semua hal ini akan memberi engkau pengalaman, dan akan menjadi kebaikanmu Putera Manusia telah mengalami lebih teruk dari kesemuanya. Adakah engkau lebih hebat daripada Dia?”4
Apabila kita menerima hendak Tuhan, Dia mengajar kita bagaimana untuk berjalan bersama-Nya.5 Sebagai seorang misionari muda yang melayani di Tahiti, saya diminta untuk melayani seorang anak yang sakit. Kami letakkan tangan kami di atas kepalanya dan memberkati dia untuk menjadi lebih baik. Kesihatannya mula bertambah baik, tetapi kemudian dia jatuh sakit lagi. Kali kedua kami memberkati dia tetapi hasil yang sama. Datang permintaan ketiga. Kami merayu kepada Tuhan agar terjadilah kehendak-Nya. Tidak lama selepas itu, roh kecil ini kembali ke rumah syurgawinya.
Tetapi kami merasa kedamaian. Kami mahu anak itu hidup, tetapi Tuhan ada rancangan lain. Menerima kehendak-Nya sebagai kehendak sendiri adalah kunci untuk cari kebahagiaan tidak kira keadaan kita.
Iman mudah yang kita ada dalam Yesus Kristus semasa kita mula belajar tentang Dia boleh kekal dalam hati kita apabila kita hadapi cabaran hidup. Iman kita kepada-Nya boleh dan akan bimbing kita melalui kerumitan hidup. Sesungguhnya, kita akan dapati ada kesederhanaan di sisi lain kerumitan hidup6 semasa kita kekal “[tabah] di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna.”7
Sebahagian tujuan hidup adalah untuk membenarkan batu halangan berpotensi ini menjadi batu loncatan semasa kita menaiki apa yang saya panggil “tangga iman”—sebuah tangga sebab iman bukan sesuatu yang statik. Ia boleh naik atau turun mengikut pilihan yang kita buat.
Semasa kita berusaha untuk bina iman kepada Juruselamat, kita mungkin tidak fahami sepenuhnya kasih Tuhan kepada kita dan kita mematuhi hukum-hukum-Nya atas rasa kewajipan. Rasa bersalah mungkin menjadi penggerak utama kita dan bukannya kasih. Hubungan sebenar dengan Dia mungkin belum dialami.
Apabila kita berusaha tingkatkan iman kita, kita mungkin dikelirukan oleh apa yang Yakobus ajarkan. Dia ingatkan kita bahawa “iman tanpa perbuatan baik itu sia-sia.”8 Kita mungkin tersadung jika kita fikir semua bergantung kepada kita. Bergantung pada diri kita boleh halang keupayaan kita untuk capai kuasa syurga.
Tetapi semasa kita maju ke arah iman sejati dalam Yesus Kristus, minda kita mula berubah. Kita sedar kepatuhan dan iman kepada Juruselamat melayakkan kita untuk selalu memiliki Roh-Nya bersama kita.9 Kepatuhan bukan lagi gangguan tetapi menjadi suatu pencarian.10 Kita sedar kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan membolehkan kita untuk dipercayai oleh-Nya. Dengan kepercayaan-Nya datang peningkatan cahaya. Cahaya ini bimbing perjalanan dan membenarkan kita untuk lihat jelas jalan yang kita harus ambil.
Tetapi terdapat lebih lagi. Apabila iman kita kepada Juruselamat meningkat, kita lihat satu peralihan halus yang termasuk pemahaman ilahi tentang hubungan kita dengan Tuhan—satu gerakan yang stabil dari “Apa yang saya mahu?” kepada “Apa yang Tuhan mahu?” Seperti Juruselamat, kita mahu bertindak “[bukan] turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.”11 Kita mahu lakukan pekerjaan Tuhan dan menjadi alat dalam tangan-Nya.12
Kemajuan kita adalah sesuatu yang abadi. Presiden Russell M. Nelson mengajarkan ada lebih banyak lagi yang Bapa Syurgawi ingin kita ketahui.13 Semasa kita maju, kita lebih fahami apa yang Tuhan ajarkan Joseph Smith: “Kerana jika kamu mentaati perintah-perintah-Ku kamu akan menerima kegenapan-Nya, dan dimuliakan di dalam Aku … Aku berfirman kepadamu, kamu akan menerima rahmat demi rahmat.”14
Betapa tingginya kita menaiki tangga iman adalah keputusan kita. Elder Neil L. Andersen mengajar bahawa, “iman bukanlah kerana nasib tetapi kerana pilihan.”15 Kita boleh pilih untuk membuat pilihan yang perlu untuk tingkatkan iman kita kepada Juruselamat.
Pertimbangkan kesan pilihan Laman dan Lemuel turun tangga iman sementara Nefi menaiki lebih tinggi. Adakah contoh lebih jelas daripada perbezaan di antara jawapan Nefi “Saya akan pergi dan melaksanakan”16 berbanding Laman dan Lemuel, yang telah lihat malaikat, menjawab dengan “Bagaimanakah mungkin bahawa Tuhan akan menyerahkan?”17
Ketidakpercayaan halang keupayaan kita untuk lihat mukjizat, sedangkan iman kepada Juruselamat membuka kuasa syurga.
Bahkan ketika iman kita lemah, tangan Tuhan akan selalu dihulurkan.18 Bertahun yang lalu, saya terima tugas untuk menyusun semula satu pancang di Nigeria. Pada saat akhir, terdapat perubahan pada tarikh itu. Ada seorang lelaki di pancang yang putuskan untuk keluar bandar untuk tarikh persidangan pertama. Dia tidak mahu risiko dipanggil sebagai presiden pancang.
Semasa dia di luar bandar, dia alami kemalangan ngeri, tetapi dia tidak cedera. Ini buat dia pertimbangkan mengapa nyawanya diselamatkan. Dia merenung semula keputusan yang dia telah buat. Dia bertaubat dan dengan rendah hati menghadiri tarikh persidangan baharu. Dan ya, dia dipanggil menjadi presiden pancang baharu.
Elder Neal A. Maxwell ajarkan: “Hanya dengan menyatukan kehendak-kehendak kita dengan kehendak Tuhan, kegembiraan penuh boleh ditemui. Apa-apa yang kurang akan menghasilkan bahagian yang lebih sedikit.”19
Selepas melakukan “segala hal yang berada dalam kuasa kita,” maka ia adalah masa untuk “berdiri teguh … untuk melihat keselamatan daripada Tuhan.”20 Saya lihat ini semasa melayani sebagai pelayan saudara kepada keluarga McCormick. Berkahwin selama 21 tahun, Mary Kay melayani dengan beriman dalam panggilannya. Ken bukan ahli Gereja dan tidak berminat menjadi ahli, tetapi dia kasihi isterinya, dia pilih untuk hadiri gereja bersamanya.
Pada satu Ahad saya berasa didorong untuk kongsi kesaksian saya dengan Ken. Saya tanya dia jika saya boleh berkongsi. Jawapannya mudah dan jelas: “Tidak, terima kasih.”
Saya bingung. Saya merasa suatu dorongan dan cuba mengikutinya. Tergoda untuk putuskan saya telah lakukan bahagian saya. Tetapi selepas doa dan merenung, saya lihat meskipun niat saya betul, saya terlalu bergantung pada diri saya dan hanya bergantung sedikit kepada Tuhan.
Kemudian, saya kembali, tetapi dengan minda yang berbeza. Saya hanya pergi sebagai alat dalam tangan Tuhan tanpa hasrat lain selain daripada mengikuti Roh. Bersama rakan yang beriman, Gerald Cardon, kami memasuki rumah McCormick.
Tidak lama itu, saya terdorong untuk jemput Gerald untuk menyanyi “Dia Hidup Sang Penebusku.”21 Dia lihat saya dengan tanda soal, tetapi yakin dengan iman saya, dia lakukannya. Roh indah memenuhi ruangan itu. Dorongan datang untuk jemput Mary Kay dan Kristin, anak perempuan mereka, untuk kongsi kesaksian. Semasa mereka lakukannya, Roh menjadi semakin kuat. Selepas kesaksian Kristin, air mata mengalir dari pipi Ken.22
Tuhan telah mengambil alih. Bukan saja hati disentuh tetapi berubah selamanya. Ketidakpercayaan selama dua puluh satu tahun dihapuskan oleh kuasa Roh Kudus. Seminggu kemudian, Ken dibaptiskan. Setahun kemudian, Ken dan Mary Kay dimeteraikan di dalam rumah Tuhan untuk masa dan keabadian.
Bersama kami telah alami maksud menggantikan kehendak kita dengan kehendak Tuhan, dan iman kami kepada-Nya meningkat.
Sila pertimbangkan soalan-soalan yang para nabi Tuhan tanya semasa anda berusaha menaiki tangga iman anda:
Adakah saya telah dilucuti keangkuhan?23
Adakah saya memberi tempat dalam hati saya untuk firman Tuhan?24
Adakah saya membenarkan kesengsaraan saya dibaktikan demi keuntungan saya?25
Adakah saya sudi membiarkan kehendak saya ditelan dalam kehendak Bapa?26
Jika saya telah merasakan untuk menyanyikan nyanyian kasih penebusan, dapatkah saya merasakan demikian sekarang?27
Adakah saya membiarkan Tuhan menang dalam hidup saya?28
Jika anda dapati jalan anda bercanggah dengan iman anda kepada Juruselamat, sila cari jalan anda kembali kepada-Nya. Permuliaan anda dan keturunan anda bergantung padanya.
Semoga kita menanam biji benih iman dalam hati kita. Semoga kita memelihara benih-benih ini semasa kita mengikat diri kita kepada Juruselamat dengan menghormati perjanjian yang kita telah buat dengan-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.