Persidangan Umum
Video: “Anda Para Wanita Dari Nubuatnya!”
Persidangan Umum April 2022


3:15

Video: “Anda Para Wanita Dari Nubuatnya!”

Di 1979 Presiden Spencer W. Kimball berada di hospital dan meminta isterinya, Camilla untuk bacakan ucapan kepada pertemuan wanita umum.

Sister Camilla Kimball: “Kebanyakan perkembangan gereja yang akan datang ke Gereja pada zaman akhir terdiri daripada ramai wanita dunia yang baik (wanita peka kepada kerohanian) … dalam jumlah besar. Ini terjadi di mana wanita Gereja mencerminkan kesolehan dan kebijaksanaan sampai tahap wanita Gereja dianggap berbeza—dalam cara gembira—daripada wanita lain di dunia.”1

Presiden Russell M. Nelson: “Saudari-saudariku, anda yang sangat penting dalam akhir zaman ini, hari itu yang diramalkan oleh Presiden Kimball ialah hari ini. Anda para wanita dari nubuatnya! Kemuliaan, kecerahan, kasih sayang, pengetahuan, keberanian, sifat, iman, dan kehidupan soleh anda akan menarik wanita baik dari dunia, bersama dengan keluarga mereka, ke Gereja dalam jumlah yang tidak pernah berlaku!

“Kita perlu kekuatanmu, penganutanmu, keyakinanmu, kemampuanmu untuk memimpi, kebijaksanaanmu, dan suara-suaramu. “Kerajaan Tuhan tidak dapat lengkap tanpa wanita yang membuat perjanjian kudus dan taat kepada perjanjian itu, wanita yang dapat berbicara dengan kuasa dan kewenangan Tuhan! …

“… Apa pun panggilan anda, apa pun keadaan anda, kita perlu tanggapan rohanimu, wawasanmu, dan ilhammu. Kita perlu anda bercakap dengan berani dalam majlis bahagian dan majlis pancang. Kita perlu setiap saudari yang sudah kahwin utuk bercakap sebagai ‘rakan menyumbang dan lengkap’ semasa anda bersatu dengan suamimu dalam pemerintahan keluargamu. Kahwin atau bujang, anda memiliki kemampuan yang tersendiri dan gerak hati khas yang anda telah terima sebagai kurnia dari Tuhan. Kami para saudara tidak dapat menduplikasi pengaruhmu yang unik.

“Kita tahu bahawa tindakan kemuncak seluruh penciptaan ialah penciptaan wanita! Kita perlu kekuatanmu! …

“… Saya berterima kasih kepada anda, saudari saya yang saya kasihi, dan memberkati anda untuk meningkat kaliber yang paling tinggi, untuk memenuhi tujuan penciptaanmu, semasa kita berjalan bergandingan tangan dalam kerja kudus ini. Bersama-sama kita akan menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan.”2

Nota

  1. Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball (2006), 222–23.

  2. Russell M. Nelson, “A Plea to My Sisters,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 96, 97.