Persidangan Umum
Jangan Takut: Percayalah Sahaja!
Persidangan Umum April 2022


13:31

Jangan Takut: Percayalah Sahaja!

Mulakan pencarian kebahagiaan anda dengan menerima anugerah yang kita terima dari pemberi setiap kurniaan yang baik.

Saya tujukan ucapan saya hari ini kepada orang muda Gereja, bererti sesiapa pun yang berumur seperti Presiden Russell M. Nelson atau lebih muda. Saya jarang guna visual, tetapi saya tidak dapat tolak perkongsian ini.

Surat daripada Marin Arnold

Cri de couer ini datang daripada kawan saya yang berumur lapan tahun, Marin Arnold, ditulis semasa dia berumur tujuh tahun. Saya akan terjemahkan tulisannya kepada anda:

Uskup yang dikasihi

Persidangan umum

sangat membosankan. Kenapa

kita perlu menonton itu?

Bagitaulah saya

Yang Iklas, Marin

Arnold.1

Marin, ucapan yang saya akan berikan pasti mengecewakan anda lagi. Tetapi apabila anda menulis aduan kepada uskup anda, ia penting untuk beritahu dia nama saya ialah “Kearon. Elder Patrick Kearon.”

Selama hampir dua tahun wabak serupa dalam alkitab melanda planet kita, sementara wabak itu hentikan hampir semua hal secara sosial, jelasnya, ia tidak hentikan kekejaman, keganasan, dan politik yang kejam—secara tempatan atau antarabangsa. Seperti itu tidak cukup, kita masih hadapi cabaran sosial dan budaya yang berpanjangan, daripada masalah ekonomi kepada pencemaran alam sekitar sehingga ketidaksamaan kaum dan banyak lagi.

Angin kencang dan hari-hari gelap seperti itu boleh tawarkan hati remaja di kalangan kita, mereka yang kita pandang untuk sikap optimistik dan bersemangat tentang masa depan hidup kita. Pernah dikatakan “kuasa remaja adalah kekayaan bersama untuk seluruh dunia. Mereka … yang muda … ialah muka … masa depan kita.”2 Tambahan pula, anak-anak kita adalah pemegang amanah di mana takdir Gereja ini akan diletakkan.

Berdasarkan zaman kita sekarang, ia difahami jika idealisme golongan muda semakin merosot sedikit. Dr. Laurie Santos, seorang profesor di Universiti Yale, baru-baru ini cipta kelas bertajuk Psychology and the Good Life (Psikologi dan Kehidupan yang Baik). “Tahun pertama kelas ditawarkan, hampir [satu perempat] daripada [seluruh] badan pelajar sarjana daftar diri.”3 Lebih 64 juta orang kemudian layari podcastnya. Menulis tentang fenomena ini, seorang wartawan perhatikan betapa peritnya melihat ramai pelajar muda—dan dewasa—terdesak “mencari sesuatu yang mereka hilang” atau, lebih teruk lagi, mengingini sesuatu yang mereka tidak pernah miliki.4

Rayuan saya hari ini kepada remaja kita, dan anda ibu bapa dan orang dewasa yang menasihati mereka, adalah untuk mulakan pencarian kebahagiaan anda dengan menerima anugerah yang kita terima dari pemberi setiap kurniaan yang baik.5 Saat ini ramai di dunia bertanya soalan mendalam tentang jiwa, kita sepatutnya jawab dengan “berita baik”6 injil Yesus Kristus. Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, mementingkan misi dan mesej Juruselamat dunia, menawarkan cara abadi yang paling penting untuk cari kebaikan dan lakukan kebaikan pada masa yang diperlukan.

Presiden Russell M. Nelson berkata generasi muda ini ada keupayaan untuk miliki “lebih banyak kesan [untuk kebaikan] kepada dunia daripada mana-mana generasi sebelumnya.”7 Kita, di antara semua orang, sepatutnya “menyanyikan nyanyian kasih penebusan,”8 tetapi itu perlukan disiplin—“penganutan,” jika anda mahu—jenis yang menghalang sikap negatif dan tabiat yang merosakkan yang akan jauhkan kita daripada menyanyikan lagu keselamatan abadi itu.

Walaupun kita berada di “sebelah jalan yang cerah,”9 kita akan bertemu dari masa ke masa rakan yang pesimistik dan cari keburukan tentang segala-galanya. Anda tahu motonya: “Ia sentiasa paling gelap sebelum ia menjadi gelap gelita.” Itu pandangan bahaya dan kewujudan yang menyedihkan! Ya, kadangkala kita ingin lari dari situasi kita berada, tetapi kita pastinya tidak boleh lari daripada identiti kita—anak-anak Tuhan hidup yang mengasihi kita, sentiasa bersedia untuk mengampuni kita dan tidak akan pernah meninggalkan kita. Anda adalah anak-Nya yang paling berharga. Anda anak-Nya, kepada Dia yang telah berikan para nabi dan janji, kurnia rohani dan wahyu, mukjizat dan pesanan, serta malaikat di kedua belah tirai.10

Dia turut berikan anda gereja yang menguatkan keluarga untuk kefanaan dan mengikat mereka bersama untuk keabadian. Ia sediakan lebih daripada 31,000 bahagian dan cabang tempat orang ramai berkumpul, menyanyi, berpuasa, berdoa untuk satu sama lain dan memberi rezeki mereka kepada orang miskin. Di sinilah setiap orang dinamakan, dipertanggungjawabkan, dilayani dan di mana kawan dan jiran secara sukarela melayani satu sama lain dalam panggilan yang terdiri daripada kerja perkeranian hingga tugas penjagaan. Pemuda pemudi—serta pasangan senior juga—melayani misi dengan beribu-ribu atas perbelanjaan mereka sendiri tanpa pilihan di mana mereka akan bekerja, dan ahli muda dan tua pergi ke bait suci untuk melaksanakan tatacara kudus yang diperlukan untuk mengikat keluarga manusia bersama—sebuah aktiviti berani dalam dunia yang berpecah tetapi bersatu mengisytiharkan bahawa perpecahan itu hanya sementara. Ini hanya beberapa sebab yang kita berikan untuk “harapan yang [kita] miliki.”11

Sudah tentu, pada zaman kita sekarang, isu yang sangat sukar dihadapi mana-mana pengikut Yesus Kristus. Para pemimpin Gereja berikan hidup mereka untuk cari bimbingan Tuhan dalam penyelesaian cabaran ini. Jika ada yang tidak diselesaikan untuk puaskan semua orang, mungkin ia adalah sebahagian daripada salib yang Yesus firmankan kita perlu pikul untuk ikuti Dia.12 Benar kerana akan ada hari-hari gelap dan masalah-masalah sukar yang Tuhan janjikan Dia akan berikan, pada siang hari tiang awan dan malam hari tiang api, bimbing nabi, berikan sebatang besi, buka gerbang yang sempit menuju lorong yang kecil, dan lebih-lebih lagi berikan kita kuasa untuk selesaikan tugas.13

Jadi, sila hadir sepanjang jamuan bahkan jika anda tidak berapa suka brokoli. Nikmati cahaya Dia dan pinjamkan lilin anda kepada tujuan ini.14 Lagu Sekolah Primer benar: Yesus benar-benar “[ingin anda] bercah’ya.”15

Apabila pemimpin Yahudi Yairus merayu agar Yesus sembuhkan anak perempuannya yang berumur 12 tahun yang terbaring nazak di rumah, orang ramai di sekeliling ambil masa Juruselamat begitu lama sehingga tidak lama kemudian seorang hamba datang kepada bapa yang cemas ini, “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Janganlah susahkan Guru lagi.”

“Yesus mendengar kata-kata itu, Dia berkata kepada Yairus, Jangan takut: Percayalah sahaja, dan anakmu akan sembuh.”16

Dan dia di sembuh. Dan begitu juga dengan anda. “Jangan takut: percayalah sahaja.”

Kerana setiap anda para hadirin, berharga kepada Tuhan dan kepada Gereja ini, saya tutup dengan pengisytiharan kerasulan istimewa ini. Sebelum anda terima kurnia Roh Kudus, anda mempunyai Cahaya Kristus dalam jiwa anda,17 “cahaya yang berada dalam segala hal, … memberikan kehidupan pada segalanya,”18 dan adalah pengaruh untuk kebaikan dalam hati semua orang yang pernah hidup atau akan hidup. Cahaya itu diberikan untuk lindungi anda dan ajar anda. Salah satu pesanan utamanya ialah kehidupan adalah paling berharga daripada semua kurnia, kurnia diperoleh secara abadi hanya melalui Korban tebusan Tuhan Yesus Kristus. Sebagai Cahaya dan Kehidupan Dunia,19 Putera Tunggal Tuhan datang untuk beri kita kehidupan dengan mengalahkan maut.

Kita mesti beri komitmen sepenuhnya kepada kurnia kehidupan itu dan membantu orang yang berisiko melepaskan kurnia kudus ini. Para pemimpin, penasihat, kawan, keluarga—perhatikan tanda-tanda kemurungan, putus asa, atau apa pun yang membahayakan diri. Tawarkan bantuan anda. Dengar. Campur tangan mengikut kesesuaian.

Kepada remaja kita di luar sana yang sedang bergelut, walau apa pun kebimbangan atau kesukaran anda, kematian akibat bunuh diri bukanlah jawapannya. Ia tidak akan melegakan kesakitan yang anda sedang alami atau fikirkan disebabkan oleh anda. Dalam dunia yang sangat memerlukan semua cahaya yang boleh diperolehi, janganlah malapkan cahaya abadi yang Tuhan letakkan dalam jiwa anda sebelum dunia dicipta. Bercakap dengan seseorang. Minta bantuan. Jangan musnahkan kehidupan yang Kristus berikan nyawa-Nya untuk dipelihara. Anda boleh menanggung perjuangan hidup fana ini kerana kita akan tolong kamu menanggung juga. Anda lebih kuat daripada apa yang anda fikirkan. Bantuan boleh didapati, dari orang lain dan terutamanya dari Tuhan. Anda dikasihi, berharga dan diperlukan. Kami perlukan anda! “Jangan takut: percayalah sahaja.”

Seseorang yang pernah hadapi keadaan yang jauh lebih terdesak daripada anda dan saya pernah menyeru: “Majulah [kawan muda yang saya kasihi]. Beranilah, … dan maju, majulah menuju kemenangan!” Biarlah hatimu bersukacita, dan menjadi amat gembira.”20 Kita ada begitu banyak untuk bergembira. Kita ada satu sama lain, dan kita ada Dia. Jangan menolak peluang kami untuk bersama anda, inilah permohonan saya dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, Guru kita, amin.