Dia Telah Bangkit dengan Kesembuhan seperti Matahari:
Kita boleh Jadi Lebih Daripada Penakluk
Yesus telah mengatasi penderaan dunia untuk memberi anda kuasa bukan sahaja untuk hidup, tetapi suatu hari nanti, melalui-Nya, akan mengatasi dan juga menakluk.
Marin, Saya Elder Holland, sekarang perkara ini akan menjadi keliru.
Kita Lebih Daripada Penakluk
Kita semua terkagum dengan kisah bertahan hidup. Kita dengar cerita tentang penjelajah terdampar dan orang biasa yang dapat jaga diri daripada segala cabaran, dan kita tertanya-tanya, “Bolehkah saya melakukannya?”
Saya fikir tentang Ernest Shackleton, seorang pengembara orang Inggeris dan anak kapalnya HMS Endurance, ditimpa nahas di ais Antartik dan terbiar di sebuah pulau tandus selama dua tahun. Kepimpinan Shackleton yang istimewa dan tidak dapat dialahkan menyelamat nyawa anak kapal walaupun keadaannya susah.
Kemudian saya fikirkan anak kapal Apollo 13 yang merentasi angkasa untuk mendarat di atas bulan! Tetapi bencana melanda apabila sebuah tangki oksigen meletup, dan misi itu harus dibatalkan. Dengan kekurangan oksigen, anak kapal dan kawalan misi mencari penyelesian dan mengembalikan ketiga-tiga angkasawan ke bumi dengan selamat.
Saya teruja pada kelangsungan hidup individu dan keluarga yang menjadi mangsa peperangan, dipenjarakan di kem tahanan, dan orang menjadi pelarian, yang dengan berani tingkatkan harapan untuk penderitaan sesama, yang memberi kebaikan dalam menghadapi kekejaman dan yang entah bagaimana menolong orang lain bertahan hanya satu hari lagi.
Bolehkah anda atau saya hidup dalam keadaan seperti ini?
Mungkin di antara anda, pertimbangkan cerita-cerita tentang orang yang terselamat dan jiwa anda berseru bahawa anda sedang menjalani kisah bertahan hidup sekarang, sebagai mangsa penderaan, pengabaian, pembulian, keganasan domestik atau penderitaan jenis ini. Anda berada di tengah-tengah percubaan terdesak untuk bertahan dalam situasi yang merasa seperti kapal yang terdampar atau misi yang tiba-tiba dibatalkan. Adakah anda akan diselamatkan; adakah anda akan berjaya melalui kisah bertahan hidup anda sendiri?
Jawapan adalah ya. Anda boleh bertahan. Sebenarnya anda telah diselamatkan—oleh Seorang yang telah menderita kesakitan yang anda sedang menderita dan mengalami penderitaan yang anda bertahan.1 Yesus telah mengatasi penderaan dunia2 untuk memberi anda kuasa bukan sahaja untuk hidup, tetapi suatu hari nanti, melalui-Nya, akan mengatasi dan juga menakluk—untuk mengatasi sepenuhnya kesakitan, kesengsaraan, kepedihan dan melihat mereka digantikan dengan kedamaian.
Rasul Paulus menanya:
“Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. …
Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita!”3
Janji-Janji kepada Perjanjian Israel
Anda akan ingat ketika Presiden Russell M. Nelson memberi jemputan berikut dalam persidangan umum. Dia berkata: “Semasa anda mengkaji tulisan suci anda … , saya menggalakkan anda untuk membuat satu senarai semua perkara yang Tuhan telah janjikan Dia akan lakukan untuk perjanjian Israel. Saya rasa anda akan tercengang!”4
Berikut adalah beberapa janji-janji berkuasa dan menenangkan yang keluarga kami telah temui. Bayangkan Tuhan mengucapkan kata-kata ini kepada anda—kepada anda yang masih bertahan—kerana ia adalah untuk anda:
Janganlah takut.5
Aku tahu akan penderitaan kamu, dan aku turun untuk membebaskan kamu.6
Aku tidak akan meninggalkan kamu.7
Nama-Ku berada pada diri kamu, dan para malaikat-Ku menjaga kamu.8
Aku akan melakukan mukjizat di tengah-tengah kamu.9
Berjalanlah bersamaku; belajarlah daripada-Ku; aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu10
Aku berada di tengah-tengahmu.11
Kamu milik-Ku.12
Kepada Mereka yang Masih Bertahan
Dengan keyakinan itu, saya ingin berucap secara langsung kepada mereka yang rasa seolah-olah tidak ada jalan keluar dari kisah bertahan hidup mereka sendiri kerana trauma dialami dari tindakan kejam orang lain. Jika ini adalah kisah bertahan hidup anda, kami menangis dengan anda. Kami inginkan anda untuk mengatasi kekeliruan, kemaluan, dan ketakutan, dan kami berharap bagi anda, melalui Yesus Kristus, untuk menaklukkan.
Dari Mangsa ke Terselamat ke Penakluk
Jika anda telah mengalami sebarang penderaan, keganasan atau penindasan, anda mungkin berfikir peristiwa-peristiwa ini datang kerana kesalahan anda dan anda patut berasa malu dan rasa bersalah. Anda mungkin pernah berfikiran seperti:
-
Saya boleh menghalang perkara ini.
-
Tuhan tidak lagi mengasihi saya.
-
Tiada siapa yang akan mengasihi saya.
-
Saya rosak dan tidak boleh dibaiki.
-
Korban Tebusan Juruselamat tersedia bagi orang lain, tetapi bukan bagi saya.
Fikiran dan perasaan yang salah ini mungkin menjadi halangan untuk mencari bantuan daripada keluarga, kawan, pemimpin atau profesional, jadi anda telah bergelut bersendirian. Jika anda telah mencari bantuan daripada mereka yang anda percayai, anda mungkin masih bergelut dengan rasa malu dan juga membenci diri sendiri. Kesan peristiwa-peristiwa ini boleh kekal selama bertahun-tahun. Anda berharap satu hari nanti anda akan berasa lebih baik, tetapi hari itu belum datang.
Penderaan itu bukan kesalahan anda, tidak kira apa pun pendera atau sesiapa pun telah berkata. Apabila anda telah menjadi mangsa kekejaman, sumbang mahram atau sebarang bentuk kejahatan lain, anda bukanlah orang yang perlu bertaubat; anda tidak bertanggungjawab.
Anda tidak kurang layak atau kurang berharga atau kurang dikasihi sebagai insan, atau sebagai puteri atau putera Tuhan, kerana apa yang orang lain telah lakukan kepada anda.
Tuhan tidak sekarang, tidak juga pernah, melihat anda sebagai seseorang yang dikeji. Apa yang telah berlaku kepada anda, Dia tidak malu atau kecewa dengan anda. Dia menyayangi anda dalam cara yang anda belum temui. Dan anda akan temuinya semasa anda percaya pada janji-janji-Nya dan semasa anda belajar untuk mempercayai-Nya apabila Dia berkata anda “berharga bagi-[Nya].”13
Anda tidak ditakrifkan oleh perkara-perkara dahsyat ini yang telah dilakukan kepada anda. Anda, dalam kebenaran yang mulia, ditakrifkan oleh identiti abadi anda sebagai putera atau puteri Tuhan dan oleh kasih sempurna Pencipta anda yang tidak terhingga dan jemputan-Nya untuk disembuhkan sepenuhnya.
Walaupun ia mungkin kelihatan mustahil, rasa mustahil, penyembuhan boleh datang melalui mukjizat daripada penebusan Korban Tebusan Yesus Kristus, yang telah bangkit “dengan kesembuhan seperti sinar matahari.”14
Juruselamat kita yang penuh belas kasihan, menang atas kegelapan dan keruntuhan, mempunyai kuasa untuk betulkan semua kesalahan, satu kebenaran yang memberikan hidup kepada mereka yang disalahkan oleh orang lain.15
Sila ketahui bahawa Juruselamat telah turun di bawah segala hal, termasuk apa yang telah berlaku kepada anda. dan kerana itu, Dia kenali dengan tepat rasa gerun, rasa malu, rasa diabai dan tidak berguna.16 Dari inti penderitaan korban tebusan-Nya, Juruselamat memberi harapan yang anda rasa telah hilang, kekuatan yang anda percaya tidak dapat miliki dan penyembuhan yang anda rasa mustahil.
Kelakuan Penderaan Adalah Dikutuk oleh Tuhan dan oleh Nabi-Nya
Tidak ada tempat untuk sebarang penderaan—jasmani, seksual, emosi atau lisan—di mana-mana rumah, negara, atau budaya apa pun. Tiada apa-apa yang isteri, anak atau suami boleh lakukan atau berkata untuk “berhak” dipukul. Tidak seorang pun, di mana-mana negara atau dalam kebudayaan, “meminta” serangan atau keganasan daripada seseorang mempunyai kuasa atau oleh seseorang yang lebih besar dan lebih kuat.
Mereka yang mendera dan berusaha untuk menyembunyikan dosa-dosa mereka yang menyedihkan boleh melarikan diri dengannya untuk suatu masa. Tetapi Tuhan yang melihat semua hal mengetahui perbuatan dan fikiran dan maksud hati.17 Dia ialah Tuhan keadilan, dan keadilan ilahi-Nya akan dibalas.18
Ajaibnya, Tuhan juga ialah Tuhan belas kasihan kepada yang benar-benar bertaubat. Pendera—termasuk mereka yang pernah didera sendiri—yang mengaku, meninggalkan dosa mereka, dan melakukan semua hal dalam kuasa mereka untuk membuat pemulihan, mempunyai akses kepada pengampunan melalui mukjizat Korban Tebusan Kristus.
Untuk orang dituduh palsu, tuduhan-tuduhan salah itu membawa kutukan sendiri. Tetapi mereka juga diberkati oleh penderitaan perwakilan Juruselamat untuk mereka dan pengetahuan bahawa akhirnya kebenaran akan berjaya.
Tetapi pendera yang tidak bertaubat akan berdiri di hadapan Tuhan untuk mempertanggungjawabkan jenayah-jenayah mereka yang menyakitkan.
Tuhan sendiri menjelaskan penghukuman-Nya tentang penderaan: “Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil … lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam.”19
Kesimpulan
Kawan-kawan terkasih yang pernah terluka—dan sesiapa yang alami ketidakadilan hidup—anda boleh mempunyai permulaan yang baru. Di Getsemani dan di Kalvari, Yesus “mengambil atas diri-Nya … segala kepedihan dan penderitaan yang pernah dialami oleh anda dan saya,”20 dan Dia telah mengatasi semuanya! Dengan tangan dihulurkan, Juruselamat menawarkan kurnia penyembuhan kepada anda. Dengan keberanian, kesabaran, dan tumpuan beriman kepada-Nya, sebelum terlalu lama anda boleh datang untuk terima kurnia ini sepenuhnya. Anda boleh melepaskan kesakitan anda dan meninggalkannya pada kaki-Nya.
Juruselamat anda mengisytiharkan, “Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.”21 Anda seorang yang bertahan hidup, anda boleh sembuh, dan anda boleh percaya bahawa dengan kuasa dan rahmat Yesus Kristus, anda akan mengatasi dan menang.
Yesus ialah pakar dalam perkara yang nampaknya mustahil. Dia datang ke sini untuk membolehkan yang mustahil, yang tidak dapat ditebus, untuk menyembuhkan yang tidak dapat disembuhkan, untuk membetulkan yang tidak dapat dibetulkan, untuk menjanjikan hal yang mustahil.22 Dan Dia sangat baik dengan kerjanya. Malah, Dia sempurna padanya. Dalam nama Yesus Kristus, Penyembuh kita, amin.
Untuk maklumat dan sumber lanjut, lihat “Abuse” di bahagian Bantuan Hidup di ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi Gospel Library.