Kita Adalah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir
Gereja adalah lebih dari sekadar sebuah bangunan dan struktur gereja; Gereja adalah kita, para ahli, dengan Kristus sebagai ketua dan nabi sebagai jurucakap-Nya.
Selepas menerima jemputan untuk “marilah lihat,”1 saya hadiri Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir buat kali pertama pada usia 26 tahun. Saya baru berpisah dengan suami pertama saya. Saya ada seorang anak lelaki berumur tiga tahun. Dan saya berasa tidak berdaya dengan ketakutan. Apabila saya memasuki bangunan itu, saya dipenuhi dengan kehangatan apabila saya rasakan iman dan kegembiraan orang-orang di sekeliling saya. Ia suatu “perlindungan pada masa kesusahan.”2 Tiga minggu kemudian, saya membuat perjanjian pembaptisan dengan Bapa Syurgawi dan mulakan perjalanan saya sebagai pengikut Kristus, walaupun kehidupan saya belum sempurna sepanjang perjalanan itu.
Bagi saya untuk menerima berkat-berkat abadi itu, perlukan banyak elemen jasmani dan rohani. Injil Yesus Kristus telah dipulih dan dikhutbah; bangunan pertemuan telah dibina dan diselenggara; terdapat struktur gereja, daripada nabi kepada pemimpin tempatan; dan cabang yang dipenuhi oleh ahli perjanjian yang bersedia untuk memeluk saya dan anak saya semasa kami dibawa kepada Juruselamat, “dipelihara oleh firman Tuhan yang baik,”3 dan diberi peluang untuk melayani.4
Sejak permulaan, Tuhan telah berusaha untuk kumpul dan atur anak-anak-Nya5 “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia.”6 Dengan tujuan itu, Dia telah arahkan kita untuk bina tempat menyembah,7 di mana kita menerima pengetahuan dan tatacara keselamatan dan permuliaan; membuat dan mematuhi perjanjian yang ikat kita kepada Yesus Kristus;8 dianugerahi dengan “kuasa ketuhanan”;9 dan sering berkumpul untuk mengingati Yesus dan menguatkan satu sama lain di dalam Dia.10 Organisasi Gereja dan bangunan-bangunannya wujud demi manfaat rohani kita. “Gereja … adalah perancah di mana kita membina keluarga abadi.”11
Semasa bercakap dengan seorang kawan yang melalui masa sukar, saya bertanya bagaimana dia bertahan dari segi kewangan. Dengan air mata, dia jawab uskupnya membantu dengan dana sumbangan puasa. Dia menambah, “Saya tidak tahu di mana keluarga saya dan saya akan berada jika bukan kerana Gereja.” Saya menjawab, “Gereja adalah para ahli. Mereka adalah orang yang rela dan gembira memberi sumbangan puasa untuk bantu kita yang memerlukannya. Anda sedang menerima buah iman dan keazaman mereka untuk ikut Yesus Kristus.”
Para rakan pengikut Kristus, janganlah kita meremehkan pekerjaan menakjubkan yang Tuhan sedang lakukan melalui kita, Gereja-Nya, walaupun kita ada kekurangan. Kadangkala kita adalah pemberi dan kadangkala kita adalah penerima, tetapi kita semua adalah satu keluarga dalam Kristus. Gereja-Nya adalah struktur yang Dia telah berikan untuk bimbing dan berkati kita semasa kita menyembah Dia dan melayani satu sama lain.
Beberapa saudari telah meminta maaf kepada saya, berfikir mereka bukan ahli Lembaga Pertolongan yang aktif kerana mereka melayani di Sekolah Primer atau Remaja Puteri. Para saudari itu adalah antara ahli Lembaga Pertolongan yang paling aktif kerana mereka bantu kanak-kanak dan remaja kita memperkuatkan iman mereka.
Lembaga Pertolongan tidak terhad kepada satu bilik dalam bangunan, pelajaran hari Ahad, aktiviti, atau presidensi di peringkat tempatan atau umum. Lembaga Pertolongan adalah wanita perjanjian Gereja; ia adalah kita—setiap kita dan semua kita. Ia adalah “komuniti global berbelas kasihan dan memberi pelayanan”12 Di mana dan ke mana saja kita pergi, kita sentiasa sebahagian daripada Lembaga Pertolongan semasa kita berusaha untuk penuhi tujuan ilahinya, iaitu untuk para wanita melaksanakan pekerjaan Tuhan secara individu dan juga secara kolektif13 dengan menyediakan kelegaan: “melegakan kemiskinan, penyakit; keraguan, kejahilan—kelegaan daripada semua yang menghalang … kegembiraan dan kemajuan.”14
Keahlian yang serupa wujud dalam kuorum penatua dan organisasi Gereja untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan remaja kita. Gereja adalah lebih dari sekadar bangunan dan struktur gereja; Gereja adalah kita, para ahli. Kita adalah Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dengan Kristus sebagai ketua dan nabi sebagai jurucakap Dia. Tuhan telah berfirman:
“Lihatlah, inilah ajaran-Ku—barang siapa bertaubat dan datang kepada-Ku, orang yang sama adalah gereja-Ku. …
“Dan… barang siapa dari gereja-Ku, dan bertahan di gereja-Ku sampai akhir, dia akan Aku bangunkan di atas batu-Ku.”15
Saudara dan saudari, marilah kita sedar betapa istimewanya kita untuk jadi ahli Gereja Yesus Kristus, di mana kita boleh satukan iman, hati, kekuatan, fikiran, dan tangan kita bagi Dia untuk lakukan mukjizat-Nya yang hebat. “… kerana tubuh [Gereja Kristus] tidak terdiri daripada satu anggota sahaja, melainkan banyak anggotanya.”16
Seorang remaja lelaki beritahu ibunya, “Semasa saya kecil, setiap kali saya beri satu dolar persepuluhan, saya fikir satu dolar satu bangunan pertemuan akan dibina. Bukankah ini mengarut?”
Tersentuh, ibunya menjawab, “Itu indah! Adakah anda gambarkannya dalam minda anda?”
“Ya!” dia berseru. “Ia indah, dan ada berjuta-juta banyaknya!”17
Rakan-rakan sekalian, marilah kita miliki iman anak kecil dan bersukacita mengetahui usaha terkecil kita membuat perbezaan besar dalam kerajaan Tuhan.
Tujuan kita dalam kerajaan-Nya adalah untuk bawa satu sama lain kepada Kristus. Seperti kita baca dalam tulisan suci, Juruselamat hulurkan jemputan ini kepada orang Nefi:
“Adakah sesiapa yang sakit di kalanganmu? Bawalah mereka ke mari. Adakah kamu mempunyai sesiapa pun yang … sengsara dalam apa cara sekali pun? Bawalah mereka ke mari dan Aku akan menyembuhkan mereka, kerana Aku memiliki rasa kasihan kepadamu; hati-Ku dipenuhi dengan belas kasihan.
“… Aku melihat bahawa imanmu cukup bahawa Aku harus menyembuhkanmu.”18
Tidakkah kita semua ada kesengsaraan yang dapat dibawa ke kaki Juruselamat? Sementara sesetengah daripada kita hadapi cabaran jasmani, ramai bertempur dengan persengketaan emosi, yang lain bergelut untuk memupuk hubungan sosial, dan kita semua mencari kelegaan apabila roh kita dicabar. Kita semua sengsara dalam cara lain.
Kita baca bahawa “seluruh orang ramai, dengan serentak, maju bersama orang mereka yang sakit … dengan mereka semua yang sengsara dalam apa cara sekali pun; dan Dia telah menyembuhkan setiap orang daripada mereka apabila mereka dibawa kepada-Nya.
“Dan mereka semua, baik mereka yang telah disembuhkan mahupun mereka yang sihat, membongkokkan diri pada kaki-Nya, dan menyembah-Nya.”19
Dari seorang budak lelaki yang beriman bayar persepuluhan kepada seorang ibu tunggal yang perlukan rahmat Tuhan, kepada seorang bapa yang bergelut untuk menyediakan bagi keluarganya kepada nenek moyang kita yang perlukan tatacara keselamatan dan permuliaan sehingga setiap kita yang memperbaharui perjanjian dengan Tuhan setiap minggu, kita perlukan sesama, dan kita boleh bawa satu sama lain kepada penyembuhan penebusan Juruselamat.
Saudara dan saudari sekalian, marilah kita ikuti jemputan Yesus Kristus untuk bawa diri kita dan kesengsaraan kita kepada-Nya. Apabila kita datang kepada-Nya dan bawa mereka yang kita kasihi kepada-Nya, Dia lihat iman kita. Dia akan sembuhkan mereka, dan Dia akan sembuhkan kita.
Sebagai “para pengikut Kristus yang damai,”20 kita berusaha untuk jadi “satu hati dan satu fikiran”21 dan untuk jadi rendah hati, dan bersifat peserah dan lemah lembut; ramah tamah; penuh dengan kesabaran dan panjang sabar; bersederhana dalam segala hal; tekun dalam mentaati perintah-perintah Tuhan pada seluruh masa; memiliki iman, harapan, dan ihsan, dan berlimpah ruah dalam pekerjaan yang baik.22 Kita berusaha untuk jadi seperti Yesus Kristus.
Saya bersaksi sebagai Gereja Kristus, kitalah sarana yang diajar oleh President Russell M. Nelson, “Juruselamat dan Penebus kita, Yesus Kristus, akan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan agung-Nya di antara masa sekarang dan ketika Dia akan datang lagi,”23
Tuhan telah berfirman:
“Lihatlah, Aku akan mempercepatkan pekerjaan-Ku pada waktunya.
“Dan Aku memberi kepadamu … sebuah perintah agar kamu berhimpun bersama, dan mengatur dirimu, dan menyediakan dirimu, dan menguduskan dirimu; ya, menyucikan hatimu, dan membersihkan tanganmu dan kakimu di hadapan-Ku, agar Aku boleh menjadikanmu bersih.”24
Semoga kita sahut jemputan ilahi ini dan berhimpun, mengatur, mempersiapkan, serta menyucikan diri kita dengan penuh sukacita adalah doa saya yang rendah hati dalam nama Yesus Kristus, amin.