Pesanan Pembukaan
Kami menghormati anak-anak perempuan Tuhan dalam sesi istimewa ini dengan menumpukan perhatian pada kebimbangan mereka dan organisasi mereka.
Saudari sekalian, pada permulaan sesi persidangan umum wanita yang luar biasa ini, saya dengan sukacitanya menyampaikan pesanan pengenalan daripada Presidensi Utama.
Sepanjang sejarah Sesi hari Sabtu, ia diadakan dengan pelbagai tujuan dan penonton yang khusus. Petang ini kami akan menambah ke sejarah itu dengan memulakan tujuan dan prosedur baru untuk masa depan. Injil Yesus Kristus tidak berubah. Ajaran injil tidak berubah. Perjanjian peribadi kita tidak berubah. Tetapi selama bertahun-tahun, pertemuan yang diadakan dan pesanan yang disampaikan berubah dan juga pada masa kelak.
Buat masa ini, pertemuan petang Hari Sabtu ini ialah sesi persidangan umum, bukan sesi sebarang organisasi Seperti semua sesi persidangan umum, perancangan, pembicara, dan muzik ditetapkan oleh Presidensi Utama.
Kami telah meminta Presiden Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan, untuk mengendali sesi ini. Sesi petang hari Sabtu yang akan datang boleh dijalankan oleh salah seorang Pegawai Umum Gereja yang lain, seperti ahli Presidensi Umum Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, dan Sekolah Primer, yang ditetapkan oleh Presidensi Utama.
Malam ini, sesi petang hari Sabtu persidangan umum akan tertumpu kepada kebimbangan para wanita Orang Suci Zaman Akhir. Ini akan termasuk ajaran Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, polisi Gereja yang berkaitan khas kepada wanita, dan tanggungjawab umum dan pekerjaan organisasi yang termasuk wanita dan perempuan Gereja. Walaupun sesi ini disiarkan kepada penonton di seluruh dunia seperti semua sesi persidangan umum, para penonton dijemput hadir di Pusat Persidangan untuk sesi ini adalah wanita dan perempuan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Kami juga mempunyai beberapa pemimpin imamat yang memimpin organisasi berkaitan di kalangan kita.
Apa yang kita mulakan di sini adalah responsif kepada sumber komunikasi yang sedia ada kepada kepimpinan dan keahlian Gereja Tuhan di seluruh dunia. Ajaran injil Yesus Kristus adalah untuk semua orang, maka itulah motif utama dan rangkaian penyertaan. Kami menghormati anak-anak perempuan Tuhan dalam sesi istimewa ini dengan menumpukan perhatian pada kebimbangan mereka dan organisasi mereka.
Kami bersyukur kerana teknologi siaran sekarang memberi para pemimpin Gereja kemampuan untuk menjalankan latihan terperinci dengan berbicara kepada para penonton tertentu. Kami juga gembira bahawa peluang membuat perjalanan kini semakin banyak. Ini membenarkan kami menghantar para pemimpin Gereja untuk menjalankan latihan kepimpinan bersemuka dengan kerap.
Inilah pekerjaan Tuhan Yesus Kristus. Kamilah hamba-hamba-Nya, diarahkan oleh Roh Kudus-Nya. Kami berdoa berkat-berkat Tuhan kita dicurahkan kepada para pemimpin, wanita dan perempuan setia di organisasi-organisasi ini dan setiap hidup mereka. Dalam nama Yesus Kristus, amin.