Kasih Ilahi dalam Rancangan Bapa
Tujuan ajaran dan polisi Gereja yang dipulihkan ini adalah untuk sediakan anak-anak Tuhan untuk keselamatan di kerajaan selestial dan permuliaan dalam syurga tertinggi.
Rancangan injil menunjukkan kasih Bapa Syurgawi bagi semua anak-Nya. Untuk fahami ini, kita mesti berusaha untuk fahami rancangan dan perintah-perintah-Nya. Dia mengasihi anak-anak-Nya sehingga Dia berikan Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk jadi Juruselamat dan Penebus kita, untuk menderita dan mati bagi kita. Dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang dipulihkan, kita ada pemahaman unik tentang rancangan Bapa Syurgawi kita. Ini memberi kita pelbagai cara untuk lihat tujuan kehidupan fana, penghakiman ilahi yang akan datang dan takdir mulia semua anak Tuhan.
Saya kasihi anda, saudara dan saudari saya. Saya kasihi semua anak Tuhan. Apabila Yesus ditanya, “Perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?” Dia ajarkan bahawa mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama adalah perintah utama Tuhan.1 Perintah-perintah itu adalah pertama kerana mereka menjemput kita untuk berkembang secara rohani dengan berusaha untuk mencontohi kasih Tuhan bagi kita. Saya ingin agar kita semua punyai pemahaman lebih baik tentang ajaran dan polisi yang Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus, telah tubuhkan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Apa yang saya katakan adalah untuk jelaskan cara kasih Tuhan menerangkan ajaran dan polisi Gereja yang diilhamkan.
I.
Satu kesalahfahaman besar tentang kehidupan fana ialah orang baik pergi ke syurga dan orang jahat ke tempat yang abadi iaitu neraka. Andaian ini yang salah bahawa terdapat hanya dua destinasi bermakna orang itu yang tidak dapat mematuhi semua perintah ke syurga semestinya ditakdirkan buat selama-lamanya ke neraka.
Bapa Syurgawi yang penyayang ada rancangan lebih baik untuk anak-anak-Nya. Ajaran diwahyukan kepada Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan ajarkan semua anak Tuhan—dengan hanya beberapa pengecualian yang tidak akan dipertimbangkan di sini—akan pergi ke kerajaan kemuliaan.2 “Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman,”3 Yesus ajar. Dari wahyu zaman moden kita ketahui tempat kediaman itu adalah tiga kerajaan kemuliaan berbeza. Dalam Penghakiman Akhir setiap kita akan dihakimi menurut kelakuan kita dan keinginan hati kita.4 Sebelum itu, kita akan menderita untuk dosa-dosa yang kita belum sesali. Tulisan suci adalah jelas.5 Kemudian Hakim soleh kita akan berikan tempat kediaman di dalam salah satu kerajaan kemuliaan itu. Oleh itu, seperti kita ketahui daripada wahyu zaman moden, semua orang “akan dihakimi … , dan setiap orang akan menerima menurut pekerjaannya sendiri, kekuasaannya sendiri, di dalam tempat-tempat tinggal yang disediakan.”6
Tuhan telah memilih untuk wahyukan hanya sedikit tentang dua kerajaan kemuliaan ini. Sebaliknya, Tuhan telah wahyukan banyak tentang kerajaan kemuliaan tertinggi, yang digambarkan dalam Alkitab sebagai “keindahan matahari.”7
Dalam kemuliaan “selestial”8 ada tiga syurga atau tingkat.9 Yang tertinggi daripada tingkat ini adalah permuliaan di kerajaan selestial, di mana kita boleh menjadi seperti Bapa kita dan Putera-Nya, Yesus Kristus. Untuk bantu kita kembangkan sifat-sifat ilahi dan berubah supaya kita dapat capai potensi ilahi, Tuhan telah wahyukan ajaran dan tubuhkan perintah-perintah berdasarkan hukum abadi. Inilah apa yang kita ajarkan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kerana tujuan ajaran dan polisi Gereja ini yang dipulihkan adalah untuk sediakan anak-anak Tuhan untuk keselamatan di kerajaan kemuliaan dan, terutamanya, permuliaan dalam tingkat tertinggi.
Perjanjian-perjanjian dibuat dan berkat-berkat dijanjikan bagi orang beriman di bait suci Tuhan adalah sangat penting. Ini menerangkan pembinaan bait suci kita di seluruh dunia, yang dinyanyikan dengan indah oleh koir tadi. Beberapa orang keliru dengan penekanan ini, tidak memahami bahawa perjanjian-perjanjian dan tatacara bait suci membimbing kita untuk mencapai permuliaan. Ini hanya boleh difahami dengan konteks kebenaran yang diwahyukan tentang tiga tingkat kerajaan. Kerana kasih besar Bapa Syurgawi bagi semua anak-Nya, Dia telah berikan kerajaan kemuliaan lain—seperti dijelaskan semalam oleh Elder Quentin L. Cook—semuanya lebih menakjubkan daripada sebarang bayangan kita.
Korban Tebusan Yesus Kristus menjadikan semuanya mungkin. Dia telah wahyukan bahawa Dia “memuliakan Bapa, dan menyelamatkan segala pekerjaan tangan-Nya.”11 Keselamatan itu diberikan dengan kerajaan kemuliaan berbeza. Kita ketahui daripada wahyu zaman moden bahawa “semua kerajaan telah diberikan sebuah hukum.”12 Terutamanya:
“Dia yang tidak dapat mematuhi hukum kerajaan selestial tidak dapat bertahan dalam kemuliaan selestial.
“Dan dia yang tidak dapat mematuhi hukum kerajaan terestrial tidak dapat bertahan dalam kemuliaan terestrial.
Dan dia yang tidak dapat mematuhi hukum kerajaan telestial tidak dapat bertahan dalam kemuliaan telestial.”13
Dalam kata-kata lain, kerajaan kemuliaan yang kita terima pada Penghakiman Akhir ditentukan oleh hukum-hukum yang kita pilih untuk patuh dalam rancangan penyayang Bapa Syurgawi kita. Menurut rancangan itu terdapat pelbagai kerajaan supaya semua anak-Nya boleh ditugaskan kepada kerajaan di mana mereka dapat “tinggal.”
II.
Ajaran-ajaran dan polisi Gereja Tuhan yang dipulihkan mengamalkan kebenaran abadi ini dalam cara yang hanya dapat difahami sepenuhnya dalam konteks rancangan penyayang Bapa Syurgawi kita bagi semua anak-Nya.
Oleh itu, kita hormati hak pilihan individu. Ramai orang tahu akan usaha hebat Gereja ini untuk mempromosikan kebebasan agama. Usaha ini adalah untuk melanjutkan rancangan Bapa Syurgawi. Kita berusaha untuk bantu semua anak-Nya—bukan ahli-ahli diri kita sahaja—menikmati kebebasan untuk memilih.
Kadangkala kita ditanya mengapa kita hantar misionari ke pelbagai negara, juga di kalangan populasi yang beragama Kristian. Kita juga ditanya mengapa kita derma bantuan kemanusiaan besar kepada orang yang bukan ahli Gereja kita tanpa menggabungkan bantuan ini dengan usaha menginjil kita. Kita lakukan ini kerana Tuhan telah ajarkan kita untuk hargai semua anak-Nya sebagai saudara dan saudari kita, dan kita ingin berkongsi hasil rohani dan fana dengan semua.
Ajaran abadi juga menyediakan pandangan jelas berkenaan anak-anak. Menurut perspektif ini, kita lihat usaha dan pendidikan anak-anak adalah sebahagian rancangan ilahi. Ia satu tugas yang menggembirakan dan kudus bagi mereka yang telah diberi kuasa untuk menyertainya. Oleh itu, kita diperintah untuk mengajar dan menyokong asas-asas dan amalan yang menyediakan keadaan yang terbaik untuk pembesaran dan kegembiraan kanak-kanak di bawah rancangan Tuhan.
III.
Akhirnya, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir patut dikenali sebagai Gereja yang berpusatkan keluarga. Apa yang tidak difahami dengan baik adalah hakikat bahawa berpusatkan keluarga tidak terhad kepada perhubungan fana. Perhubungan abadi juga merupakan asas teologi kita. Misi Gereja yang dipulihkan adalah untuk bantu semua anak Tuhan melayakkan diri kepada hasrat Tuhan iaitu takdir abadi mereka. Melalui penebusan Korban Tebusan Kristus, semua boleh dapat kehidupan abadi (permuliaan di kerajaan celestial), di mana Ibu Hawa mengistiharkan “Tuhan berikan kepada semua yang patuh.”14 Ini lebih daripada keselamatan. Presiden Russell M. Nelson telah mengingati kita, bahawa “dalam rancangan abadi Tuhan, penyelamatan merupakan hal peribadi; [tetapi] permuliaan merupakan hal sekeluarga.”15
Sebuah asas kepada kita adalah wahyu Tuhan tentang permuliaan hanya dapat diperoleh melalui kesetiaan kepada perjanjian perkahwinan abadi di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.16 Ajaran ilahi itu adalah mengapa kita ajarkan “jantina merupakan sifat yang asas untuk identiti dan tujuan pra-fana, fana, dan abadi seseorang.”17
Inilah juga mengapa Tuhan telah memerlukan Gereja-Nya yang dipulihkan untuk menentang tekanan sosial dan perundangan yang mundur daripada perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, menentang perubahan yang menghapuskan perbezaan di antara kaum lelaki dan kaum perempuan.
Kepercayaan Gereja yang dipulihkan pada asas-asas ini sering menimbulkan penentangan. Kita fahami itu. Rancangan Bapa Syurgawi kita membenarkan “pertentangan dalam segala hal”18 dan penentangan Setan yang paling kuat tertumpu kepada apa pun perkara yang paling penting dalam rancangan itu. Oleh itu, dia berusaha untuk menentang kemajuan permuliaan dengan memutarbelitkan perkahwinan dan tidak menggalakkan melahirkan anak atau mengelirukan jantina. Tetapi kita ketahui bahawa tujuan ilahi dan rancangan Bapa Syurgawi penyayang tidak akan berubah. Keadaan peribadi akan berubah, dan rancangan Tuhan tetap sama buat jangka masa lama, orang setia yang mentaati perjanjian akan berpeluang melayakkan diri untuk setiap berkat yang dijanjikan.19
Pengajaran yang terutamanya berharga untuk bantu kita bersedia untuk kehidupan abadi, “kurnia yang terbesar dari segala kurnia Tuhan,”20 ialah pengisytiharan tentang keluarga dari tahun 1995.21 Pengisytiharan, semestinya, amat berbeza daripada undang-undang, latihan dan pembelaan terkini, seperti sekedudukan dan perkahwinan sama jantina. Mereka yang tidak fahami sepenuhnya rancangan penyayang Bapa bagi anak-anak-Nya dan ajaran permuliaan mungkin pertimbangkan pengisytiharan keluarga ini sebagai sebagai kenyataan polisi yang boleh diubah. Sebaliknya, kami menegaskan bahawa perisytiharan keluarga, berdasarkan pada ajaran yang tidak dapat terbatalkan, menerangkan jenis perhubungan keluarga yang diperlukan supaya pertumbuhan abadi yang paling penting boleh terjadi.
Inilah konteks untuk ajaran dan polisi untuk Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
III.
Dalam begitu banyak hubungan dan keadaan dalam kehidupan fana, setiap kita mesti bercampur dengan orang yang berbeza daripada kita. Sebagai pengikut Kristus yang patut kasihi sesama, kita patut hidup secara aman dengan mereka yang tidak percaya seperti kita. Kita semua anak Bapa Syurgawi penyayang. Bagi kita semua, Dia telah cipta hidup selepas mati dan, akhirnya, kerajaan kemuliaan. Tuhan ingin agar kita semua berusaha untuk berkat-berkat tertinggi dengan mematuhi perintah, perjanjian dan tatacara tertinggi, semuanya memuncak di dalam bait suci-Nya dibina di seluruh dunia. Kita mesti berusaha untuk berkongsi kebenaran keabadian ini dengan orang lain. Tetapi dengan kasih sesama kita beri kepada mereka, kita selalunya menerima keputusan mereka. Seperti seorang nabi Kitab Mormon pernah mengajar, kita mesti maju terus, mempunyai “kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia.”22
Seperti Russell M Nelson berkata dalam persidangan terakhir kita: “Tidak pernah ada masa dalam sejarah dunia di mana pengetahuan tentang Juruselamat semakin penting dan berkaitan bagi setiap jiwa manusia. … Ajaran suci Kristus adalah berkuasa. Ia mengubah kehidupan semua yang memahami dan berusaha untuk melaksanakannya dalam hidup dia.”23
Semoga kita menggunakan ajaran kudus itu dalam hidup kita, saya doa dalam nama Yesus Kristus, amin.