Kasih, Kongsi, Jemput
Apabila kita kasihi, kongsi, dan jemput, kita ambil bahagian dalam pekerjaan besar dan mulia itu yang menyediakan bumi untuk kepulangan Mesiasnya.
Bayangkan bersama saya, untuk seketika, berdiri di atas sebuah gunung di Galilea, menyaksikan keajaiban dan kemuliaan Juruselamat yang dibangkitkan mengunjungi para pengikut-Nya. Betapa mengagumkan untuk pertimbangkan peluang mendengar kata-kata ini secara peribadi, yang Dia kongsi dengan mereka, perintah khusyuk-Nya untuk “pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan.”1 Pastinya, kata-kata ini akan memberi kuasa, mengilhami, dan menggerakkan setiap kita, seperti rasul-rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka mengabdikan seumur hidup mereka untuk lakukan itu.
Menariknya, bukan sahaja para Rasul yang mengambil firman Yesus ke hati. Para ahli Gereja awal, dari yang terbaru ke yang paling berpengalaman, mengambil bahagian dalam tauliah besar Juruselamat, berkongsi berita baik injil dengan mereka yang dijumpai dan dikenali. Keazaman untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus membantu menegakkan gereja-Nya berkembang luas.2
Kita juga, sebagai pengikut Kristus, dijemput untuk ikuti tauliah-Nya hari ini, seolah-olah kita berada di gunung Galilea semasa dia pertama kali mengisytiharkannya. Tualiah ini bermula lagi pada tahun 1830, apabila Joseph Smith menetapkan adiknya, Samuel sebagai misionari awal Gereja Yesus Kristus.3 Sejak itu, lebih daripada 1.5 juta misionari telah lakukan perjalanan ke seluruh dunia untuk ajar semua bangsa dan baptiskan mereka yang terima khabar gembira injil yang dipulihkan.
Inilah ajaran kita. Hasrat kita.
Dari anak-anak kecil kepada yang paling sulung di kalangan kita, kita teringinkan masa ketika kita dapat dengar panggilan Juruselamat dan berkongsi injil dengan negara-negara dunia. Saya pasti anda remaja putera dan remaja puteri rasakan cabaran berkuasa yang sama dari nabi kita kelmarin apabila dia jemput anda bersedia untuk pelayanan misionari sepenuh masa sepertimana Juruselamat lakukan dengan para Rasul-Nya.
Seperti para pelari di blok permulaan, kita menunggu dengan harapan untuk jemputan rasmi, lengkap dengan tandatangan nabi, mengisyaratkan permulaan perlumbaan! Hasrat ini mulia dan berilham; tetapi, mari kita pertimbangkan soalan: mengapakah kita semua tidak mula sekarang?
Anda mungkin bertanya, “Bagaimanakah saya boleh menjadi misionari tanpa lencana nama?” Atau kita beritahu diri sendiri, “Para misionari sepenuh masa ditetapkan untuk lakukan pekerjaan ini. Saya ingin bantu, tetapi mungkin kemudian apabila kehidupan telah tenang sedikit.”
Saudara dan saudari, ia lebih mudah daripada itu! Syukurnya, tauliah hebat Juruselamat boleh dicapai melalui asas-asas mudah yang diajar kepada setiap kita sejak zaman kanak-kanak: kasih, kongsi, dan jemput.
Kasih
Perkara pertama yang kita boleh lakukan adalah mengasihi seperti Kristus kasihi.
Hati kita dibebani dengan penderitaan dan ketegangan manusia yang dilihat di seluruh dunia dalam masa yang huru-hara ini. Namun, kita juga boleh diilhamkan oleh pencurahan rasa kasihan dan kemanusiaan yang telah ditunjukkan oleh orang di merata tempat melalui usaha mereka untuk mencapai mereka yang terpinggir—mereka yang kehilangan tempat tinggal, dipisahkan daripada keluarga mereka, atau mengalami kedukaan dan kekecewaan yang lain.
Baru-baru ini, sumber-sumber berita melaporkan tentang sekumpulan ibu di Poland, kerana bimbang terhadap keluarga-keluarga yang lari dari negara, memutuskan untuk tinggalkan kereta sorong bayi di stesen kereta api dalam satu barisan rapi, bersedia dan menunggu ibu pelarian dan anak-anak yang perlukannya di sempadan apabila turun dari kereta api. Pastinya, Bapa Syurgawi kita senyum dengan tindakan kasih ihsan yang tidak mementingkan diri seperti ini, kerana apabila kita menanggung beban satu sama lain, kita “mentaati perintah Kristus.”4
Setiap kali kita tunjukkan kasih seperti Kristus terhadap jiran, kita mengkhutbahkan injil—walaupun tidak menyuarakan satu perkataan.
Kasih terhadap orang lain adalah ungkapan fasih perintah besar kedua untuk mengasihi sesama kita;5 ia menunjukkan proses penyempurnaan Roh Kudus yang bekerja dalam jiwa kita sendiri. Dengan menunjukkan kasih Kristus kepada orang lain, kita boleh menyebabkan mereka yang melihat pekerjaan baik kita untuk “memuji Bapa [kita] yang di syurga.”6
Kita lakukan ini tanpa mengharapkan apa pun balasan.
Kita harap mereka akan menerima kasih dan pesanan kita walaupun reaksi mereka di luar kawalan kita
Kita dapat mengawal apa yang kita lakukan dan siapa diri kita.
Melalui kasih seperti Kristus terhadap orang lain, kita berkhutbah sifat-sifat injil Kristus yang gemilang dan mengubah hidup, dan kita ambil bahagian dengan ketara dalam menyempurnakan tugas besar-Nya.
Kongsi
Perkara kedua yang kita boleh lakukan adalah berkongsi.
Semasa awal pandemik COVID-19, Brother Wisan dari Thailand terdorong untuk berkongsi perasaan dan tanggapannya tentang apa yang dia pelajari dalam kajian Kitab Mormon dalam akaun media sosialnya. Dalam salah satu pos peribadinya, dia berkongsi satu cerita tentang dua misionari Kitab Mormon, Alma dan Amulek.
Abangnya, Winai, walaupun teguh dalam kepercayaan agamanya, tersentuh oleh pos itu dan bertanya, “Bolehkah saya memperoleh buku itu dalam bahasa Thai?”
Wisan dengan bijaksana mengatur hantaran kitab Mormon melalui dua saudari misionari, yang mula mengajar adiknya.
Wisan menyertai pelajaran virtual di mana dia berkongsi perasaannya tentang Kitab Mormon. Winai belajar untuk berdoa dan mengkaji dengan roh yang mencari kebenaran, untuk menerima dan memeluk kebenaran. Dalam beberapa bulan, Winai dibaptiskan!
Wisan kemudian berkata, “Kita ada tanggungjawab untuk jadi alat dalam tangan Tuhan, dan kita mesti sentiasa bersedia untuk Dia lakukan pekerjaan-Nya melalui kita.” Mukjizat keluarga mereka terjadi hanya kerana Wisan berkongsi injil secara biasa dan semula jadi.
Kita semua berkongsi sesuatu dengan orang lain. Kita sering lakukannya. Kita berkongsi filem dan makanan yang kita suka, perkara lucu yang kita lihat, tempat yang kita kunjungi, seni yang kita hargai, petikan yang mengilhamkan.
Bagaimanakah kita boleh tambahkan ke dalam senarai kongsian kita, apa yang kita kasihi tentang injil Yesus Kristus?
Elder Dieter F. Uchtdorf menjelaskan: “Jika orang tanya tentang hujung minggu anda, jangan teragak-agak untuk berkongsi tentang apa yang anda alami di gereja. Ceritakanlah tentang kanak-kanak kecil yang berdiri di depan jemaah dan bernyanyi dengan penuh semangat betapa mereka ingin menjadi seperti Yesus. Ceritakanlah tentang remaja-remaja yang meluangkan masa membantu warga emas di rumah orang tua-tua untuk mengumpul sejarah peribadi.”7
Berkongsi bukanlah tentang “penjualan” injil Anda tidak perlu mengarangkan satu khutbah atau membetulkan persepsi salah seseorang.
Dalam pekerjaan misionari, Tuhan tidak memerlukan anda untuk jadi polis-Nya; namun, Dia meminta anda untuk jadi pengongsi-Nya.
Melalui perkongsian pengalaman positif injil kita dengan orang lain, kita ambil bahagian dalam memenuhi tugas besar Juruselamat.
Jemput
Perkara ketiga yang anda boleh lakukan adalah menjemput.
Sister Mayra ialah seorang penganut baru dari Ecuador. Kegembiraannya dalam injil meningkat dengan mendadak berikutan pembaptisannya apabila dia menjemput kawan-kawan dan orang terkasih di sekelilingnya melalui akaun media sosial. Ramai ahli keluarga dan kawan-kawan yang melihat posnya membalas dengan soalan-soalan. Mayra berhubung dengan mereka, sering menjemput mereka ke rumahnya untuk bertemu dengan para misionari bersama.
Ibu bapa Mayra, adik beradiknya, mak ciknya, dua sepupu, dan beberapa kawan dibaptiskan kerana dia dengan berani menjemput mereka untuk “marilah dan lihat,” “mari dan melayani”, dan ”marilah dan tergolong.” Melalui jemputan biasa dan semula jadinya, lebih dari 20 orang telah menerima jemputannya untuk dibaptiskan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus. Ini berlaku kerana Sister Mayra menjemput orang untuk mengalami kebahagiaan yang dia rasa sebagai seorang ahli Gereja.
Terdapat beratus-ratus jemputan yang kita boleh hulurkan kepada orang lain. Kita boleh menjemput orang untuk “marilah dan lihat” satu pertemuan sakramen, aktiviti bahagian, video online yang menjelaskan injil Yesus Kristus. “Marilah dan lihat” boleh menjadi jemputan untuk membaca Kitab Mormon atau melawat bait suci baru yang terbuka dan belum dibaktikan. Kadangkala, jemputan itu adalah sesuatu dalaman—satu jemputan kepada diri kita sendiri, memberi kita kesedaran dan wawasan tentang peluang di sekeliling kita, yang boleh dilakukan.
Dalam zaman digital ini, ahli-ahli sering berkongsi pesanan melalui media sosial. Terdapat beratus-ratus, jika tidak beribu-ribu, perkara mengangkat yang anda mungkin dapati layak untuk dikongsi. Kandungan ini menawarkan jemputan untuk “marilah dan lihat,” “marilah dan layani,” dan “marilah dan tergolong.”
Apabila kita jemput orang lain untuk belajar lebih tentang injil Yesus Kristus, kita ambil bahagian dalam panggilan Juruselamat untuk libatkan diri dalam pekerjaan tauliah-Nya.
Kesimpulan
Saudara dan saudari yang dikasihi, kita telah berucap hari ini tentang tiga perkara—perkara mudah—yang mana sesiapa pun boleh lakukan. Perkara yang anda boleh lakukan! Mungkin anda sudah lakukannya—tanpa menyedari sepenuhnya!
Saya jemput anda untuk pertimbangkan cara anda boleh kasihi, kongsi, dan jemput. Apabila anda berbuat demikian, anda akan berasa gembira kerana anda mentaati firman Juruselamat terkasih kita.
Apa yang saya sedang gesa anda lakukan bukanlah satu program baharu. Anda pernah dengar asas-asas ini. Ini bukanlah “perkara besar seterusnya” yang Gereja suruh anda lakukan. Ketiga-tiga perkara ini hanyalah tambahan kepada siapa kita sebagai pengikut Yesus Kristus.
Tiada lencana atau surat diperlukan.
Tiada panggilan rasmi diperlukan.
Apabila tiga perkara ini jadi bahagian yang semula jadi dalam kita dan cara kita hidup, ia akan jadi satu ungkapan kasih yang tulen, automatik dan tidak dipaksa.
Sepertimana para pengikut Kristus yang berkumpul bersama untuk belajar daripada-Nya di Galilea 2000 tahun yang lalu, kita juga boleh menyahut panggilan Juruselamat dan pergi ke seluruh dunia untuk mengkhutbahkan Injil.
Apabila kita kasihi, kongsi, dan jemput, kita ambil bahagian dalam pekerjaan besar dan mulia itu yang menyediakan bumi untuk kepulangan Mesiasnya.
Agar kita boleh dengar tauliah Juruselamat dan berusaha untuk libatkan diri dalam tauliah besar-Nya adalah doa saya dalam nama Yesus Kristus, amin.