Penyokongan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum Gereja
Saudara dan saudari, dengan sukacita saya akan bentangkan Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum Gereja untuk undi sokongan anda.
Kami meminta anda untuk menyatakan sokongan anda dalam cara biasa, di mana pun anda berada. Sesiapa yang tidak bersetuju kepada sebarangan cadangan, sila hubungi presiden pancang anda.
Dicadangkan bahawa kita menyokong Russell Marion Nelson sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu dan Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir; Dallin Harris Oaks sebagai Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama; dan Henry Bennion Eyring sebagai Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama.
Yang bersetuju boleh nyatakan.
Yang tidak bersetuju, jika ada, boleh nyatakan.
Dicadangkan bahawa kita menyokong Dallin Harris Oaks sebagai Presiden Kuorum Dua Belas Rasul dan Jeffrey R. Holland sebagai Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.
Yang bersetuju, sila nyatakan.
Yang tidak bersetuju boleh nyatakan.
Dicadangkan bahawa kita menyokong ahli-ahli Kuorum Dua Belas Rasul yang berikut: Jeffrey R. Holland, Dieter F. Uchtdorf, David A. Bednar, Quentin L. Cook, D. Todd Christofferson, Neil L. Andersen, Ronald A. Rasband, Gary E. Stevenson, Dale G. Renlund, Gerrit W. Gong, Ulisses Soares, dan Patrick Kearon.
Mereka yang bersetuju, sila nyatakan.
Yang tidak bersetuju boleh nyatakan.
Dicadangkan bahawa kita menyokong penasihat dalam Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul sebagai nabi, pelihat, dan pewahyu.
Mereka yang bersetuju, sila nyatakan.
Sebaliknya, jika ada, dengan tanda yang sama.
Kami maklumkan bahawa enam Ahli Kawasan Tujuh Puluh yang baharu telah disokong semasa pertemuan kepimpinan persidangan umum pada hari Khamis, 3 Oktober, dan kemudiannya diumumkan pada laman web Gereja. Kami menjemput anda untuk menyokong para saudara ini dalam tugasan baharu mereka.
Mereka yang bersetuju, sila nyatakan.
Yang tidak setuju, dengan tanda yang sama.
Dicadangkan bahawa kita menyokong Penguasa Umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum lain yang dilantik.
Semua yang bersetuju boleh mengangkat tangan.
Yang tidak bersetuju, jika ada.
Terima kasih, saudara dan saudari, atas iman dan doa anda yang berterusan bagi pihak kepimpinan Gereja.
Perubahan Ahli Kawasan Tujuh Puluh
Ahli Kawasan Tujuh Puluh berikut telah disokong semasa sesi kepimpinan diadakan sebagai sebahagian persidangan umum:
Miguel A. Avila, Jean Pierre A. L. Haboko, Ramiro Ibarra Sanchez, George Katembo Njogu Munene, A. Enrique Texeira, Francisco Villanueva Rojas.