Dia Yang Tinggal Dengan Yehova
Joseph Smith “pembuka zaman akhir,” dan kita diberkati olehnya.
Tujuan saya hari ini dan sentiasa adalah untuk bersaksi tentang Yesus Kristus, bahawa Dia adalah Putera Tuhan, Pencipta dan Juruselamat dunia, Pembebas dan Penebus kita. Kerana “asas penting agama kita adalah kesaksian para Rasul dan Nabi, tentang Yesus Kristus,” hari ini saya berkongsi dengan anda pengetahuan dan kesaksian saya tentang Juruselamat kerana ia telah diperkuatkan dan diperdalamkan melalui hidup dan ajaran seorang rasul dan nabi utama.
Permulaan Kebijaksanaan
Pada pagi cerah pada awal musim bunga tahun 1820, Joseph Smith yang berumur 14 tahun pergi ke hutan berhampiran rumah keluarganya untuk berdoa tentang dosa-dosanya dan bertanya gereja mana yang harus dia sertai. Doa tulusnya, diberikan dengan iman tidak bergoyah, mendapat perhatian kuasa yang paling berkuasa dalam alam semesta, termasuk Bapa dan Putera. Dan iblis. Setiap mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap doa itu dan pada pemuda itu.
Penglihatan Pertama yang kita kenali menandakan permulaan Pemulihan semua hal dalam zaman keagamaan yang terakhir ini. Tetapi bagi Joseph, pengalaman itu juga peribadi dan satu persediaan. Dia hanya inginkan pengampunan dan arahan. Tuhan memberinya kedua-duanya. Arahan untuk “tidak harus mengikuti [gereja-gereja itu]” adalah arahan. Perkataan, “Dosamu sudah diampunkan” adalah penebusan.
Daripada semua kebenaran indah yang kita pelajari daripada Penglihatan Pertama, hal utama Joseph belajar ialah, “Aku telah mengetahui kesaksian Yakobus adalah benar—bahawa seseorang yang kekurangan hikmat boleh memintakannya kepada Tuhan, dan menerimanya.”
Seperti seorang sarjana perhatikan: “Mesej paling penting daripada Penglihatan Pertama ialah mengetahui bahawa adalah sifat Tuhan untuk memberi kepada mereka yang kekurangan hikmat. … Tuhan yang menunjukkan Diri-Nya kepada Joseph Smith di sacred grove adalah Tuhan yang menjawab remaja pada masa kesusahan.”
Pengalaman Joseph di hutan memberikannya keyakinan untuk meminta pengampunan dan arahan sepanjang hidupnya. Pengalamannya juga telah memberi saya keyakinan untuk meminta pengampunan dan arahan sepanjang hidup saya.
Pertaubatan Kerap
Pada 21 September 1823, Joseph berdoa dengan bersungguh untuk memohon pengampunan, yakini pengalamannya di hutan tiga tahun sebelumnya, syurga akan menjawab lagi. Dan ia berlaku. Tuhan mengutus seorang malaikat, Moroni untuk mengajar dan memberitahu Joseph tentang rekod kuno yang kemudiannya dia akan terjemahkan melalui kurnia dan kuasa Tuhan—Kitab Mormon.
Hampir 13 tahun selepas itu, Joseph dan Oliver Cowdery berlutut dalam doa yang khusyuk dan senyap di Bait Suci Kirtland yang baru dibaktikan. Kita tidak tahu apa yang mereka doakan, tetapi doa itu mungkin termasuk rayuan untuk pengampunan, kerana, semasa mereka bangun, Juruselamat menampakkan diri dan menyatakan, “Lihatlah, dosa-dosamu diampuni bagimu; kamu bersih di hadapan-Ku.”
Dalam bulan dan tahun selepas pengalaman ini, Joseph dan Oliver akan berdosa lagi. Dan lagi. Tetapi pada saat itu, untuk saat itu, sebagai jawapan kepada rayuan mereka dan persediaan untuk pemulihan agung kunci-kunci imamat yang bakal berlaku, Yesus menjadikan mereka tanpa dosa.
Kehidupan Joseph yang sentiasa bertaubat memberi saya keyakinan untuk “datang dengan penuh keberanian menghadap takhta Tuhan, agar [saya] menerima belas kasihan-Nya.” Saya telah belajar bahawa Yesus Kristus benar-benar mempunyai “watak pemaaf.” Bukanlah misi-Nya mahupun sifat-Nya untuk mengutuk. Dia datang untuk menyelamatkan.
Bertanya kepada Tuhan
Sebahagian daripada janji “menjadikan semuanya baru,” Tuhan, melalui Joseph Smith, mendatangkan Kitab Mormon dan wahyu lain yang mengandungi kegenapan injil-Nya. Kebenaran penting memberi kejelasan dan kelengkapan semasa Joseph berulang kali berulang kali bertanya Tuhan untuk arahan. Pertimbangkan hal-hal berikut:
-
Yesus mengambil ke atas diri-Nya bukan sahaja dosa kita tetapi juga penyakit, kesengsaraan, dan kelemahan kita.
-
Korban Tebusan-Nya begitu perit sehingga Dia berdarah dari setiap liang roma.
-
Kita diselamatkan melalui rahmat-Nya “setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu.”
-
Semasa kita datang kepada Kristus, Dia bukan sahaja akan mengampuni dosa kita, tetapi Dia juga mengubah sifat alamiah kita supaya “kita tidak lagi mempunyai kecenderungan untuk melakukan kejahatan.”
-
Kristus sentiasa memerintahkan umat-Nya untuk membina bait suci, di mana Dia boleh menyatakan diri-Nya kepada mereka dan menganugerahi mereka dengan kuasa dari syurga.
Saya bersaksi bahawa semua ini adalah benar dan perlu. Ia mewakili hanya sebahagian kecil daripada kegenapan yang telah dipulihkan oleh Yesus Kristus melalui Joseph Smith sebagai jawapan kepada permintaan berulang Joseph untuk arahan.
Maju dalam Kerajaan Ini
Pada tahun 1842, Joseph menulis tentang hal-hal menakjubkan yang akan berlaku dalam zaman keagamaan terakhir ini. Dia mengisytiharkan bahawa pada zaman kita, “Imamat syurgawi akan bersatu dengan duniawi, untuk mencapai tujuan besar itu; dan sementara kita bersatu dalam satu tujuan sama untuk majukan kerajaan Tuhan, Imamat syurgawi bukanlah penonton yang sia-sia.”
Kepada rakannya Benjamin Johnson, Joseph berkata, “Benjamin, [jika aku mati] aku tidak akan jauh dari mu, dan jika di sebelah tirai, aku akan tetap bekerja dengan mu, dan dengan kuasa yang sangat meningkat, untuk majukan kerajaan ini.”
Pada 27 Jun 1844, Joseph Smith dan abangnya Hyrum telah dibunuh. Mayat Joseph telah dikebumikan, tetapi kesaksiannya terus bergema di seluruh dunia dan dalam jiwa saya:
“Aku telah melihat suatu penglihatan; aku mengetahuinya, dan aku tahu bahawa Tuhan mengetahuinya, dan aku tidak dapat menyangkalnya.”
“Aku tidak pernah memberitahu bahawa aku sempurna; tetapi tidak ada kesilapan dalam wahyu yang aku telah ajarkan.”
“Asas-asas dasar agama kita adalah kesaksian para Rasul dan Nabi, mengenai Yesus Kristus, bahawa Dia telah mati, dikuburkan, dan bangkit semula pada hari ketiga, dan naik ke syurga; dan semua hal lain yang berkaitan dengan agama kita hanyalah merupakan tambahan terhadapnya.”
Apa yang dikatakan tentang Yohanes Pembaptis juga boleh dikatakan tentang Joseph Smith: “Seorang bernama [Joseph] diutus oleh Tuhan. … Dia sendiri bukan cahaya itu, dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu,” “supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya.”
Saya percaya. Saya percaya dan yakin bahawa Yesus adalah Kristus, Putera Tuhan yang hidup. Saya bersaksi bahawa Tuhan yang hidup ialah Bapa kita yang pengasih. Saya tahu ini kerana suara Tuhan telah berfirman kepada saya, dan begitu juga suara hamba-hamba-Nya, para rasul dan nabi, termasuk dan bermula daripada Joseph Smith.
Saya bersaksi bahawa Joseph Smith adalah nabi Tuhan, seorang saksi dan hamba Tuhan Yesus Kristus. Dia “pembuka zaman akhir,” dan kita diberkati olehnya.
Tuhan memerintahkan Oliver dan kita semua, “Berdirilah di sisi hamba-Ku Joseph, dengan setia.” Saya bersaksi bahawa Tuhan berdiri di sisi hamba-Nya Joseph dan Pemulihan yang dilakukan melalui dia.
Joseph Smith kini adalah sebahagian dari imamat syurgawi yang dia bicarakan. Seperti yang dia janjikan kepada kawannya, dia tidak jauh dari kita, dan di sebelah tirai, dia masih bekerja dengan kita, dan dengan kuasa yang lebih meningkat, untuk majukan kerajaan ini. Dengan sukacita dan kesyukuran, saya meninggikan suara untuk ”memuji dia yang tinggal dengan Yehova.” Dan di atas segalanya, memuji Yehova yang tinggal dengan lelaki itu! Dalam nama Yesus Kristus, amin.