Tuhan Mengasihi Semua Anak-Nya
Yesus Kristus selalu memanggil kita, dan Dia menggunakan kita, hamba-Nya yang biasa, untuk membantu membawa anak-anak-Nya kepada-Nya.
Apakah yang Bapa Syurgawi kita inginkan dari anda? Adakah anda faham bahawa apabila dalam kehidupan pra-fana, Bapa Syurgawi telah mempersediakan anda untuk hidup anda di bumi? Presiden Russell M. Nelson mengajar para remaja, “Bapa Syurgawi telah menyediakan banyak roh-roh yang mulia—bahkan … pasukan terbesar-Nya—pada fasa terakhir ini.” Kerana kita telah disediakan untuk zaman akhir ini, adalah amat penting untuk kita belajar menjadi pengikut Yesus Kristus.
Tuhan Yesus Kristus adalah Gembala yang Baik, dan Dia mengenali kawanan domba-Nya, dan kawanan domba mengenali Gembalanya kerana “Dia memanggil nama setiap ekor domba.” Dia selalu memanggil kita, dan Dia menggunakan kita, hamba-Nya yang biasa, untuk membantu membawa anak-anak-Nya kepada-Nya.
Sejenak lalu, seorang presiden pancang dan saya mengunjungi ahli-ahli Gereja di kejiranan tempatan. Selepas kunjungan itu selesai, presiden pancang itu bertanya jika kami boleh mengunjungi satu lagi keluarga. Dia terdorong untuk bercakap dengan mereka.
Kami ketuk pintu dan seorang saudari membukanya. Dia melihat saya, tetapi dia tidak mengenali saya, jadi dia tidak banyak berkata. Saya menunjuk pada presiden pancang, yang menyambut dia dengan nama. Sebaik sahaja dia mendengar dan melihat presiden pancang itu, dia gembira. Berdiri di pintu, mereka berdua berpelukan dan menangis bersama. Ini menetapkan suasana untuk kunjungan kami. Kami tidak tahu bahawa saudari ini telah menerima kemoterapi pada hari sebelumnya. Dia terlalu lemah untuk menjaga anak lelaki dewasanya. Jadi saya membantu presiden pancang menyalin pakaian anaknya, dan meletakkannya di kerusi rodanya. Kami menyuapnya dengan makanan yang dibawa oleh saudari baik di bahagian, dan membantu dengan kerja-kerja lain. Sebelum kami beredar, kami berpeluang untuk memberkati mereka.
Segala buah fikiran saya semasa kunjungan ini adalah satu pengesahan bahawa Yesus Kristus amat mengasihi mereka. Dia memahami mereka dan tahu kepedihan keadaan mereka yang unik. Hampir seluruh kunjungan itu berlaku dalam diam. Pada masa itu kami tidak berkhutbah atau berkongsi ayat suci kegemaran kami, tetapi Tuhan memberkati kami dengan Roh-Nya yang melimpah.
Salah satu sebab terbesar Bapa Syurgawi menghantar anda ke sini pada masa ini adalah supaya anda boleh mencapai potensi penuh anda. Mengkhutbahkan Injil-Ku mengajar bahawa sebagai pengikut Kristus, kita harus mengelak membandingkan diri kita dengan orang lain. Kebolehan rohani anda adalah unik, peribadi, dan semula jadi, dan Bapa Syurgawi ingin membantu anda mengembangkannya. Sentiasa akan ada seseorang yang anda boleh bantu untuk merasakan kasih Bapa Syurgawi anda. Potensi anda adalah ilahi. Walaupun penting untuk menyediakan diri anda untuk berjaya di dunia sengit ini, salah satu misi penting anda dalam hidup adalah untuk menjadi pengikut Yesus Kristus dan mengikuti dorongan Roh. Semasa anda melakukan ini, Tuhan akan memberkati hidup anda, keluarga anda atau keluarga akan datang anda, dan Dia akan memberkati hidup anak-anak-Nya yang anda temui.
Kita hidup pada masa yang penuh peluang. Meski kita hadapi banyak kesukaran, saya tahu ia wujud untuk kita membantu orang lain merasakan kasih Bapa Syurgawi kita. Presiden Nelson mengajar: “Dalam hari-hari akan datang, kita akan melihat pernyataan kuasa terbesar oleh Juruselamat yang dunia belum pernah saksi.” Kita mempunyai hak istimewa untuk menjaga orang yang memerlukan bantuan, pelukan, penghiburan, atau dalam diam bersama mereka. Jika kita dapat membantu meringankan beban mereka, bahkan seketika, maka kita akan dapat melihat pernyataan kuasa besar Juruselamat dalam hidup mereka.
Sebagai pengikut Yesus Kristus, Orang Suci Zaman Akhir boleh membuat perubahan positif di dunia. Kita boleh tunjukkan perasaan kebahagiaan pada wajah kita—suatu kebahagiaan yang kita kongsi dengan kata-kata kasih dan tindakan kebaikan. Marilah kita menjadi jiran yang baik, majikan yang baik, pekerja yang baik. Marilah kita berusaha menjadi orang Kristian yang baik sepanjang masa.
Tuhan telah memulihkan injil-Nya dengan tatacara yang diperlukan supaya anak-anak Bapa Syurgawi boleh mempunyai semua janji yang mengikat kita dengan Dia. Dengan membantu para saudari dan saudara kita dalam cabaran harian mereka, bantulah juga mereka membuat dan mentaati janji-janji kudus dengan Bapa Syurgawi supaya Dia boleh menjanjikan mereka berkat terbesar untuk kehidupan ini dan untuk keabadian. Janji-janji ini hanya dimungkinkan melalui Pemulihan injil Yesus Kristus dan kunci-kunci imamat-Nya.
Dalam kata lain, kita boleh membantu orang lain untuk kekal di jalan perjanjian. Beberapa antara kita menyimpang dari jalan itu masa ke masa, dan kita harus ingat bahawa bagi Bapa Syurgawi kita, kita selalu boleh berpatah kembali. Bahkan jika jalan kita tidak sempurna, Juruselamat selalu mengingatkan kita, “Jika [kita selalu bertaubat] dan [mencari] pengampunan, dengan niat yang bersungguh-sungguh, [kita akan] diampuni.”
Satu taktik musuh pada hari ini adalah membuat kita fikir dan percaya bahawa tiada cara untuk kita berubah atau tiada lagi harapan. Pemikiran yang merosakkan ini menyebabkan banyak kita berhenti mencuba. Dan pada masa inilah kasih kita, kata-kata galakan dan sokongan kita, masa kita, dan bantuan kita boleh memberi seseorang cukup harapan untuk mencuba lagi.
Mungkin anda berfikir, “OK, tetapi siapa yang melayani saya?” Dengan pergi dan memberkati hidup saudara dan saudari kita, kita akan mengumpul kesaksian yang akan memenuhi hidup kita dengan iman kepada Tuhan Yesus Kristus. Semua kesaksian ini akan mendorong kita untuk mencuba lagi. Roh Kudus akan menyedarkan kita dan memperbaharui kesaksian kita untuk terus menghadapi kesukaran dan cabaran peribadi kita. Apabila kita berusaha memberkati hidup orang lain, Tuhan lebih berbelas kasihan pada kita; Dia menguatkan kita dan membantu kita dalam kehidupan kita.
Ingatlah Tuhan Yesus Kristus adalah Juruselamat anda dan memahami anda secara peribadi. Dia tahu bagaimana rasanya untuk memenuhi panggilan dan meninggalkan hal-hal lain untuk membantu anak-anak Tuhan. Dia mempunyai kuasa untuk memberkati anda dalam segala hal jika anda percaya kepada-Nya dan tidak ragu.
Saudara dan saudari terkasih, pada hari tersebut apabila seorang pemegang imamat terilham untuk mengunjungi seorang ibu dan anaknya yang tidak dijadualkan, saya mengisytiharkan Tuhan tahu bahawa mereka perlukan kami. Dan pada akhirnya, sayalah orang yang dilayani. Pada hari itu, saya menerima salah satu pengajaran terbesar tentang kasih Juruselamat untuk kita.
Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat dunia, Dia hidup, dan Dia mati untuk anda dan saya, dan Dia telah bangkit untuk anda dan saya supaya kita boleh mengimpikan pertemuan semula selestial yang penuh dengan kebahagiaan bersama orang di sebelah tirai. Saya tahu Dia memahami anda dan saya dengan sempurna. Dia memahami setiap saat kesukaran kita, dan Dia mempunyai kuasa untuk membantu kita pada saat-saat ketika kita amat memerlukan bantuan. Saya tahu Tuhan Yesus Kristus dan Bapa Syurgawi muncul kepada Joseph Smith untuk memulihkan injil pada zaman ini. Saya tahu nabi terkasih kita, Presiden Russell M. Nelson, adalah nabi Tuhan, dan saya bersaksi tentang hal-hal ini dalam nama Yesus Kristus, amin.