Persidangan Umum
Mencari-Nya dengan Segenap Hati Anda
Persidangan umum Oktober 2024


12:3

Mencari-Nya dengan Segenap Hati Anda

Jika Yesus Kristus mencari masa yang tenang untuk berkomunikasi dengan Tuhan dan untuk dikuatkan oleh-Nya, adalah bijak untuk kita melakukan hal yang sama.

Beberapa tahun lalu, saya dan isteri melayani sebagai pemimpin misi di Tokyo, Jepun. Semasa lawatan ke misi kami oleh Elder Russell M. Nelson ketika itu, salah seorang misionari bertanya kepadanya cara terbaik untuk menjawab apabila seseorang memberitahu mereka terlalu sibuk untuk mendengar misionari. Dengan sedikit teragak-agak, Elder Nelson berkata, “saya akan bertanya jika mereka terlalu sibuk untuk makan tengah hari pada hari itu dan kemudian mengajar mereka bahawa mereka mempunyai badan dan roh, dan sama seperti tubuh mereka akan mati jika tidak dipelihara, begitu juga roh mereka jika tidak dipelihara oleh firman Tuhan yang baik.”

Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa perkataan Jepun untuk “sibuk,” isogashii, terdiri daripada aksara dengan dua simbol (). Yang di sebelah kiri bermaksud “hati” atau “roh,” dan yang di sebelah kanan bermaksud “kematian”—mencadangkan mungkin, seperti yang Presiden Nelson ajarkan, bahawa terlalu sibuk untuk pelihara roh kita boleh menyebabkan kita mati secara rohani.

Tuhan tahu—dalam dunia yang serba pantas ini, penuh dengan gangguan dan kekecohan—meluangkan masa yang berkualiti untuk Dia akan menjadi salah satu cabaran utama zaman kita. Berbicara melalui nabi Yesaya, Dia menyediakan kata-kata nasihat dan peringatan ini yang boleh disamakan dengan zaman kita hidup:

“[Dalam] kembalilah kepada-Ku dan percayalah kepada-Ku dengan hati yang tenteram maka kamu akan Kukuatkan dan Kuselamatkan: tetapi kamu tidak mahu.

“Sebaliknya kamu merancang untuk lari daripada musuh dengan menunggang kuda yang laju. Memang kamu perlu lari! Pada sangka kamu kuda kamu cukup laju, tetapi pengejar-pengejar kamu lebih cepat!”

Dalam erti kata lain, walaupun keselamatan kita bergantung pada kembali kepada-Nya dengan kerap dan berehat daripada kekhuatiran dunia, kita tidak melakukannya. Dan walaupun keyakinan kita akan datang daripada kekuatan yang dikembangkan pada masa-masa tenang duduk bersama Tuhan dalam meditasi dan renungan, kita tidak melakukannya. Mengapa tidak? Kerana kita berkata, ”Tidak, kita sibuk dengan hal-hal lain”—umpama melarikan diri dengan menaiki kuda. Oleh itu, kita akan semakin jauh dari Tuhan; kita akan berkeras untuk pergi lebih cepat dan lebih pantas; dan semakin cepat kita pergi, semakin pantas Syaitan mengejar.

Mungkin inilah sebabnya Presiden Nelson telah berulang kali merayu kepada kita untuk atur masa bagi Tuhan dalam kehidupan kita—“setiap hari.” Dia mengingatkan kita bahawa “masa senyap ialah masa kudus—masa yang akan memberikan wahyu peribadi dan mendirikan kedamaian.” Tetapi untuk mendengar suara Tuhan yang tenang, dia menasihati, “anda sepatutnya tenang juga.”

Menjadi tenang, bagaimanapun, memerlukan lebih daripada sekadar meluangkan masa untuk Tuhan—ia memerlukan melepaskan fikiran kita yang ragu-ragu dan takut serta menumpukan hati dan fikiran kita kepada-Nya. Elder David A. Bednar ajarkan, “peringatan Tuhan untuk ‘tenanglah’ adalah lebih daripada sekadar berdiam dan tidak bergerak.” Tenanglah, dia cadangkan, “boleh menjadi satu peringatan bagi kita untuk bertumpu pada Juruselamat.”

Menjadi tenang adalah perbuatan beriman dan memerlukan usaha. Lectures on Faith menyatakan, “Apabila seseorang bekerja dengan iman dia bekerja dengan usaha mental.” Presiden Nelson mengisytiharkan: “Tumpuan kita harusnya berdasarkan pada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran. Tetapi apabila kita lakukan demikian, keraguan dan kebimbangan kita lenyap.” Bercakap tentang keperluan untuk menumpukan minda kita ini, Presiden David O. McKay berkata: “Saya rasa kita terlalu kurang memberi perhatian kepada nilai meditasi, satu asas kebaktian. … Meditasi adalah salah satu … pintu yang paling kudus di mana kita masuk ke hadirat Tuhan.

Terdapat satu perkataan dalam bahasa Jepun, mui, yang bagi saya, menangkap rasa yang lebih penuh iman dan kontemplatif tentang apa yang dimaksudkan untuk menjadi tenang. Ia terdiri daripada dua aksara (無為). Aksara di sebelah kiri bermaksud “tiada” atau “ketiadaan,” dan aksara di sebelah kanan bermaksud “untuk melakukan.” Digabungkan, ia bermaksud “tidak melakukan.” Secara literal, perkataan ini boleh disalah tafsirkan sebagai “tidak berbuat apa-apa” dengan cara yang sama “tenanglah” boleh disalah tafsirkan sebagai “tidak bercakap atau bergerak.” Namun, seperti frasa “tenanglah,” ia mempunyai makna yang lebih tinggi; bagi saya ia adalah peringatan untuk memperlahankan langkah dan hidup dengan kesedaran rohani yang lebih besar.

Semasa melayani dalam Presidensi Kawasan Asia Utara bersama Elder Takashi Wada, saya mengetahui bahawa isterinya, Sister Naomi Wada, salah seorang ahli kaligrafi Jepun yang mahir. Saya bertanya kepada Sister Wada jika dia boleh melukis untuk saya aksara Jepun untuk perkataan mui. Saya ingin gantung kaligrafi itu pada dinding saya sebagai peringatan untuk tenanglah dan fokus kepada Juruselamat. Saya terkejut apabila dia tidak bersetuju dengan permintaan yang kelihatan mudah ini.

Keesokan harinya, mengetahui bahawa saya mungkin telah salah faham, Elder Wada menjelaskan bahawa menulis aksara itu memerlukan usaha yang besar. Dia perlu merenung konsep dan aksara itu sehingga dia memahami maknanya dengan mendalam dalam jiwanya dan dapat memberikan ungkapan kepada kesan yang menyentuh hati ini dengan setiap sapuan berusnya. Saya berasa malu kerana saya secara bersahaja memintanya melakukan sesuatu yang begitu mencabar. Saya memintanya untuk sampaikan permohonan maaf saya kepada isterinya atas kejahilan saya dan memberitahunya saya menarik balik permintaan saya.

Aksara Jepun di pejabat Bishop Budge.

Anda boleh bayangkan rasa terkejut dan kesyukuran saya semasa saya meninggalkan Jepun, Sister Wada, tanpa diminta, menghadiahkan saya karya kaligrafi yang indah ini yang memaparkan aksara perkataan Jepun mui. Ia kini tergantung jelas di dinding pejabat saya, mengingatkan saya untuk tenanglah dan mencari Tuhan setiap hari dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatan saya. Dia telah menangkap, dalam tindakan tidak mementingkan diri ini, makna mui, atau ketenangan, lebih baik daripada apa-apa perkataan. Daripada melukis aksara tanpa berfikir dan patuh, dia menyelesaikan kaligrafinya dengan penuh tujuan hati dan niat sebenar.

Begitu juga, Tuhan ingin kita mendekati Dia dengan jenis kebaktian yang tulus dari hati. Apabila kita melakukan itu, penyembahan kita menjadi ungkapan kasih kita kepada-Nya.

Dia menginginkan kita untuk berkomunikasi dengan Dia. Pada satu kesempatan, selepas saya memberikan doa pembukaan dalam pertemuan dengan Presidensi Utama, Presiden Nelson berpaling kepada saya dan berkata, “Semasa anda berdoa, saya fikir betapa Tuhan menghargai apabila kita mengambil masa dari jadual sibuk kita untuk mengakui Dia.” Ianya sesuatu peringatan yang mudah tetapi berkuasa akan betapa besar maknanya bagi Bapa Syurgawi apabila kita berhenti sejenak untuk berkomunikasi dengan-Nya

Sebanyak mana pun Dia inginkan perhatian kita, Dia tidak akan memaksa kita untuk datang kepada-Nya. Kepada bangsa Nefi, Tuhan yang telah bangkit berfirman, “Betapa seringnya Aku akan mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya, dan kamu tidak mahu.” Diikuti dengan jemputan penuh harapan ini yang juga terpakai untuk kita hari ini: “Betapa seringnya Aku akan mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, jika kamu mahu bertaubat dan kembali kepada-ku dengan sepenuh hatimu.”

Injil Yesus Kristus memberi kita peluang untuk kembali kepada-Nya selalu. Peluang ini termasuk doa harian, kajian tulisan suci, tatacara sakramen, hari sabat, dan penyembahan bait suci. Bagaimana jika kita mengambil peluang kudus ini daripada senarai tugasan kita dan meletakkannya ke senarai “tidak melakukan” kita—bermaksud mendekatinya dengan kesedaran dan tumpuan yang sama seperti Sister Wada mendekati kaligrafinya?

Anda mungkin berfikir, “saya tidak mempunyai masa untuk itu.” Saya sering merasakan yang sama. Tetapi izinkan saya mencadangkan bahawa apa yang mungkin diperlukan tidak semestinya lebih banyak masa tetapi lebih kesedaran dan tumpuan kepada Tuhan pada masa yang telah kita sediakan untuk-Nya.

Contohnya, apabila berdoa, bagaimana jika kita meluangkan sedikit masa bercakap dan lebih masa bersama dengan Tuhan; dan apabila kita bercakap, berikan lebih banyak kesyukuran dan kasih yang tulus dan khusus?

Presiden Nelson telah menasihati agar kita tidak hanya membaca tulisan suci tetapi menikmatinya. Apakah perbezaan yang akan berlaku jika kita kurang membaca dan lebih menikmati?

Bagaimana jika kita melakukan lebih banyak lagi untuk menyediakan minda kita untuk mengambil sakramen dan dengan sukacita merenungkan berkat-berkat Korban Tebusan Yesus Kristus semasa tatacara kudus ini?

Pada Hari Sabat, yang dalam bahasa Ibrani bermaksud “beristirahat,” bagaimana jika kita beristirahat daripada kebimbangan lain dan mengambil masa untuk duduk dengan tenang bersama Tuhan untuk memberikan kebaktian kita kepada-Nya?

Semasa penyembahan bait suci kita, bagaimana jika kita berusaha untuk lebih berdisiplin untuk fokus untuk memberi perhatian atau lama sedikit di dalam bilik selestial untuk renungan yang tenang?

Apabila fokus kita kurang pada melakukan dan lebih kepada menguatkan hubungan perjanjian kita dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, saya bersaksi bahawa setiap saat kudus ini akan diperkayakan, dan kita akan menerima bimbingan yang diperlukan dalam kehidupan peribadi kita. Kita, seperti Marta dalam kisah Lukas, sering “berhati-hati dan bimbang tentang banyak hal.” Namun, semasa kita berkomunikasi dengan Tuhan setiap hari, Dia akan membantu kita mengetahui hal yang paling diperlukan.

Bahkan Juruselamat mengambil masa dari pelayanan-Nya untuk tenang. Tulisan suci penuh dengan contoh-contoh Tuhan yang pergi ke tempat yang sunyi—gunung, padang belantara, tempat terpencil atau pergi “sedikit jauh”—untuk berdoa kepada Bapa. Jika Yesus Kristus mencari masa yang tenang untuk berkomunikasi dengan Tuhan dan untuk dikuatkan oleh-Nya, adalah bijak untuk kita melakukan hal yang sama.

Apabila kita menumpukan hati dan minda kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus serta mendengar suara kecil Roh Kudus, kita akan mendapat kejelasan yang lebih besar tentang apa yang paling diperlukan, lebih berbelas kasihan, dan temui ketenangan dan kekuatan dalam Dia. Secara paradoks, membantu Tuhan mempercepatkan pekerjaan penyelamatan dan permuliaan-Nya mungkin memerlukan kita untuk menjadi perlahan. Sentiasa bergerak mungkin menambah kekacauan dalam kehidupan kita dan menahan kita dari kedamaian yang kita cari.

Saya bersaksi bahawa apabila kita sering kembali kepada Tuhan dengan sepenuh hati, kita akan dalam ketenangan dan keyakinan mengenali Dia dan merasakan kasih perjanjian-Nya yang tidak terhingga untuk kita.

Tuhan berjanji:

“Dekatlah kepada-Ku dan Aku akan dekat kepadamu; carilah Aku dengan tekun dan kamu akan menemui-Ku.”

“Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati.”

Saya bersaksi bahawa janji ini adalah benar. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Eter 2:14–15.

  2. Yesaya 30:15–16; penekanan ditambah.

  3. 2 Nefi 10:24 menjemput kita untuk men-damai-kan kehendak kita dengan kehendak Tuhan. “Re” bermaksud “lagi,” “con” bermaksud “dengan,” dan “cile” ialah kerusi atau taktha (re-con-cile=men-damai-kan). Untuk mendamaikan kehendak kita dengan Tuhan boleh bermaksud untuk benar-benar duduk dengan Tuhan.

  4. Russell M. Nelson, “Atur Masa Bagi Tuhan,” Liahona, Nov. 2021, 120.

  5. Russell M. Nelson, “Apa Yang Kita Pelajari dan Tidak Akan Lupakan,” Liahona, Mei 2021, 80.

  6. Russell M. Nelson, “Apa Yang Kita Pelajari dan Tidak Akan Lupakan,” 80.

  7. David A. Bednar, “Tenanglah Dan Ketahuilah Bahawa Aku Ialah Tuhan,” Liahona, Mei 2024, 28.

  8. Lihat Ibrani 11:6.

  9. Lectures on Faith (1985), 72.

  10. Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 41.

  11. David O. McKay, “Consciousness of God: Supreme Goal of Life,” Improvement Era, Jun 1967, 80.

  12. Lihat Ajaran dan Perjanjian 4:2.

  13. Lihat Mosia 7:33; Eter 2:14.

  14. “Jantung yang sihat dan berfungsi adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan setiap kita. Namun, apa yang saya pelajari sebagai hamba dan saksi Yesus Kristus ialah jantung fizikal yang sihat hanyalah separuh daripada cabaran kita. Saya mengambil serius perintah untuk mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati kita, kerana mengasihi Dia adalah apa yang membuat kita semangat” (Russell M. Nelson, The Heart of the Matter: What 100 Years of Living Have Taught Me [2023], 8; penekanan ditambah).

  15. Lihat Mazmur 14:2; Wahyu 3:20.

  16. 3 Nefi 10:5; penekanan ditambah.

  17. Elder Dale G. Renlund mengajar: “Perubahan tingkah laku dan pengembalian pada ‘jalan yang betul’ adalah sebahagian daripada pertaubatan, tetapi hanyalah sebahagian. Pertaubatan ikhlas juga termasuk membalikkan hati dan kehendak kita kepada Tuhan dan meninggalkan dosa” (“Pertaubatan: Pilihan yang Menggembirakan,” Liahona, Nov. 2016, 121; penekanan ditambah).

  18. 3 Nefi 10:6; penekanan ditambah.

  19. Elder Neal A. Maxwell mengajar, “Peningkatan pentahbisan bukanlah permintaan untuk lebih banyak jam kerja Gereja tetapi untuk lebih banyak kesedaran tentang pekerjaan siapa ini sebenarnya!” (“Settle This in Your Hearts,” Ensign, Nov. 1992, 67).

  20. Mengulas tentang bagaimana doanya telah berkembang dari masa ke masa, Desmond Tutu menyatakan: “Saya fikir [saya] cuba berkembang dengan hanya berada di sana. Seperti apabila anda duduk di hadapan api pada musim sejuk—anda hanya berada di hadapan api. Anda tidak perlu pintar atau menjadi apa-apa. Api itu menghangatkan anda” (Desmond Tutu, Insisting We are Made for Goodness’” [temu duga NPR oleh Renee Montagne, 11 Mac 2010], npr.org).

  21. Lihat Russell M. Nelson, “Berfikiran Selestial!,” Liahona, Nov. 2023, 117-19.

  22. Lihat Russell M. Nelson, “Living by Scriptural Guidance,” Liahona, Jan. 2001, 19–22; lihat juga Russell M. Nelson, “Yesus Kristus adalah Jawapannya,” Liahona, Mei 2023, 127–28.

  23. Lihat 3 Nefi 17:3. Presiden David O. McKay mengisytiharkan:

    “Saya percaya tempoh yang singkat untuk melaksanakan sakramen adalah salah satu peluang terbaik yang kita miliki untuk meditasi sedemikian, dan seharusnya tiada apa-apa pun dalam tempoh kudus itu untuk mengalihkan perhatian kita daripada tujuan tatacara itu. …

    “Saya amat menggesa agar tatacara kudus ini dikelilingi dengan ketakziman, dengan susunan yang sempurna; agar setiap orang yang datang ke rumah Tuhan dapat merenung dan secara senyap serta berdoa menyatakan penghargaan atas kebaikan Tuhan. … Biarkan jam sakramen menjadi satu pengalaman hari di mana penyembah cuba sekurang-kurangnya untuk menyedari dalam dirinya bahawa dia boleh berkomunikasi dengan Tuhannya” (“Consciousness of God: Supreme Goal of Life,” Improvement Era, Jun 1967 , 80–81).

  24. Lihat Ajaran dan Perjanjian 59:10.

  25. “Apabila anda bawa kad rekomen bait suci anda, hati yang menyesal, dan hasrat untuk pelajari kebenaran baharu ke rumah pembelajaran Tuhan, Dia akan ajar anda” (Russell M. Nelson, “Bait suci dan Landasan Rohani Anda,” Liahona, Nov. 2021, 95).

  26. “Dia akan memimpin dan membimbing anda dalam kehidupan peribadi jika anda atur masa bagi-Nya dalam hidup anda—setiap hari” (Russell M. Nelson, “Atur Masa Bagi Tuhan,” Liahona, Nov. 2021, 121).

  27. Lihat Lukas 10:40–42.

  28. 3 Nefi 19:19; lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:1 (dalam Matius 4:1, nota kaki a); Matius 5:1; 14:13, 23; Markus 1:35; 6:46; Lukas 5:16; 6:12.

  29. Lihat 3 Nefi 21:29.

  30. Ajaran dan Perjanjian 88:63.

  31. Yeremia 29:13; lihat juga Ratapan 3:25.