Persidangan Umum
“Akulah Dia”
Persidangan umum Oktober 2024


15:23

“Akulah Dia”

Kasih ihsan Kristus—terbukti dalam kesetiaan penuh kepada kehendak ilahi—secara berterusan.

Ia adalah hari Sabat, dan kita telah berkumpul untuk bercakap tentang Kristus dan kematian-Nya pada kayu salib. Dia hidup Sang Penebusku.

Pertimbangkan babak ini dari minggu terakhir kehidupan fana Yesus. Orang ramai telah berkumpul, termasuk askar Roma bersenjatakan belantan dan pedang. Diketuai oleh pegawai daripada ketua imam yang memegang obor, kumpulan serius ini tidak mengembara untuk menakluki bandar. Malam ini mereka hanya mencari seorang lelaki, yang tidak bersenjata, tidak menerima latihan ketenteraan, atau terlibat dalam pertempuran fizikal pada bila-bila masa sepanjang hidup-Nya.

Semasa tentera menghampiri, Yesus, dalam usaha untuk melindungi para pengikut-Nya, melangkah keluar dan berkata, “Siapakah yang kamu cari?” Mereka menjawab, “Yesus, orang dari Nasaret.” Yesus berkata, “Akulah Dia. … Apabila … Yesus berkata kepada mereka, Akulah Dia, mereka semua undur lalu rebah ke tanah.”

Bagi saya, itu salah satu ayat yang paling membangkit emosi dalam semua kitab suci. Ayat ini juga secara langsung memberitahu saya dengan hanya berada di hadapan Putera Tuhan—Yehovah yang Agung dalam Perjanjian Lama dan Gembala yang Baik dalam Perjanjian Baru,yang tidak miliki sebarang jenis senjata—dan dengan hanya mendengar suara Perlindungan dari Angin Ribut ini, Putera Kedamaian ini, sudah cukup untuk membuat antagonis tersadung untuk berundur, mereka mungkin berharap mereka telah ditugaskan untuk bekerja di dapur dan bukannya dihantar untuk menangkap Dia.

Hanya beberapa hari sebelum itu, apabila Dia memasuki kota dengan penuh kemenangan, “seluruh kota menjadi gempar,” kata kitab suci, bertanya, “Siapakah dia?” Saya hanya mampu membayangkan bahawa “Siapakah dia?” adalah soalan-soalan yang askar sekarang tanya!

Jawapan kepada soalan itu tidak mungkin ada pada rupa-Nya, kerana Yesaya telah bernubuat kira-kira tujuh abad sebelumnya bahawa “rupanya tidak elok ataupun tampan, sehingga kita tidak tertarik kepadanya. Tiada apa-apa padanya yang menarik hati, yang membuat kita mengingini dia.” Sudah tentu bukan pada pakaian mewah-Nya atau kekayaan peribadi-Nya, kerana Dia tidak memilikinya juga. Ia tidak mungkin daripada mana-mana latihan profesional di saumaah tempatan kerana tiada bukti Dia pernah belajar di mana-mana daripadanya, bahkan pada masa muda-Nya Dia boleh menundukkan jurutulis dan peguam yang sangat bersedia, mengejutkan mereka dengan ajaran-Nya “[yang] wibawa.”

Dari ajaran di bait suci itu kepada kemasukan-Nya yang penuh kemenangan ke Yerusalem dan penangkapan terakhir yang tidak wajar ini, Yesus secara rutin diletakkan dalam situasi yang sukar, sering licik di mana Dia sentiasa menang—kemenangan yang kita tidak mempunyai penjelasan kecuali DNA ilahi.

Namun sepanjang sejarah ramai telah meringkaskan, malah meremehkan imej kita tentang Dia dan kesaksian-Nya tentang siapa Dia. Mereka telah mengurangkan kesolehan-Nya kepada kebijaksanaan, keadilan-Nya kepada kemarahan-Nya, belas kasihan-Nya kepada permisif semata-mata. Kita mesti tidak boleh bersalah dengan apa-apa versi Yesus yang mudah sehingga mengabaikan ajaran yang kita rasa tidak selesa. “Membodohkan” ini adalah benar walaupun berkenaan dengan sifat utama-Nya yang menentukan, kasih-Nya.

Semasa misi fana-Nya, Yesus mengajar bahawa terdapat dua perintah besar. Mereka telah diajar dalam persidangan ini dan selamanya akan diajar: “Kasihilah Tuhan Rajamu [dan] kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Jika kita ingin setia mengikuti Juruselamat dalam dua peraturan penting dan berkait rapat ini, kita harus berpegang teguh pada apa yang sebenarnya Dia katakan. Dan apa yang sebenarnya Dia katakan ialah, “Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku.” Pada petang yang sama, Dia berkata kita harus “saling mengasihi; seperti Aku mengasihi kamu.”

Dalam tulisan suci itu, frasa kelayakan yang mentakrifkan kasih sejati seperti Kristus—kadangkala dirujuk sebagai kasih ihsan—adalah sangat penting.

Apa yang mereka tentukan? Bagaimanakah Yesus mengasihi?

Pertama, Dia mengasihi dengan “sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatan-[Nya], ,” memberikan Dia keupayaan untuk menyembuhkan kesakitan yang paling dalam dan mengisytiharkan realiti yang paling sukar. Pendek kata, Dia boleh memberikan rahmat dan menegaskan kebenaran pada masa yang sama. Seperti Lehi katakan dalam memberkati anaknya Yakub, “Penebusan datang dalam dan melalui Mesias Kudus; kerana dia penuh dengan rahmat dan kebenaran.” Kasih-Nya membolehkan pelukan penuh galakkan apabila ia diperlukan dan cawan yang pahit apabila ia perlu ditelan. Jadi kita cuba untuk mengasihi—dengan sepenuh hati, daya, fikiran, dan kekuatan kita—kerana itulah cara Dia mengasihi kita.

Ciri kedua kasih ihsan ilahi Yesus ialah kepatuhan-Nya kepada setiap kata-kata yang difirmankan dari mulut Tuhan, sentiasa menyelaraskan kehendak dan tingkah laku-Nya dengan kehendak Bapa Syurgawi-Nya.

Apabila Dia tiba di Hemisfera Barat selepas Kebangkitan-Nya, Kristus berkata kepada bangsa Nefi: “Lihatlah, Akulah Yesus Kristus. … Aku telah minum dari cawan pahit yang telah Bapa berikan kepada-Ku, … yang mana di dalamnya Aku telah menurut kehendak Bapa … sejak dari permulaan.”

Daripada pelbagai cara Dia boleh memperkenalkan diri-Nya, Yesus pilih mengisytiharkan kepatuhan-Nya kepada kehendak Bapa—walaupun tidak lama sebelum ini ketika Dia amat memerlukan, Putera Tunggal Tuhan ini telah merasa ditinggalkan sepenuhnya oleh Bapa-Nya. Kasih ihsan Kristus—terbukti dalam kesetiaan sepenuhnya kepada kehendak ilahi—nekad dan terus bertahan, bukan sahaja pada hari-hari yang mudah dan selesa tetapi terutamanya melalui hari-hari yang paling gelap dan paling sukar.

Yesus ialah “[seorang yang] menderita kesengsaraan,” tulisan suci menyatakan. Dia mengalami kesedihan, keletihan, kekecewaan, dan kesunyian yang menyakitkan. Dalam masa ini dan sepanjang zaman, kasih Yesus tidak pernah gagal, dan begitu juga kasih Bapa-Nya. Dengan kasih yang matang seperti itu—jenis yang mencontohi, menguatkan, dan menyampaikan—kasih kita juga tidak akan gagal.

Jadi, jika ada masanya semakin kuat anda mencuba, semakin sukar ia menjadi; jika, anda cuba memperbaiki batasan dan kekurangan anda, anda akan mendapati seseorang atau sesuatu yang bertekad untuk mencabar iman anda; jika, anda tekun bekerja, masih ada saat-saat ketakutan yang menyelubungi anda, ingatlah ia turut berlaku pada beberapa orang beriman dan hebat dalam setiap era. Juga ingatlah terdapat kuasa di alam semesta yang bertekad untuk menentang setiap perkara baik yang anda cuba lakukan.

Jadi, melalui kelimpahan dan juga kemiskinan, melalui pujian peribadi serta kritikan awam, melalui unsur-unsur ilahi Pemulihan serta kelemahan manusia yang pasti akan menjadi sebahagian daripadanya, kita kekal di jalan bersama Gereja Kristus yang benar. Mengapa? Kerana seperti Penebus kita, kita mendaftar untuk keseluruhan penggal—bukan berakhir dengan kuiz pengenalan pendek pertama tetapi sehingga peperiksaan akhir. Kebahagiaan dalam hal ini ialah Pengetua memberi kita semua jawapan buku terbuka sebelum kursus bermula. Tambahan pula, kita mempunyai banyak tutor yang mengingatkan kita tentang jawapan tersebut di perhentian di sepanjang jalan. Namun, tiada satu pun yang berfungsi dengan baik jika kita terus ponteng kelas.

“Siapakah yang kamu cari?” Dengan segenap hati kita menjawab, “Yesus, orang dari Nasaret.” Apabila Dia berkata, “Akulah Dia,” kita sujud dan mengakui dengan lidah kita bahawa Dia adalah Kristus yang hidup, hanya Dia yang menebus dosa-dosa kita, Dia mengangkat kita walaupun kita berfikir Dia telah meninggalkan kita. Apabila kita berdiri di hadapan-Nya dan melihat luka di tangan dan kaki-Nya, kita akan mula memahami apa yang dimaksudkan bagi-Nya untuk menanggung dosa-dosa kita dan mengetahui kesedihan, untuk mematuhi sepenuhnya kehendak Bapa-Nya—semuanya kerana kasih murni kepada kita. Untuk memperkenalkan orang lain kepada iman, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan menerima berkat-berkat kita di rumah Tuhan—ini adalah “asas-asas dan tatacara-tatacara” penting yang akhirnya mengungkapkan kasih kita kepada Tuhan dan sesama dan dengan gembira mencirikan Gereja Kristus yang sebenar.

Saudara dan saudari, saya bersaksi bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah kenderaan yang Tuhan sediakan untuk permuliaan kita. Injil yang diajarnya adalah benar, dan imamat yang memberi wewenang adalah bukan baru. Saya bersaksi bahawa Russell M. Nelson ialah seorang nabi Tuhan, sebagaimana para pendahulu-Nya dan seperti para pengganti-Nya kelak. Dan suatu hari nanti bimbingan kenabian itu akan memimpin generasi untuk melihat Utusan Keselamatan kita turun seperti “kilat … dari timur,” dan kita akan berseru, “Yesus, orang dari Nasaret.” Dengan tangan selama-lamanya dihulurkan dan kasih yang ikhlas, Dia akan menjawab, “Akulah dia.” Saya berjanji dengan kuasa kerasulan dan wewenang nama-Nya yang kudus, bahkan Yesus Kristus, amin.