Kekudusan kepada Tuhan dalam Kehidupan Seharian
Kekudusan kepada Tuhan menjadikan kehidupan seharian kudus. Ia membawa kita lebih dekat dan lebih bahagia kepada Tuhan dan satu sama lain.
Perjumpaan keluarga Gong kami baru-baru ini termasuk persembahan bakat yang menyeronokkan, lengkap dengan pertandingan jenaka ayah.
Tetapi pertandingan ini luar biasa. Dalam satu pasukan ialah Datuk (saya) dan dua cucu, berumur 12 dan 11 tahun. Di pasukan lain adalah program artificial intelligence (AI) yang didorong oleh seorang sepupu untuk memberitahu jenaka ayah dalam gaya Gerrit W. Gong. Datuk Gerrit Gong lawan AI Gerrit Gong.
Saya dan cucu mulakan dahulu.
Apa yang anda panggil dinosaur yang merempuh keretanya? Tirannosaurus Wrecks.
AI Gerrit Gong telah diarahkan—berfikir seperti Gerrit W. Gong. Bercakap seperti dia.
AI Gerrit Gong—“Berikut ialah jenaka ayah yang diucapkan oleh Gerrit W. Gong, gaya hangat, bertimbang rasa, dan menaikkan semangat: Mengapa pokok yang sederhana itu membuat orang tersenyum? Kerana ia berakar dalam kasih dan menjalar dengan cabang kebaikan hati. Seperti pokok itu, kita juga boleh mendapat kekuatan dalam akar kita dan kebahagiaan dalam menunjukkan kebaikan kepada orang lain.”
Baiklah, apa fikiran anda? Sebab itulah ia dipanggil jenaka ayah.
Di sekeliling kita ada peluang untuk ketawa, bergembira, melihat dengan mata kesyukuran. Injil kita adalah tentang kebahagiaan dan kekudusan dalam kehidupan seharian. Kekudusan menetapkan sesuatu untuk tujuan kudus. Tetapi kekudusan juga menjemput kita untuk menyemai kehidupan kudus seharian—untuk bersukacita dalam roti harian, di tengah-tengah cabaran dunia ini. Untuk berjalan bersama Tuhan, kita mesti menjadi kudus, kerana Dia kudus; dan untuk membantu kita menjadi kudus, Tuhan menjemput kita untuk berjalan bersama-Nya.
Setiap kita mempunyai kisah. Semasa Sister Gong dan saya temui anda—ahli Gereja dan rakan-rakan dalam banyak tempat dan keadaan—kisah kekudusan anda kepada Tuhan dalam kehidupan seharian mengilhami kami. Anda menjalankan tujuh C: communion (hubungan dengan Tuhan), community (komuniti) dan compassion (belas kasihan), commitment (komitmen) dan covenant (perjanjian dengan Tuhan, keluarga dan rakan-rakan)—centered (berpusat pada Yesus Kristus).
Peningkatan bukti menunjukkan fakta menarik ini: penganut agama secara purata lebih bahagia, lebih sihat, dan lebih puas hati daripada mereka yang tiada komitmen atau hubungan rohani. Kebahagiaan dan kepuasan hidup, kesihatan mental dan fizikal, makna dan tujuan, watak dan hemah, hubungan sosial yang rapat, bahkan kestabilan kewangan dan bahan—pada setiap ukuran, pengamal agama berkembang.
Mereka menikmati kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik serta kepuasan hidup yang lebih besar di semua peringkat umur dan kumpulan demografi.
Apa yang penyelidik sebut sebagai “kestabilan struktur agama” menawarkan kejelasan, tujuan, dan ilham di tengah liku-liku kehidupan. Keluarga beriman dan komuniti Orang Suci memerangi pengasingan dan khalayak dingin. Kekudusan kepada Tuhan mengatakan tidak kepada yang tidak suci, tidak kepada kepintaran yang menjatuhkan orang lain, tidak kepada algoritma yang menjana kemarahan dan polarisasi. Kekudusan kepada Tuhan berkata ya kepada yang kudus dan takzim, ya kepada menjadi diri kita yang paling bebas, paling bahagia, paling ikhlas, terbaik semasa kita mengikuti-Nya dalam iman.
Bagaimana rupa kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian?
Kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian kelihatan seperti dua orang belia yang beriman, berkahwin selama setahun, berkongsi ketulenan dan kekuatan perjanjian injil, pengorbanan, dan pelayanan dalam kehidupan mereka yang sedang berlangsung.
Si Isteri berkata, “Di sekolah menengah, saya sentiasa kesunyian. Saya berasa seperti Tuhan tidak ada untuk saya. Pada suatu malam, sms daripada seorang rakan berkata, ‘Hei, adakah anda pernah membaca Alma 36 ?’
“Semasa saya mula membaca,” dia berkata “saya merasa kedamaian dan kasih.” Saya rasa seperti saya diberi pelukan erat. Apabila saya membaca Alma 36:12, saya tahu Bapa Syurgawi melihat saya dan sangat tahu perasaan saya.”
Dia meneruskan, “Sebelum kami berkahwin, saya jujur dengan tunang saya bahawa saya tiada kesaksian yang kuat tentang persepuluhan. Mengapa Tuhan mahu kita memberi wang sedangkan orang lain ada begitu banyak untuk diberi? Tunang saya menjelaskan ia bukan tentang wang tetapi mengikuti perintah. Dia mencabar saya untuk mula membayar persepuluhan.
“Saya benar-benar melihat kesaksian saya berkembang,” dia berkata. “Ada masanya kesempitan wang, tetapi kami melihat begitu banyak berkat, dan entah bagaimana gaji pun cukup.”
Juga, “dalam kelas kejururawatan saya,” dia berkata “saya adalah satu-satunya ahli Gereja dan satu-satunya yang berkahwin.” Sering kali saya tinggalkan kelas dengan kecewa atau menangis kerana rakan sekelas mengasingkan saya dan membuat komen negatif mengenai kepercayaan saya, pemakaian pakaian suci, atau berkahwin begitu muda.”
Namun dia teruskan, “Semester lalu saya belajar bagaimana untuk menyuarakan kepercayaan saya dengan lebih baik dan menjadi teladan injil yang baik. Pengetahuan dan kesaksian saya bertambah kerana saya diuji dalam keupayaan saya untuk berdiri sendiri dan menjadi kuat dalam apa yang saya percayai.”
Suami muda itu menambah, “Sebelum misi saya, saya mendapat tawaran untuk bermain besbol kolej. Saya membuat keputusan sukar dengan mengetepikan tawaran itu dan pergi melayani Tuhan. Saya tidak akan menukarkan dua tahun itu untuk apa-apa pun.
“Kembali ke rumah,” dia berkata, “saya menjangkakan peralihan yang sukar tetapi mendapati diri saya lebih kuat, lebih pantas, dan lebih sihat. Saya membaling lebih kuat daripada sebelum saya pergi. Saya mempunyai lebih banyak tawaran untuk bermain berbanding sebelum saya pergi, termasuk sekolah impian saya. Dan, yang paling penting,” dia berkata “saya bergantung kepada Tuhan lebih daripada sebelumnya.”
Dia menutup, “Sebagai seorang misionari saya mengajar bahawa Bapa Syurgawi menjanjikan kuasa kepada kita dalam doa kita, tetapi kadang-kadang saya sendiri lupa itu.”
Simpanan berkat misionari yang terhasil daripada menyatakan kekudusan kepada Tuhan adalah berlimpah dan penuh. Kewangan, masa, dan keadaan lain selalunya tidak mudah. Tetapi apabila misionari dari semua peringkat umur dan latar belakang membaktikan kekudusan kepada Tuhan, hal-hal berjalan lancar dalam masa dan cara Tuhan.
Sekarang dengan perspektif 48 tahun, seorang misionari senior berkongsi, “Ayah saya mahu saya mendapat pendidikan kolej, bukan pergi ke misi. Tidak lama selepas itu, dia mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada usia 47 tahun. Saya rasa bersalah. Bagaimana saya boleh membetulkan hubungan dengan ayah?
“Kemudian,” dia teruskan, “selepas saya membuat keputusan untuk melayani misi, saya lihat ayah saya dalam satu mimpi. Damai dan senang, dia gembira saya akan melayani.”
Misionari senior ini meneruskan, “Seperti Ajaran dan Perjanjian bahagian 138 ajarkan, saya percaya ayah saya boleh melayani sebagai misionari di dunia roh. Saya membayangkan ayah saya bantu datuk kami, yang meninggalkan Jerman pada usia 17 tahun dan hilang dalam keluarga, ditemui semula.”
Isterinya menambah, “Di antara lima beradik dalam keluarga suami saya, empat yang melayani misi adalah mereka yang mempunyai ijazah kolej.”
Kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian kelihatan seperti seorang misionari muda yang kembali yang belajar untuk membiarkan Tuhan menang dalam hidupnya. Terdahulu, apabila diminta untuk memberkati seseorang yang sangat sakit, misionari ini berkata, “Saya mempunyai iman; Saya akan memberkati dia untuk pulih. Namun,” misionari yang kembali berkata, “Saya belajar pada saat itu untuk tidak berdoa apa yang saya mahukan tetapi untuk apa yang Tuhan tahu orang itu perlukan. Saya memberkati saudara itu dengan kedamaian dan penghiburan. Dia kemudian meninggal dunia dengan tenang.”
Kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian terasa seperti percikan api yang menyelubungi merentasi tirai untuk berhubung, menghiburkan, dan menguatkan. Seorang pentadbir di sebuah universiti utama berkata dia merasakan individu yang dia kenali hanya dengan reputasi berdoa untuknya. Individu-individu tersebut mengabdikan hidup mereka kepada universiti dan terus prihatin tentang misi dan pelajarnya.
Seorang saudari melakukan yang terbaik setiap hari, selepas suaminya yang tidak setia meninggalkan dia dan anak-anaknya. Saya sangat mengaguminya dan orang lain seperti dia. Suatu hari semasa melipat pakaian, dia meletak tangan di atas timbunan pakaian suci, dan mengeluh, “Apa gunanya?” Dia merasakan suara lembut meyakinkannya, “Perjanjianmu adalah dengan-Ku.”
Selama 50 tahun, seorang lagi saudari yang menginginkan hubungan dengan ayahnya. “Semasa membesar,” katanya, “ada abang-abang saya dan ayah saya, dan kemudian ada saya—satu-satunya anak perempuan. Apa yang saya mahukan ialah menjadi ‘cukup baik’ untuk ayah saya.
“Kemudian ibu saya meninggal dunia! Dialah satunya penghubung saya dan ayah.
“Suatu hari” saudari berkata, “saya mendengar suara berkata, ‘Jemput ayah anda dan bawa dia ke bait suci bersama anda.’ Itulah permulaan janji temu dua kali sebulan dengan ayah saya ke rumah Tuhan. Saya memberitahu ayah saya mengasihinya. Dia beritahu dia juga mengasihi saya.
“Menghabiskan masa di rumah Tuhan telah menyembuhkan kami. Ibu saya tidak dapat membantu kami di bumi. Sehinggalah dia berada di sebelah tirai untuk membantu membaiki apa yang patah. Bait suci melengkapkan perjalanan kami ke arah keluarga abadi yang lengkap.”
Ayah itu berkata, “pembaktian bait suci merupakan pengalaman rohani yang hebat bagi saya dan anak perempuan tunggal saya. Sekarang kami hadir bersama dan merasakan kasih kami diperkuatkan.”
Kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian termasuk saat-saat apabila orang tersayang meninggal dunia. Awal tahun ini, ibu tersayang saya, Jean Gong, telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari jadinya yang ke-98.
Jika anda tanya ibu saya, “Adakah anda mahu ais krim rocky road, halia coklat putih, atau ais krim strawberi?” Ibu akan berkata, “Bolehkah saya merasa setiap satu?” Siapa yang boleh berkata tidak kepada ibu, terutamanya apabila dia menyukai semua perasa dalam kehidupanya?
Saya pernah bertanya kepada Ibu keputusan mana yang paling membentuk hidupnya.
Dia berkata, “Dibaptiskan sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan berpindah dari Hawaii ke tanah besar, di mana saya bertemu ayah anda.”
Dibaptiskan ketika berusia 15 tahun, satu-satunya ahli keluarga besarnya yang menyertai Gereja kami, ibu saya mempunyai iman perjanjian dan kepercayaan kepada Tuhan yang memberkati hidupnya dan semua generasi keluarga kami. Saya merindui ibu saya, seperti anda merindui ahli dalam keluarga anda. Tetapi saya tahu ibu saya tidak hilang. Cuma dia tiada di sini sekarang. Saya menghormati dia dan semua yang berjaya menjadi contoh gagah berani kekudusan kepada Tuhan setiap hari.
Sudah tentu, kekudusan kepada Tuhan dalam kehidupan seharian termasuk datang lebih kerap kepada Tuhan di rumah kudus-Nya. Ini benar sama ada kita ahli Gereja atau rakan-rakan.
Tiga rakan datang ke rumah terbuka Bait Suci Bangkok Thailand.
“Ini tempat hebat yang menyembuhkan,” kata seorang.
Dalam kolam pembaptisan, yang lain berkata, “Apabila saya di sini, saya mahu dibersihkan dan tidak berdosa lagi.”
Yang ketiga berkata, “Bolehkah anda merasakan kuasa rohani?”
Dengan [lima] perkataan kudus, bait suci kita menjemput dan mengisytiharkan:
“Kekudusan kepada Tuhan.
Kekudusan kepada Tuhan menjadikan kehidupan seharian kudus. Ia membawa kita lebih dekat dan bahagia kepada Tuhan dan satu sama lain dan menyediakan kita untuk hidup bersama Tuhan Bapa kita, Yesus Kristus, dan orang yang kita kasihi.
Seperti kawan saya, anda mungkin tertanya-tanya jika Bapa Syurgawi mengasihi anda. Jawapannya adalah ya, pasti! Kita boleh merasakan kasih-Nya semasa kita menjadikan kekudusan kepada Tuhan kita setiap hari, bahagia dan selama-lamanya. Semoga kita lakukannya, saya berdoa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.