Persidangan Umum
Terimalah Kurnia Pertaubatan Tuhan
Persidangan umum Oktober 2024


11:35

Terimalah Kurnia Pertaubatan Tuhan

Janganlah kita menunggu keadaan menjadi sukar sebelum berpaling kepada Tuhan. Janganlah kita menunggu hingga ke akhir hidup fana kita untuk benar-benar bertaubat.

Saya bersaksi tentang Bapa Syurgawi yang pengasih. Pada persidangan umum April 2019, beberapa saat selepas saya disokong dalam tanggungjawab baharu saya sebagai Penguasa Umum Tujuh Puluh, koir menyanyikan lagu “Ku Bediri Kagum” yang menusuk hati dan jiwa saya.

‘Ku heran Dia mau turun dari takhta-Nya,

Meny’lamatkan jiwa berdosa s’perti hamba,

Memberikan kasih pada umat manusia,

Cukup kasih-Nya ‘tuk menebus yang berdosa.

Apabila saya mendengar kata-kata itu, saya kagum. Saya merasakan meski dengan kelemahan dan kekurangan saya, Tuhan memberkati saya untuk mengetahui bahawa “dalam kekuatan-Nya, aku dapat melakukan segala sesuatu.”

Perasaan yang biasa seperti ketidakcukupan, kelemahan, atau bahkan rasa tidak layak adalah sesuatu yang banyak daripada kita hadapi. Saya masih bergelut dengan ini; Saya merasakannya pada hari saya dipanggil. Saya telah merasakannya berkali-kali dan saya masih merasakannya sekarang bercakap kepada anda. Walau bagaimanapun, saya telah ketahui saya tidak bersendirian dengan perasaan ini. Malah, terdapat banyak laporan dalam tulisan suci tentang mereka yang merasakan perasaan yang sama. Sebagai contoh, kita mengingati Nefi sebagai hamba Tuhan yang beriman dan berani. Kadang-kadang, dia juga bergelut dengan perasaan tidak layak, lemah, dan tidak mencukupi.

Dia berkata: “Walau bagaimanapun kebaikan besar Tuhan, dalam memperlihatkan kepadaku kerja-kerja Dia yang menakjubkan dan agung, hatiku berseru: Ah, alangkah manusia malangnya aku ini! Ya, hatiku berdukacita kerana dagingku; jiwaku berasa pilu kerana kederhakaanku.”

Nabi Joseph Smith bercakap tentang sering berasa “dihukum,” pada masa mudanya, “kerana kelemahan dan ketidaksempurnaan[dia].” Tetapi perasaan ketidakcukupan dan kerisauan Joseph itu adalah sebahagian yang membawa dia untuk merenung, berfikir, belajar, dan berdoa. Seperti apa yang anda ingat, dia pergi berdoa di hutan yang berdekatan dengan rumahnya untuk mencari kebenaran, kedamaian, dan pengampunan. Dia mendengar Tuhan berkata: “Joseph, semua dosamu diampuni bagimu. Hiduplah menurut hukum-Ku, dan taat kepada perintah-Ku. Lihatlah, Aku ialah Tuhan Kemuliaan. Aku disalibkan untuk dunia supaya mereka yang percaya dalam nama-Ku boleh mempunyai kehidupan abadi.”

Hasrat ikhlas Joseph untuk bertaubat dan mencari keselamatan jiwanya membantunya datang kepada Yesus Kristus dan menerima pengampunan atas dosanya. Usaha berterusan ini membuka pintu kepada Pemulihan Injil Yesus Kristus yang berterusan.

Pengalaman luar biasa Nabi Joseph Smith ini menggambarkan bagaimana perasaan kelemahan dan ketidakcukupan dapat membantu kita untuk mengenali sifat alamiah kita. Jika kita berendah hati, ini akan membantu kita mengenali kebergantungan kita kepada Yesus Kristus, ia dapat membangkitkan hati kita hasrat ikhlas untuk berpaling kepada Juruselamat dan bertaubat atas dosa-dosa kita.

Sahabat saya, pertaubatan adalah kebahagiaan! Pertaubatan yang manis adalah sebahagian daripada proses harian di mana, “baris demi baris, ajaran demi ajaran,” Tuhan mengajar kita untuk menjalani kehidupan yang berpusat pada ajaran-Nya. Seperti Joseph dan Nefi, kita boleh “berserulah kepada [Tuhan] untuk belas kasihan; kerana Dia perkasa untuk menyelamatkan.” Dia dapat memenuhi sebarang hasrat atau keinginan yang benar dan dapat menyembuhkan sebarang luka dalam hidup kita.

Dalam Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Yesus Kristus, anda dan saya boleh menemui banyak kisah individu yang belajar cara untuk datang kepada Kristus melalui pertaubatan ikhlas.

Saya ingin berkongsi dengan anda contoh belas kasihan Tuhan melalui pengalaman yang berlaku di pulau asal saya yang tercinta di Puerto Rico.

Di kampung halaman saya di Ponce, seorang saudari, Celia Cruz, memutuskan untuk memberikan Kitab Mormon kepada seorang rakan. Dia membungkusnya dan menghantar hadiah ini, yang lebih berharga baginya daripada berlian atau batu pertama, dia berkata. Dalam perjalanannya, seorang pencuri mendekatinya, merampas beg tangannya, dan melarikan diri bersama hadiah istimewa itu.

Apabila dia menceritakan kisah ini di gereja, kawannya berkata, “Siapa tahu? Mungkin ini peluang kamu untuk berkongsi injil!”

Beberapa hari kemudian, adakah anda tahu apa yang berlaku? Célia menerima sepucuk surat. Saya memegang surat itu, yang Célia berkongsi dengan saya, di tangan saya hari ini. Ia berkata:

“Puan Cruz:

“Maafkan saya, maafkan saya. Anda tidak akan pernah tahu betapa saya menyesal kerana menyerang anda. Tetapi kerana itu, hidup saya telah berubah dan akan terus berubah.

“Buku itu [Kitab Mormon] telah banyak membantu saya. Mimpi hamba Tuhan itu telah memberi kesan terhadap saya. … Saya memulangkan lima [dolar] anda, kerana saya tidak dapat membelanjakannya. Saya mahu anda tahu anda memiliki sinar pada diri anda. Cahaya itu seolah-olah menghentikan saya [daripada mencederakan anda, jadi] saya melarikan diri.

“Saya mahu anda tahu bahawa anda akan melihat saya lagi, tetapi masa itu, anda tidak akan mengenali saya, kerana saya akan menjadi saudara anda. … Di sini, dimana saya tinggal, saya perlu mencari Tuhan dan pergi ke gereja yang anda pergi.

“Mesej yang anda tulis di dalam buku itu membuat saya menitis air mata. Sejak malam Rabu saya tidak dapat berhenti membacanya. Saya berdoa dan meminta Tuhan untuk mengampuni saya [dan] saya mohon anda juga mengampuni saya. … Saya sangka hadiah yang anda bungkus itu adalah sesuatu yang boleh saya jual. [Tetapi,] ia telah membuatkan saya ingin [mengubah] hidup saya. … Maafkan saya, maafkan saya, saya merayu kepada anda.

“Kawan anda.”

Saudara dan saudari, cahaya Juruselamat boleh menjangkau kita semua, tidak kira apa jua keadaan kita. “Ianya tidak memungkinkan anda untuk tenggelam lebih rendah daripada cahaya yang tidak terhad dari Korban Tebusan Kristus,” kata Presiden Jeffrey R. Holland.

Mengenai penerima hadiah Célia, Kitab Mormon yang tidak disengajakan, saudara ini terus menyaksikan lebih banyak belas kasihan Tuhan. Walaupun ia mengambil masa untuk saudara itu memaafkan dirinya, dia menemui kebahagiaan dalam pertaubatan. Itu satu mukjizat! Seorang saudari yang setia, satu Kitab Mormon, pertaubatan yang ikhlas, dan kuasa Juruselamat membawa kepada kenikmatan kegenapan berkat injil dan perjanjian kudus di rumah Tuhan. Ahli keluarga yang lain mengikuti dan menerima tanggungjawab kudus di ladang anggur Tuhan, termasuk pelayanan misionari sepenuh masa.

Semasa kita datang kepada Yesus Kristus, jalan pertaubatan ikhlas kita akhirnya akan membawa kita ke bait suci Juruselamat.

Satu faktor soleh untuk berusaha menjadi bersih—layak untuk kepenuhan berkat-berkat yang dimungkinkan oleh Bapa Syurgawi kita dan Putera-Nya melalui perjanjian kudus di bait suci! Melayani dengan kerap di rumah Tuhan dan berusaha untuk mentaati perjanjian kudus yang kita buat di sana akan meningkatkan hasrat dan keupayaan kita untuk mengalami perubahan hati, kekuatan, minda, dan jiwa yang diperlukan untuk kita menjadi lebih seperti Juruselamat kita. Presiden Russell M. Nelson pernah bersaksi: “Tiada apa yang akan lebih membuka syurga lebih [daripada penyembahan di bait suci]. Tiada!”

Sahabat yang dikasihi, adakah anda berasa tidak mencukupi? Adakah anda berasa tidak layak? Adakah anda sedang meragui diri sendiri? Mungkin anda bimbang dan bertanya: Adakah saya cukup baik? Adakah ia sudah terlambat bagi saya? Mengapa saya selalu gagal meski saya berusaha sebaik mungkin?

Saudara dan saudari, sudah tentu kita akan selalu membuat kesilapan dalam hidup kita. Tetapi ingatlah bahawa, seperti Elder Gerrit W. Gong pernah mengajarkan: “Korban Tebusan Juruselamat kita adalah tidak terhingga dan abadi. Setiap dari kita menyimpang dan terjatuh. Kita mungkin, untuk seketika, kehilangan jalan kita. Tuhan dengan penuh kasih memberi jaminan kepada kita [bahawa] tidak kira di mana kita atau apa yang telah kita lakukan, tidak ada masa yang tidak boleh ditarik balik. Dia sedia menunggu untuk memeluk kita.”

Seperti yang telah diajar oleh isteri tersayang saya, Cari Lu, kita semua perlu bertaubat, ulang kembali dan menetapkan semula masa kepada “jam sifar” setiap hari.

Cabaran akan datang. Janganlah kita menunggu keadaan menjadi sukar sebelum berpaling kepada Tuhan. Janganlah kita menunggu hingga ke akhir hidup fana kita untuk benar-benar bertaubat. Sebaliknya, marilah sekarang, tanpa mengira bahagian mana dalam jalan perjanjian yang kita lalui, berfokus kepada kuasa penebusan Yesus Kristus dan kepada hasrat Bapa Surgawi untuk kita kembali kepada-Nya.

Rumah Tuhan, kitab kudus-Nya, para nabi dan rasul-Nya yang kudus mengilhami kita untuk berusaha ke arah kekudusan peribadi melalui ajaran Kristus.

Dan Nefi berkata: “Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, inilah jalannya; dan tidak ada jalan atau nama lain diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan. Dan sekarang, lihatlah, inilah ajaran Kristus, dan ajaran satu-satunya dan sejati daripada Bapa, dan daripada Putera, dan daripada Roh Kudus.”

Proses “at-one-ment” [menjadi satu dengan Kristus] kita dengan Tuhan rasa mencabarkan. Tetapi anda dan saya boleh berhenti sejenak, diam, memandang kepada Juruselamat, dan berusaha untuk mencari dan bertindak pada apa yang Dia mahu kita ubah. Jika kita berbuat demikian dengan niat penuh, kita akan menyaksikan penyembuhan Dia. Dan fikirkan bagaimana anak cucu kita akan diberkati apabila kita menerima kurnia pertaubatan Tuhan!

Tuan Tembikar, ajar ayah saya, akan membentuk dan memperhalusi kita, yang boleh menjadi sukar. Walau bagaimanapun, Tuan Penyembuh akan membersih kita. Saya pernah dan masih mengalami kuasa penyembuhan itu. Saya bersaksi ia datang melalui iman kepada Yesus Kristus dan pertaubatan harian.

O, Betapa ajaibnya

Rela untuk mati bagiku!

Saya bersaksi tentang kasih Tuhan dan kuasa Penebusan Putera-Nya yang tidak terhingga. Kita dapat merasakannya dengan mendalam semasa kita bertaubat dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Sahabat, saya adalah saksi Pemulihan injil yang mulia melalui Nabi Joseph Smith dan bimbingan keilahian Juruselamat yang sedang berlaku melalui nabi dan jurucakapnya, Presiden Russell M. Nelson. Saya tahu Yesus Kristus hidup dan Dia adalah Tuan Penyembuh jiwa kita. Saya tahu dan saya bersaksi semua ini benar dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Ku Berdiri Kagum,” Nyanyian Rohani, no. 82.

  2. Alma 26:12.

  3. 2 Nefi 4:17; lihat juga ayat 18–19.

  4. Joseph Smith—Sejarah 1:29.

  5. Joseph Smith, “History, circa Summer 1832,” 3, josephsmithpapers.org; ejaan dan tanda baca diseragamkan.

  6. Lihat Mosia 4:11–12.

  7. Presiden Russell M. Nelson mengajarkan: “Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk berubah! Kita membenarkan Juruselamat untuk mengubah kita menjadi versi diri yang terbaik. Kita memilih untuk berkembang secara rohani dan menerima kebahagiaan—kebahagiaan penebusan dalam Dia. Apabila kita memilih untuk bertaubat, kita memilih untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus!” (“Kita Dapat Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67).

  8. 2 Nefi 28:30.

  9. Alma 34:18.

  10. “Saudara saudari, betapakah berharga Kitab Mormon bagi anda ? Jika anda diberikan berlian atau batu delima atau Kitab Mormon, apakah yang anda akan pilih? Yang manakah lebih berharga kepada anda?” (Russell M. Nelson, “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?,” Liahona, Nov. 2017, 61)

  11. Dalam F. Burton Howard, “Missionary Moments: ‘My Life Has Changed,’” Church News, 6 Jan, 1996, thechurchnews.com; lihat juga Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 4, Sounded in Every Ear, 1955–2020 (2024), 472–74, 477–79.

  12. Jeffrey R. Holland, “Pekerja di Ladang Anggur,” Liahona, Mei 2012, 33.

  13. Bolehkah kita berhenti sejenak dan berfikir tentang keturunan kita? Kerana pandangan kita yang pendek, kita mungkin tidak dapat melihatnya sekarang, tetapi kesediaan kita untuk berpaling kepada Tuhan dengan sepenuh hati—untuk berubah; bertaubat dan menerima injil Yesus Kristus—dapat mempengaruhi generasi! Bayangkan berkat tambahan yang mungkin berkembang daripada kerendahan hati, kelembutan, dan iman seseorang kepada Yesus Kristus walaupun dalam keadaan yang paling tidak menyenangkan!

  14. Butiran ini diceritakan semula oleh Sister Célia Cruz dalam perbualan peribadi dengan Elder M. Jorge Alvarado pada 10 September 2024.

  15. Russell M. Nelson, “Bersukacita dalam Kurnia Kunci Imamat,” Liahona, Mei 2024, 122.

  16. Apabila kita mendapati diri kita bertanya soalan seperti ini, adalah penting untuk mengingati kata-kata Rasul Paulus:

    “Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian …

    “Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita!

    “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang,

    “Baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Tuhan mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita” (Roma 8:35, 37–39).

  17. Gerrit W. Gong, “Unggun Api Iman Kita,” Liahona, Nov. 2018, 41.

  18. Nefi adalah teladan yang terbaik bagi ini. Dia berseru:

    “Bangunlah, jiwaku! Jangan lagi layu hati kerana dosa. Bersukacitalah, Wahai hatiku, dan jangan lagi memberi tempat bagi musuh jiwaku …

    “Ya Tuhan, akankah Engkau menebus jiwaku? Akankah Engkau membebaskanku daripada tangan musuh-musuhku? Akankah Engkau menjadikanku agar aku menggementar apabila munculnya dosa?” (2 Nefi 4:28, 31).

  19. Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan: “Apabila seseorang telah melalui proses [pertaubatan] … , Juruselamat melakukan lebih daripada membersihkan orang itu daripada dosa. Dia memberikannya kekuatan baharu. Kekuatan tersebut penting untuk kita menyedari tujuan pembersihan, iaitu untuk kembali kepada Bapa Syurgawi kita. Untuk memasuki hadirat-Nya, kita harus menjadi lebih dari bersih. Kita juga perlu diubah dari orang yang lemah dari segi moral yang telah berdosa kepada orang yang kuat dengan perawakan rohani untuk tinggal di hadirat Tuhan” (“The Atonement and Faith,” Ensign, Apr. 2010, 33–34).

  20. 2 Nefi 31:21.

  21. Kita menghormati keluarga kita dan Bapa Syurgawi dengan menerima pertaubatan dan berusaha untuk menjalani kehidupan yang baik.

  22. Nyanyian Rohani, no. 193.