Tulisan Suci—Landasan Iman
Kita tidak boleh meremehkan kepentingan tulisan suci dalam penukaran hati dan tetap beriman dalam injil.
Baru-baru ini, isteri saya Mary dan saya melihat satu kemeja-T dengan gambar sebuah buku dan pesanan yang bertulis, “Buku: Peranti Pegang Tangan yang Asal.”
Saya memikirkan pesanan menarik ini dan betapa pentingnya peranti tangan pelbagai jenis telah menjadi. Semasa merenung, saya sedari mana-mana peranti atau yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjadi sama penting atau bermakna seperti bimbingan rohani yang datang dari wahyu ilahi.
Sama ada dipegang dengan tangan atau digital, Alkitab dan Kitab Mormon: Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus menyediakan bimbingan dan pengajaran rohani daripada Yesus Kristus, Juruselamat dunia. Kita menghargai kitab-kitab ini kerana peranannya dalam mendokumentasikan arahan Tuhan kepada para nabi dan manusia zaman dahulu serta bimbingan yang mereka sediakan untuk kehidupan peribadi kita sendiri.
Digabungkan dengan ajaran para nabi yang hidup, tulisan suci ini menyediakan bimbingan untuk kita hari ini. Tulisan suci ini sangat berkuasa apabila ia memberi arahan, membetulkan, menghibur, dan memberi kelegaan kepada individu dan keluarga yang mencari bimbingan dari Tuhan.
Tulisan suci, digabungkan dengan ilham rohani dari Roh Kudus, terus menjadi sumber utama yang memudahkan penukaran hati bagi mereka yang mempunyai hati yang hancur dan roh yang menyesal dan hasrat untuk mengikuti Yesus Kristus. Tulisan suci membantu membina landasan yang boleh menahan usaha berterusan musuh untuk melemahkan iman.
Penganut baharu memberkati dan amat penting kepada Gereja sepanjang sejarahnya. Satu contoh yang amat berharga bagi saya. Semasa saya seorang uskup muda, dua saudari misionari sedang mengajar keluarga William Edward Mussman. Bapa mereka, seorang peguam yang sangat berkebolehan, adalah penasihat am sebuah syarikat besar. Isterinya, Janet, sedang membantu keluarga berusaha untuk menjalani kehidupan seperti Kristus.
Anak lelaki dan perempuan mereka, kedua-duanya berusia awal 20-an, juga sedang diajar. Keempat-empat mereka telah menerima pelajaran dan sedang menghadiri gereja. Saudari misionari ini telah menekankan pembacaan Kitab Mormon dan berdoa untuk mendapatkan kesaksian tentang tulisan suci kudus itu. Hebatnya, keluarga itu membaca seluruh Kitab Mormon dengan penuh doa dalam masa yang singkat.
Misionari pancang, kedua-duanya adalah presiden Lembaga Pertolongan bahagian sebelum ini, menemani mereka ke pertemuan sakramen.
Ketika keluarga itu hampir dibaptiskan, mereka menerima bahan bacaan yang mengkritik Gereja. Ini adalah sebelum wujudnya internet, tetapi bahan itu memenuhi kotak kadbod yang besar.
Para saudari misionari menjemput saya yang baru dipanggil sebagai uskup pada usia 34 tahun untuk membantu menjawab soalan mereka. Ketika kami berkumpul di ruang tamu mereka, kotak besar berisi risalah yang mengkritik Gereja berada di tengah-tengah bilik tersebut. Saya telah menghampiri tugasan ini dengan penuh doa. Semasa doa pembukaan, Roh berbisik kepada saya, “Dia sudah tahu ia benar.” Ini penting. Saudari misionari percaya bahawa seluruh keluarga itu sudah mempunyai kesaksian. Mereka tidak pasti tentang si ayah.
Saya terus memberitahu si ayah Roh membisikkan saya bahawa dia sudah ada kesaksian. “Adakah itu benar?” Dia memandang saya dan berkata Roh telah mengesahkan kebenaran Kitab Mormon dan Gereja kepadanya.
Kemudian saya bertanya adakah perlu melihat risalah itu, jika mereka sudah menerima pengesahan rohani.
Ayah itu menjawab tidak perlu. Ahli keluarga yang lain turut bersetuju.
Dia berkata dia ada satu soalan penting: Satu sebab mereka menerima begitu banyak bacaan yang menentang Gereja adalah kerana mereka adalah ahli kepercayaan yang lain. Tambahan, dia telah berjanji untuk membantu membina sebuah gereja baharu untuk agama tersebut. Dia memberitahu saya bahawa saudari misionari telah mengajarnya tentang kepentingan persepuluhan, dia terimanya dengan penuh kesyukuran, tetapi dia tanya jika ia salah untuk turut menghormati janji yang telah dia buat sebelum ini. Saya yakinkan dia bahawa melaksanakan janji itu adalah terhormat dan sesuai.
Seluruh keluarga itu dibaptiskan. Setahun kemudian mereka dimeteraikan sebagai keluarga di Bait Suci Oakland California. Saya berkesempatan untuk hadir. Anak lelaki menamatkan sekolah undang-undang, lulus Peperiksaan Bar California, dan segera melayani misi yang penuh iman di Jepun. Saya telah memerhati selama bertahun-tahun apabila generasi seterusnya kekal setia kepada injil. Saya berkesempatan untuk melaksanakan pemeteraian salah seorang cucu perempuan mereka.
Penukaran hati yang berlaku pada zaman kita adalah sama luar biasanya. Bulan Jun yang lalu, Jurulatih Andy Reid, ketua jurulatih bola sepak Amerika Kansas City Chiefs, dan saya, bersama yang lain mewakili agama kami dan agama lain, bercakap dalam acara pelbagai agama di Gereja Riverside di New York City. Jurulatih Reid menekankan peluang kedua dan menjawab jemputan dan peluang, dimana itulah maksud injil Yesus Kristus. Keesokan paginya, bersama isteri kami, Tammy Reid dan Mary, kami menghadiri pertemuan sakramen di Bahagian Kedua Manhattan. Ia adalah pertemuan yang rohani. Terdapat ramai penganut baharu dalam jemaah. Lima ahli yang baru dibaptis, empat lelaki dewasa dan seorang remaja putera, adalah antara ahli Imamat Harun yang mengedarkan sakramen. Saya gembira untuk melaporkan bahawa kemasukan ahli baharu yang serupa sedang berlaku di seluruh Gereja.
Kami bersyukur atas peningkatan ketara dalam mereka yang menyahut jemputan kudus, mengubah hidup mereka, dan menerima peluang untuk mengikuti Yesus Kristus. Mereka memasuki jalan perjanjian melalui iman, pertaubatan, pembaptisan, dan penetapan seperti yang diajarkan dalam Alkitab dan Kitab Mormon.
Kita tidak boleh meremehkan kepentingan tulisan suci dalam penukaran hati dan tetap beriman dalam injil. Para nabi dalam Kitab Mormon tahu tentang misi Yesus Kristus dan mengajarkan injil-Nya. Kitab Mormon membantu kita mendekati Tuhan semasa kita belajar, memahami, dan menerapkan ajarannya. Nabi Joseph Smith mengajar, “Seorang lelaki [atau wanita] menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajaran [kitab itu] lebih daripada kitab lain apapun.”
Untuk tahu Kitab Mormon adalah firman Tuhan, kita perlu membaca, merenung, dan berdoa tentangnya dan kemudian bertindak atas ajarannya. Nabi Moroni berjanji bahawa Tuhan akan menyatakan kebenaran kitab kepada kita apabila kita tulus berdoa, dengan niat yang bersungguh-sungguh, dan beriman kepada Kristus. Mengkaji Kitab Mormon adalah penting untuk penukaran hati yang berkekalan.
Semasa kita merenungkan hubungan antara Alkitab dan Kitab Mormon sebagai peranti tangan, seseorang mungkin bertanya soalan. Betapa bergunanya dan saling melengkapi dua kitab itu jika Tuhan mengisytiharkan bahawa ia akan disatukan dan “menjadi satu dalam tanganmu”? Itulah yang Tuhan nyatakan mengenai “kayu Yehuda,” Alkitab, dan “kayu Yusuf,” Kitab Mormon.
Dalam banyak aspek penting, Kitab Mormon menyediakan ajaran asas yang meningkatkan dan membina di atas Alkitab. Ajaran tentang Korban Tebusan Yesus Kristus adalah contoh yang mendalam.
Alkitab menyediakan laporan yang tepat tentang pelayanan fana Yesus Kristus, termasuk kematian dan Kebangkitan-Nya. Kitab Mormon lebih jelas tentang Korban Tebusan Yesus Kristus, sesuatu yang para nabi jelaskan secara terperinci sebelum kematian-Nya.
Pengenalan Alma bab 42 menggambarkan kepentingan ajaran tentang Korban Tebusan Yesus Kristus.
Ia membaca: “Kefanaan itu suatu masa percubaan untuk membolehkan manusia bertaubat dan melayani Tuhan—Kejatuhan membawa kematian duniawi dan rohani pada seluruh umat manusia—Penebusan datang melalui pertaubatan—Tuhan Sendiri menebuskan dosa-dosa dunia—Belas kasihan adalah untuk mereka yang bertaubat—Semua orang yang lain tunduk pada keadilan Tuhan—Belas kasihan datang kerana Korban Tebusan—Hanya mereka yang benar-benar bertaubat diselamatkan.
Presiden Russell M. Nelson berkata, “Saya janji bahawa semasa anda mengkaji Kitab Mormon setiap hari, anda akan buat pilihan yang lebih baik—setiap hari.” Dia juga berjanji jika “anda asyik mengkaji Kitab Mormon setiap hari, anda boleh dilindungi daripada kejahatan hari ini.”
Seperti yang saya nyatakan, saya kagum dengan konsep peranti tangan yang asal—buku. Namun, saya menyedari kepentingan luar biasa internet di dunia hari ini. Satu peranti tangan moden boleh menyediakan maklumat yang secara sejarah telah memenuhi perpustakaan besar. Kita bersyukur untuk hidup pada zaman ini. Saya amat bersyukur kerana ia membenarkan tulisan suci dan bahan-bahan Gereja tersedia secara digital. Internet adalah alat yang berkuasa dalam pengkajian injil. Hari ini, ramai orang berkongsi tulisan suci dengan kawan-kawan menggunakan teknologi. Contohnya, aplikasi Book of Mormon, ialah cara yang baik untuk memperkenalkan kawan-kawan kepada Kitab Mormon dan boleh dikongsi dengan mudah dan semula jadi di mana-mana sahaja anda berada.
Walaupun internet menyediakan banyak berkat, malangnya, seperti risalah bertulis yang mengkritik Gereja yang saya jelaskan sebelum ini, ia juga digunakan untuk menimbulkan keraguan dan melemahkan iman dalam asas-asas injil yang berharga. Ia boleh menjadi sebahagian daripada “kejahatan hari ini” yang Presiden Nelson sebutkan.
Musuh dan mereka yang membantunya, secara sedar atau tidak, telah mencipta di internet setara dengan kotak yang penuh dengan bahan bertulis yang mengkritik Gereja, bertujuan untuk menjauhkan anda daripada kebenaran Tuhan.
Isu-isu yang dibangkitkan untuk menimbulkan keraguan selama ini adalah sangat serupa. Ini benar terutamanya apabila anda membandingkan zaman kita dengan tahun 1960-an, ketika saya berumur 20-an.
Tulisan suci mengajar kita untuk menggunakan penghakiman dan kebijaksanaan dalam segala hal. Internet boleh digunakan dengan cara yang positif atau cara yang merosakkan.
Kedua-dua ahli lama dan mereka yang baru belajar injil perlu berhati-hati dalam apa yang mereka lihat. Jangan melayan bahan yang tidak bermoral, tidak jujur, atau tidak soleh. Jika anda berbuat demikian, algoritma boleh membawa anda ke jalan yang memusnahkan iman dan menjejaskan perkembangan abadi anda. Anda boleh dipengaruhi secara positif atau negatif. Carilah kesolehan dan elakkan bahan internet yang tidak baik dan negatif. Isi hidup anda dengan idea-idea yang positif dan soleh, bergembiralah, berseronok tetapi elakkan kebodohan. Ada perbezaan di sana. Dalam fasal-fasal kepercayaan ketiga belas adalah panduan yang mengagumkan. Di atas segalanya, kerap jamui Kitab Mormon, yang akan membawa Roh ke dalam hidup anda dan membantu anda membezakan kebenaran daripada kesilapan.
Nasihat saya bagi mereka yang telah menyimpang dari jalan perjanjian adalah untuk kembali kepada tulisan suci, bimbingan kenabian, amalan agama di rumah, dan muzik iman. Setiap jiwa amat berharga bagi Tuhan. Kami perlukan anda! Tuhan perlukan anda, dan anda perlukan Dia! Anda sentiasa dialu-alukan. Dalam pelayanan saya di Gereja, saya telah menghargai orang-orang hebat yang kembali ke jalan perjanjian dan kemudian melayani dan memberkati setiap orang yang mereka kasihi atau yang mereka temui.
Tulisan suci dan nabi yang hidup adalah cara utama Bapa Syurgawi menyediakan rancangan kebahagiaan-Nya kepada semua anak-Nya.
Saya bersaksi tentang keilahian Yesus Kristus dan realiti Korban Tebusan-Nya, dalam nama Yesus Kristus, amin.