Kesayangan Tuhan
Dipenuhi dengan kasih Tuhan melindungi kita dari badai kehidupan tetapi juga menjadikan saat gembira lebih gembira.
Sebelum bermula, saya ingin beritahu dua anak saya pernah pengsan semasa berucap di depan, dan hari ini saya rasa sama seperti mereka. Saya ada lebih banyak perkara di fikiran saya daripada hanya pintu perangkap.
Keluarga kami ada enam orang anak, yang sering bersenda merekalah anak kesayangan. Setiap orang mempunyai alasannya. Kasih kami terhadap setiap anak kami adalah suci dan memuaskan dan sempurna. Kami tidak mengasihi satu melebihi yang lain—setiap kelahiran mereka mengembangkan kasih kami. Saya memahami kasih Bapa Syurgawi terhadap saya melalui kasih yang saya rasa terhadap anak-anak saya.
Ketika mereka berebut gelaran anak kesayangan, anda mungkin terfikir bilik tidur kami sentiasa kemas. Ketidaksempurnaan dalam hubungan ibu bapa dan anak-anak hilang kerana fokus pada kasih.
Satu masa, saya dapat merasai rusuhan keluarga bakal berlaku, saya akan berkata, “OK, kamu menang, tetapi saya tidak akan beritahu; kamu tahu siapa anak kesayangan saya.” Matlamat saya adalah supaya keenam mereka rasa menang dan peperangan boleh dielakkan—buat sementara!
Dalam Injilnya, Yohanes menggambarkan diri sebagai “pengikut yang dikasihi oleh Yesus,” bagaikan susunan itu sesuatu yang unik. Saya fikir ini kerana Yohanes berasa dikasihi sepenuhnya oleh Yesus. Nefi memberikan saya perasaan yang sama apabila dia menulis, “Aku bermegah dalam Yesusku.” Tentunya, Juruselamat bukanlah milik Nefi atau Yohanes sahaja, namun sifat hubungan peribadi Nefi dan Yesus “miliknya” menyebabkan dia menggambar sedemikian.
Bukankah indah apabila kita rasa dikasihi dan diberi perhatian penuh? Nefi memanggil Yesus “miliknya”, maka kita juga boleh. Kasih Juruselamat adalah “kasih yang paling agung, paling mulia, paling kukuh,” dan Dia memberi sehinggalah kita “dipenuhi.” Kasih ilahi tidak akan habis, dan setiap kita adalah kesayangan. Kasih Tuhan, seperti bulatan-bulatan dalam rajah Venn, ada kita semua. Tidak kira apa pun yang mungkin berbeza, dalam kasih-Nya kita peroleh kebersamaan.
Adakah ia sesuatu yang mengejutkan bahawa perintah yang paling utama adalah untuk mengasihi Tuhan dan orang di sekeliling kita? Apabila saya melihat orang saling menunjukkan kasih seperti Kristus, saya rasa kasih itu mengandungi lebih daripada kasih mereka ; ia turut mengandungi keilahian. Apabila kita saling mengasihi sebegini, selengkapnya dan sepenuhnya yang kita boleh, pengaruh syurga juga terlibat.
Jika seseorang yang kita kasihi jauh daripada kasih ilahi, kita boleh mengikuti pola ini—dengan melakukan hal yang mendekatkan kita dengan Tuhan dan seterusnya melakukan hal yang mendekatkan kita dengan mereka—suatu isyarat diam untuk datang kepada Kristus.
Saya ingin duduk bersama anda dan bertanya apakah situasi di mana anda merasai kasih Tuhan. Ayat suci mana, apakah pelayanan tertentu? Di manakah anda berada? Muzik apa? Bersama siapa? Persidangan umum adalah satu tempat untuk belajar bagaimana berhubung dengan kasih syurga.
Mungkin anda berasa jauh daripada kasih Tuhan. Mungkin terdapat suara kekecewaan dan kegelapan yang menyelubungi fikiran anda, mesej yang memberitahu anda bahawa anda terlalu terluka dan keliru, lemah dan diabaikan, terlalu berbeza atau keliru untuk mendapat kasih syurga dalam apa jua cara. Jika anda terdengar idea-idea itu, dengarlah ini: suara-suara itu salah. Kita dengan yakin boleh abaikan kehancuran dalam apa jua cara yang menyebabkan kita tidak layak kasih syurga—setiap kali kita nyanyikan lagu yang mengingatkan kita bahawa Juruselamat kita yang dikasihi dan sempurna memilih untuk “dicabik [dan] dikoyak,” setiap kali kita mengambil roti yang dipecahkan. Pastinya Yesus singkirkan segala rasa malu dari mereka yang patah hati. Melalui patah hati-Nya, Dia menjadi sempurna, dan Dia boleh menjadikan kita sempurna di saat kita patah hati. Dia patah hati, sunyi, koyak, dan berlebam—dan kita mungkin berasa serupa—tetapi kita tidak terpisah daripada kasih Tuhan. “Orang yang patah hati, kasih sempurna,” seperti lirik lagu nyatakan.
Anda mungkin tahu rahsia diri anda yang membuatkan anda rasa tidak dikasihi. Namun tidak kira tanggapan anda tentang diri anda, adalah salah untuk berfikir bahawa anda tidak layak untuk kasih Tuhan. Kadang kala kita kejam dan kurang sabar terhadap diri kita berbanding dengan sikap kita terhadap orang lain. Ada banyak yang kita boleh lakukan dalam hidup ini, tetapi mengutuk dan membenci diri bukanlah dalam senarai itu. Tidak kira betapa teruk kita rasakan pada diri kita, tangan-Nya tidak lemah. Tidak. Tangan-Nya sentiasa cukup panjang untuk “[menjangkau]” dan memeluk kita.
Apabila kita tidak merasai kehangatan kasih ilahi, ia tidak hilang. Firman Tuhan adalah “gunung dan bukit runtuh; tetapi [Dia] tidak akan berhenti mengasihi [kita].” Jadi, idea bahawa Tuhan telah berhenti mengasihi haruslah jauh dari senarai kita sehinggalah selepas gunung dan bukit hilang!
Saya amat suka simbol gunung sebagai bukti kepastian kasih Tuhan. Lambang berkuasa itu dianyam dalam kisah mereka yang pergi ke gunung untuk menerima wahyu dan Yesaya menggambarkan “bukit tempat Rumah Tuhan” yang “tertinggi antara segala bukit yang lain.” Rumah Tuhan ialah tempat di mana perjanjian kita yang paling bernilai dan tempat bagi kita untuk berehat dan diselami dalam bukti kasih Tuhan bagi kita semua. Saya juga suka penghiburan yang datang ke jiwa saya apabila saya menghormati perjanjian pembaptisan dan mencari seseorang yang sedang berduka atau patah hati dan cuba membantu mereka bertahan dan memproses perasaan mereka. Adakah ini cara-cara kita untuk lebih diselubungi dalam kasih perjanjian hesed?
Jadi jika kasih Tuhan tidak meninggalkan kita, mengapa kita tidak merasainya selalu? Untuk rendahkan jangkaan anda: Saya tidak tahu. Tetapi dikasihi pastinya tidak sama dengan merasa dikasihi, dan saya mempunyai beberapa fikiran yang mungkin membantu anda mencari jawapan bagi soalan itu.
Anda mungkin bergelut dengan kesedihan, kemurungan, pengkhianatan, kesunyian, kekecewaan, atau gangguan lain yang mengganggu kebolehan anda untuk merasai kasih Tuhan bagi anda. Jika ya, hal itu boleh menumpulkan atau menggantung kebolehan kita untuk merasai apa yang kita boleh rasa. Untuk suatu masa, anda mungkin tidak dapat merasai kasih-Nya dan pengetahuan-Nya akan mencukupi. Tetapi mungkin anda boleh buat eksperimen—secara sabar—dengan pelbagai cara untuk mengungkapkan dan menerima kasih ilahi. Bolehkah anda berhenti sejenak dari apa yang anda lakukan dan berundur, sehingga anda dapat melihat gambaran yang menyeluruh, lebih luas dan lebih luas lagi, sehingga anda benar-benar “berfikiran selestial” kerana anda sedang melihat bintang-bintang dan mengingati dunia-dunia yang tak terhitung jumlahnya dan melalui Pencipta mereka?
Burung bernyanyi, merasai pancaran matahari atau angin atau air hujan pada kulit saya, dan apabila alam semula jadi membuatkan saya kagum pada Tuhan—setiapnya menghubungkan saya dengan syurga . Mungkin penghiburan dari rakan yang beriman akan membantu. Mungkin muzik? Atau melayani? Pernahkah anda menyimpan satu rekod atau jurnal tentang masa di mana hubungan anda dengan Tuhan lebih jelas? Mungkin anda boleh menjemput mereka yang dipercayai untuk berkongsi sumber perhubungan ilahi mereka semasa anda mencari kelegaan dan pemahaman.
Saya tertanya-tanya, jika Yesus memilih satu tempat untuk bertemu dengan anda, satu tempat persendirian di mana anda hanya fokus pada Dia, adakah Dia akan pilih tempat unik penderitaan peribadi anda, tempat yang amat anda perlukan, yang mana tiada siapa yang boleh pergi? Suatu tempat di mana anda rasa sangat sunyi tetapi tidak keseorangan, satu tempat yang mungkin hanya Dia yang pernah pergi tetapi telah bersedia untuk menemui anda apabila anda tiba? Jika anda menunggu kedatangan-Nya, mungkin Dia sudah pun di sana dan dapat dicapai?
Jika anda dipenuhi kasih dalam musim hidup anda sekarang, sila berpegang teguh kepadanya sepertimana ayak menakung air. Percikan air itu di mana sahaja anda pergi. Salah satu mukjizat ilahi ialah apabila kita cuba kongsi kasih Yesus, kita dapati kita dipenuhi asas “sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mengalami hidup yang sejati.”
Dipenuhi dengan kasih Tuhan melindungi kita dari badai kehidupan tetapi juga menjadikan saat gembira lebih gembira—hari penuh bahagia kita, apabila ada sinar matahari di langit, menjadi lebih cerah kerana cahaya dalam jiwa kita.
Marilah kita “berakar dan kukuh” dalam Yesus kita dan kasih-Nya. Carilah dan hargai pengalaman merasai kasih dan kuasa-Nya dalam hidup kita. Kebahagiaan injil tersedia untuk semua: bukan sahaja yang gembira, bukan sahaja yang tertekan. Kebahagiaan adalah matlamat kita, bukanlah kurnia situasi kita. Kita adai banyak alasan untuk “bersukacita dan dipenuhi dengan kasih terhadap Tuhan dan semua manusia.” Marilah kita dipenuhi kasih Tuhan. Dalam nama Yesus Kristus, amin.