Persidangan Umum
Kemenangan Harapan
Persidangan umum Oktober 2024


13:32

Kemenangan Harapan

Harapan ialah kurnia yang hidup, suatu kurnia yang berkembang semasa kita meningkatkan iman kita kepada Yesus Kristus.

Saudara dan saudari terkasih di seluruh dunia, semasa kita mulakan masa istimewa persidangan umum ini, mata syurga pastinya akan tertumpu kepada kita. Kita akan dengar suara Tuhan melalui para hamba-Nya; kita akan berasa pengaruh Roh Kudus yang “membimbing, mengarah, [dan] menggalakkan” dan iman kita akan dikuatkan.

Tiga tahun yang lalu, Presiden Russell M. Nelson mulakan persidangan umum dengan kata-kata ini: “Wahyu suci untuk soalan-soalan dalam hati anda akan menjadikan persidangan ini berharga dan diingati. Jika anda belum mencarikan pelayanan Roh Kudus untuk membantu anda mendengar apa yang Tuhan ingin anda dengar dalam dua hari ini, saya menjemput anda untuk melakukannya sekarang. Sila jadikan persidangan ini satu masa untuk menjamu pesanan-pesanan daripada Tuhan melalui hamba-hamba-Nya.”

Tulisan suci menghubungkan tiga perkataan bersama dengan berkuasa: iman, harapan, kasih ihsan. Kurnia harapan ialah anugerahan yang tidak ternilai dari Tuhan.

Perkataan harapan digunakan untuk banyak perkara yang kita ingin berlaku. Contohnya, “Saya harap tidak hujan,” atau “Saya harap pasukan kita menang.” Niat saya ialah untuk berucap tentang harapan kudus dan abadi kita yang dipusatkan pada Yesus Kristus dan injil yang dipulihkan, dan “jangkaan yakin kita tentang … berkat-berkat kesolehan yang dijanjikan.”

Harapan Kita untuk Kehidupan Abadi

Harapan kita terhadap kehidupan abadi dijamin melalui rahmat Kristus dan pilihan kita sendiri, yang membenarkan berkat besar untuk kembali ke rumah syurgawi kita dan hidup selama-lamanya dalam kedamaian dan kebahagiaan bersama Bapa Syurgawi kita, Putera Terkasih-Nya, keluarga kita yang beriman dan kawan kita yang berharga, dan lelaki dan wanita yang soleh dari setiap benua dan setiap abad.

Di bumi kita mengalami kebahagiaan dan kesedihan semasa kita diuji dan dibuktikan. Kemenangan kita datang melalui iman kepada Yesus Kristus semasa kita menang ke atas dosa, kesukaran, godaan, ketidakadilan, dan cabaran kita dalam kehidupan fana ini.

Ketika kita menguatkan iman kita kepada Yesus Kristus, kita melihat di seberang cabaran kita ke berkat dan janji keabadian. Seperti cahaya yang keterangannya berkembang, harapan menerangi dunia yang gelap, dan kita melihat masa depan kita yang mulia.

Harapan Datang dari Tuhan

Semenjak permulaan, Bapa Syurgawi kita dan Putera Terkasih-Nya telah memberkati orang soleh dengan kurnia harapan yang berharga.

Selepas meninggalkan taman, Adam dan Hawa diajar oleh seorang malaikat tentang janji Yesus Kristus. Kurnia harapan menerangi kehidupan mereka. Adam isytiharkan, “Mataku terbuka, dan dalam kehidupan ini aku akan mengalami kebahagiaan.” Hawa bercakap tentang “kebahagiaan penebusan [mereka], dan kehidupan abadi yang Tuhan berikan kepada semua yang patuh.”

Seperti Roh Kudus membawa harapan kepada Adam, kuasa Roh Tuhan menerangi orang beriman hari ini, menerangi realiti kehidupan abadi.

Juruselamat menghantar kita Penolong, Roh Kudus, seorang teman kepada iman, harapan dan kedamaian “bukan seperti yang diberikan oleh dunia.”

Juruselamat berkata, “Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”

Dalam masa kesukaran, kita mesti pilih untuk mempercayai Tuhan dalam iman. Kita berdoa dengan senyap, “Janganlah turut kehendak-ku, melainkan kehendak-mu berlakulah.” Kita berasa persetujuan Tuhan untuk kerelaan kita yang lembut hati, dan kita menunggu kedamaian yang dijanjikan yang Tuhan akan hantar pada masa-Nya yang dipilih.

Rasul Paulus mengajar, “Semoga Tuhan yang memberi kamu harapan, memenuhkan … kamu dengan kegembiraan dan kedamaian … supaya … kamu semakin berharap kepada Tuhan,” “bersukacita dalam harapan; bersabar semasa mengalami kesusahan;” “dengan kuasa Roh Kudus.”

Pengajaran Harapan

Nabi Moroni mengetahui tentang mempunyai harapan kepada Kristus semasa kesukaran. Dia menjelaskan keadaannya yang sukar:

“Aku seorang diri. … Aku tidak mempunyai … tempat untuk ditujui.”

“Aku tidak akan menunjukkan diriku … kerana takut kalau-kalau mereka akan menghancurkanku.”

Hebatnya, pada masa yang gelap dan sunyi, Moroni mencatat kata-kata ayahnya tentang harapan:

“Jika seseorang beriman dia mestilah perlu berharapan; kerana tanpa iman tidak akan ada apa-apa harapan pun.”

“Dan apakah yang harus kamu harapkan? … Kamu akan berharapan melalui korban tebusan Kristus dan kuasa kebangkitan-Nya, untuk dibangkitkan kepada kehidupan abadi.”

Saudara dan saudari, harapan ialah kurnia yang hidup, suatu kurnia yang berkembang semasa kita meningkatkan iman kita kepada Yesus Kristus. “Iman adalah [keyakinan] terhadap hal-hal yang diharapkan.” Kita membina dasar keyakinan ini—bukti iman kita—melalui doa, perjanjian bait suci, mematuhi perintah-perintah, tidak berhenti menjamu tulisan suci dan kata-kata nabi moden, mengambil sakramen, melayani orang lain, dan menyembah setiap minggu bersama rakan Orang Suci kita.

Rumah Harapan

Untuk menguatkan harapan kita pada masa kejahatan yang semakin meningkat, Tuhan telah mengarahkan nabi-Nya untuk membina banyak bait suci-Nya di seluruh bumi.

Ketika kita masuk ke rumah Tuhan, kita merasa Roh Tuhan, yang mengesahkan harapan kita.

Bait suci bersaksi tentang makam kosong dan bahawa kehidupan di seberang tirai berterusan bagi semua orang.

Untuk orang yang tidak mempunyai pasangan abadi, tatacara-tatacara mengesahkan dengan berkuasa bahawa setiap orang soleh akan menerima setiap berkat yang dijanjikan.

Terdapat harapan mulia ketika satu pasangan berlutut di altar untuk dimeteraikan, bukan sahaja untuk masa tetapi untuk keabadian.

Terdapat sangat banyak harapan untuk kita dalam janji-janji yang dibuat kepada keturunan kita, tidak kira apa keadaan mereka.

Tidak ada kepedihan, kesakitan, ketidakadilan, penderitaan, tiada apa-apa yang boleh menggelapkan harapan kita semasa kita percaya dan berpegang kuat kepada perjanjian kita dengan Tuhan dalam rumah Tuhan. Bait suci ialah rumah cahaya, sebuah rumah harapan.

Apabila Harapan Dibuang.

Kita berasa dukacita ketika kita melihat kesedihan dan kehampaan dalam orang yang tidak mempunyai harapan kepada Kristus.

Kebelakangan ini saya melihat satu pasangan yang sebelumnya mempunyai harapan kepada Kristus tetapi kemudian memilih untuk membuang kepercayaan mereka. Mereka berjaya di dunia, dan mereka mendapat kesenangan dalam intelek mereka dan penolakan iman mereka.

Keadaan mereka baik sehingga suami, yang masih muda dan bertenaga, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal. Seperti gerhana matahari, mereka telah menghalang cahaya Putera, dan akibatnya ialah gerhana harapan. Isteri, dalam ketidakpercayaannya, kini berasa keliru, tidak bersedia, tidak dapat menghiburkan anak-anaknya. Inteleknya telah memberitahu dia bahawa kehidupan dia teratur dengan sempurna sehingga tiba-tiba dia tidak dapat melihat keesokan hari. Kehampaannya membawa kegelapan dan kekeliruan.

Harapan dalam Tragedi Menyedihkan

Biar saya bezakan kehampaan dia dengan harapan keluarga lain kepada Kristus pada masa yang sungguh sedih.

Dua puluh satu tahun yang lalu anak lelaki kepada anak saudara saya yang baru lahir, Ben Andersen, dan isterinya, Robbie, dihantar oleh helikoptor dari komuniti petani Idaho mereka ke Salt Lake City. Saya tiba di hospital, dan Ben menjelaskan komplikasi jantung bayi mereka yang teruk dan membahayakan nyawa. Kami meletakkan tangan kami di atas kepala kecil Trey. Tuhan memberkati dia dengan hidup yang berterusan.

Trey melalui pembedahan jantung semasa minggu pertama hidupnya, dan lebih banyak pembedahan selepas itu. Ketika tahun berlalu, ternyata Trey memerlukan pemindahan jantung. Walaupun aktiviti fizikal dia terhad, iman dia berkembang. Dia menulis, “Saya tidak pernah rasa kasihan kepada diri saya kerana saya sentiasa tahu kepentingan beriman kepada Yesus Kristus dan satu kesaksian tentang rancangan penyelamatan.”

Trey Andersen

Trey simpan petikan ini dari Presiden Nelson dalam telefonnya, “Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.”

Trey Andersen

Trey menulis: “Saya sentiasa berharap untuk melayani misi penuh masa, tetapi … doktor saya tidak akan membiarkan saya melayani misi sehingga sekurang-kurangnya satu tahun selepas pemindahan hati saya. … Saya telah meletakkan iman saya kepada Yesus Kristus.

Trey teruja diterima ke dalam jurusan perakaunan di BYU bermula semester ini, tetapi lebih teruja lagi pada bulan Julai apabila dia terima panggilan telefon yang dinanti-nantikan untuk datang ke hospital untuk pemindahan jantungnya.

“Satu tahun,” Trey berkata, “dan saya akan melayani misi.”

Terdapat harapan yang besar ketika dia masuk bilik pembedahan. Namun, semasa pembedahan terdapat komplikasi yang teruk, dan Trey tidak pernah sedar semula.

Ibunya, Robbie, berkata: “Jumaat telah menjadi hari yang paling menghancurkan hati … kami masih cuba menerima. … Saya berjaga lewat untuk cuba faham semuanya. … Tetapi pada hari Sabtu, saya bangun dengan perasaan kebahagiaan. Ia bukan sahaja kedamaian; ia bukan penafian. Saya berasa bahagia untuk anak saya, dan saya berasa bahagia sebagai ibunya. … Ben telah bangun lebih awal daripada saya, dan apabila kami akhirnya mendapat peluang untuk bercakap, Ben telah bangun dengan perasaan yang sama.”

Robbie dan Ben Andersen

Ben menjelaskan: “Kejelasan datang ke jiwa saya semasa Tuhan mengajar saya melalui Roh Kudus-Nya. Saya bangun pada pukul 4 pagi dan dipenuhi kedamaian dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan. Bagaimanakah ini boleh berlaku? … Pemergian Trey sangat memeritkan, dan saya sangat merindui dia. Tetapi Tuhan tidak tinggalkan kami tanpa penghiburan. … Saya menantikan pertemuan semula yang penuh kebahagiaan.”

Janji Harapan

Trey telah mencatat dalam jurnalnya kata-kata ini dari ucapan persidangan umum Presiden Nelson: “Nampaknya mungkin mustahil untuk merasa kebahagiaan apabila anak anda menderita satu penyakit yang tidak dapat diubati, atau apabila anda kehilangan kerja, atau apabila suami atau isteri anda mengkhianati anda. Tetapi inilah kebahagiaan yang Juruselamat berikan. Kebahagiaan-Nya adalah tetap, memastikan kita bahawa ‘kesengsaraan kita akan terjadi hanya sesaat’ [Ajaran dan Perjanjian 121:7] dan dibaktikan demi keuntungan kita.”

Saudara dan saudari, kedamaian yang anda cari mungkin tidak akan datang secepat yang anda inginkan, tetapi saya berjanji ketika anda mempercayai Tuhan, kedamaian-Nya akan datang.

Semoga kita memelihara iman kita yang berharga, maju terus dengan kecerahan harapan yang sempurna. Saya bersaksi bahawa harapan kita adalah Juruselamat kita, Yesus Kristus. Melalui Dia, semua impian soleh kita akan dicapai. Dia adalah Tuhan harapan—kemenangan harapan. Dia hidup dan mengasihi anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Russell N. Nelson, “Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96.

  2. Russell M. Nelson, “Kebenaran Suci, Ajaran Suci dan Wahyu Suci,” Liahona, Nov. 2021, 6–7.

  3. “Adakah anda pernah lihat dalam tulisan suci bahawa harapan jarang disebut sendiri? Harapan kerap kali dihubungkan dengan iman. Harapan dan iman biasanya dikaitkan dengan kasih ihsan. Mengapa? Kerana harapan itu diperlukan untuk iman; iman itu diperlukan untuk harapan; iman dan harapan itu diperlukan untuk kasih ihsan (lihat 1 Korintus 13:13, Alma 7:24, Eter 12:28, Ajaran dan Perjanjian 4:5). Semuanya ini menyokong satu sama lain seperti kaki pada bangku tiga kaki. Ketiga-tiganya berkaitan dengan Penebus kita.

    Iman [berpusat pada] Yesus Kristus. Harapan berpusat pada korban tebusan-Nya. Kasih ihsan ditunjukkan dalam “kasih suci Kristus” (lihat Moroni 7:47). Tiga ciri ini terkait seperti helai dalam kabel dan mungkin tidak selalu dibezakan dengan tepat. Bersama-sama, ia menjadi tambatan ke kerajaan selestial” (Russell M. Nelson, “A More Excellent Hope” [pertemuan rohani Brigham Young University, 8 Jan, 1995], 3, speeches.byu.edu).

  4. Gospel Topics, “Hope,” Gospel Library.

  5. “Oleh itu, sesiapa yang percaya kepada Tuhan boleh dengan suatu kepastian berharap untuk dunia yang lebih baik, … bahkan sebuah tempat di sebelah tangan kanan Tuhan, iaitu harapan yang dilahirkan oleh iman, menjadi sauh bagi jiwa manusia, … menjadikan mereka yakin dan tabah” (Eter 12:4).

  6. Elder Dieter F. Uchtdorf berkata: “Saya mengakui kemurungan, cabaran mental, dan emosi lain adalah nyata, dan jawapannya bukan hanya, ‘Cuba menjadi lebih gembira.’ Tujuan saya hari ini bukan untuk mengecilkan atau meremehkan isu kesihatan mental. Jika anda hadapi cabaran itu, saya berduka nestapa dengan anda dan berdiri di sisi anda. Bagi sesetengah orang, menemui kegembiraan termasuk mencari bantuan dari pakar kesihatan mental terlatih yang membaktikan hidup mereka untuk mengamalkan seni yang penting. Kita harus bersyukur atas bantuan seperti itu” (“Kegembiraan yang Lebih Tinggi,” Liahona, Mei 2024, 66).

  7. Bapa Syurgawi kita telah mengisytiharkan bahawa pekerjaan-Nya dan kemuliaan-Nya ialah untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi bagi manusia (lihat Musa 1:39).

  8. Lihat Musa 5.

  9. Musa 5:10.

  10. Musa 5:11.

  11. Lihat Musa 5:9.

  12. Yohanes 14:27.

  13. Yohanes 16:33.

  14. Lihat Lukas 22:42.

  15. Roma 15:13.

  16. Roma 12:12.

  17. Roma 15:13.

  18. Mormon 8:5.

  19. Moroni 1:1.

  20. Moroni 7:42.

  21. Moroni 7:41.

  22. Ibrani 11:1. Dalam terjemahan Joseph Smith ia berkata, “Iman adalah suatu kepastian akan hal-hal yang diharapkan, bukti bagi hal yang yang tidak kelihatan” (dalam lampiran Alkitab). Kita melihat kepastian iman kita kepada berkat-berkat yang datang kepada orang yang mematuhi perjanjian mereka telah buat dengan Tuhan.

  23. Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 82.

  24. Ucapan diberikan oleh Robbie Andersen di pengebumian anaknya, Trey Andersen, 12 Ogos 2024. Trey menerima pembedahannya pada 31 Julai 2024. Dia meninggal pada 3 Ogos 2024.

  25. Ucapan diberikan oleh Ben Andersen di pengebumian anaknya, Trey Andersen, 12 Ogos 2024.

  26. Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” 82.

  27. Lihat 2 Nefi 31:20. Harapan yang Nefi katakan ialah sempurna dan cerah kerana ia berpusat pada Kristus. Dia sempurna, dan Korban Tebusan-Nya, yang memberikan harapan yang cerah ini, juga sempurna.