Perumpamaan Pertama
Domba yang Hilang
Gembala tersebut meninggalkan 99 ekor domba untuk mencari seekor yang hilang. Ketika dia menemui ia, dia sungguh gembira.
Gembala itu menggendong domba tersebut kembali ke rumah. Dia memanggil semua kawan dan jirannya untuk datang dan bergembira bersamanya. Dia telah menemuinya domba yang hilang.
Yesus Kristus memberitahu orang Farisi makna perumpamaan itu. Dia berkata bahawa mereka yang telah berdosa seumpama domba yang hilang itu.
Sama seperti gembala ingin menyelamatkan domba yang hilang tersebut, Yesus ingin menyelamatkan mereka yang telah berdosa.
Yesus menjelaskan itu sebabnya Dia bercakap bersama pendosa-pendosa.
Sama seperti gembala sungguh gembira ketika dia telah menemui dombanya yang hilang, Yesus juga sungguh gembira ketika kita bertaubat.