Perumpamaan Kedua Duit Syiling yang Hilang Seorang wanita mempunyai 10 duit syiling perak. Dia telah kehilangan satu daripada duitnya. Dia mencarinya di seluruh kawasan rumah. Lukas 15:8 Akhirnya dia telah menemui duit syiling tersebut. Dia sungguh gembira. Dia memanggil kawan-kawan dan jirannya untuk memberitahu mereka. Mereka juga sungguh gembira bahawa dia telah menemui duit syiling yang hilang itu. Lukas 15:9 Para pemimpin dan ahli Gereja seumpama wanita di dalam cerita ini; duit syiling yang hilang tersebut seumpama seorang ahli Gereja yang tidak menghadiri gereja atau tidak lagi cuba untuk menjalani perintah-perintah. Ia seumpama mereka telah hilang dari Gereja. Yesus Kristus ingin ahli-ahli Gereja untuk mencari saudara-saudari yang hilang dan membantu mereka untuk kembali kepada-Nya. Dia sungguh gembira ketika ini terjadi. Jesus the Christ, 455–56 Kawan-kawan dan jiran di dalam cerita tersebut seumpama para malaikat Tuhan. Para malaikat sungguh gembira ketika seseorang telah bertaubat. Lukas 15:10