Cerita-cerita Kitab Suci
Perumpamaan Ketiga: Anak Lelaki yang Sesat


Perumpamaan Ketiga

Anak Lelaki yang Sesat

seorang lelaki dan dua anak lelaki

Seorang lelaki mempunyai dua orang anak lelaki. Lelaki tersebut telah berjanji untuk memberikan hartanya kepada mereka ketika dia meninggal dunia. Anak bongsu itu tidak ingin untuk menunggu. Dia meminta ayahnya untuk bahagian hartanya. Ayahnya memberikan ia kepadanya.

orang sedang minum

Anak tersebut mengambil harta itu dan meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang lain. Anak tersebut membuat dosa berkali-kali. Dia menghabiskan semua harta tersebut.

dua lelaki sedang bercakap

Akhirnya, anak tersebut tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Dia sungguh lapar. Dia meminta bantuan daripada seorang lelaki. Lelaki tersebut mengambilnya bekerja untuk memberi makan kepada babi-babinya.

lelaki berdiri di sebelah babi

Anak tersebut sungguh lapar sehingga dia ingin makan makanan babi itu. Dia mengetahui bahawa para orang suruhan di rumah ayahnya mempunyai makanan yang lebih baik untuk dimakan berbanding dia.

lelaki melihat anak lelakinya kembali ke rumah

Dia mengambil keputusan untuk bertaubat dan meminta untuk menjadi orang suruhan di rumah ayahnya. Ketika anak lelaki tersebut kembali ke rumah, ayahnya terlihat kepulangannya.

lelaki berlari untuk bertemu anak lelakinya

Ayah tersebut berlari untuk bertemu anak lelakinya. Dia memeluk anaknya dan menciumnya.

lelaki bercakap kepada anak lelaki

Anak lelaki tersebut memberitahu ayahnya bahawa dia telah berdosa. Dia merasakan dirinya tidak layak digelar anak kepada ayahnya.

anak lelaki memakai jubah

Ayah tersebut memberitahu seorang orang suruhan untuk membawa pakaian yang terbaik dan memakaikannya pada anak lelaki tersebut. Orang suruhan tersebut memakaikan kasut pada kaki anak lelaki tersebut dan sebutir cincin pada jarinya.

orang-orang menjamu

Ayah tersebut memberitahu kepada orang suruhan tersebut untuk menyediakan sebuah jamuan. Dia ingin semua orang untuk meraikannya. Anak lelaki yang telah berdosa tersebut telah bertaubat dan kembali ke rumah.

seorang lelaki dan wanita bercakap

Anak lelaki sulung bekerja di ladang. Ketika dia kembali ke rumah, dia terdengar muzik dan tarian. Seorang orang suruhan memberitahunya bahawa adik bongsunya telah kembali ke rumah. Ayahnya ingin semua orang untuk meraikannya.

seorang lelaki bercakap kepada anaknya

Anak lelaki sulung menjadi marah dan tidak mahu masuk ke dalam rumah tersebut. Ayahnya keluar untuk bercakap kepadanya.

seorang lelaki bercakap kepada anaknya

Ayah itu bersyukur bahawa anak lelaki sulung telah sentiasa bersamanya. Segala yang ayah itu miliki akan menjadi miliknya. Ayah juga berkata ia adalah patut untuk diraikan. Dia sungguh gembira anak lelaki bongsunya telah bertaubat dan kembali ke rumah.

Yesus bercakap kepada para pengikut-Nya

Yesus menyatakan kepada orang Farisi tiga perumpamaan tersebut kerana Dia ingin mereka tahu betapa Bapa Syurgawi mengasihi setiap orang. Dia mengasihi orang-orang yang mematuhi-Nya. Dia juga mengasihi pendosa-pendosa, tetapi Bapa Syurgawi tidak dapat memberkati mereka sehingga mereka bertaubat. Dia ingin pendosa-pendosa untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Dan Dia ingin kita untuk membantu mereka melakukan itu dan menjadi gembira ketika mereka kembali.