Orang yang menyelamatkan. Yesus Kristus, melalui Korban Tebusan-Nya, menawarkan penebusan dan keselamatan kepada seluruh umat manusia. “Juruselamat” adalah nama dan gelaran dari Yesus Kristus.
Engkau harus namakan Yesus: kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka, Mat. 1:21 .
Pada hari ini telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan, Luk. 2:11 .
Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Putera-Nya yang tunggal, untuk menyelamatkannya, Yoh. 3:16–17 .
Tiada nama lain kecuali Kristus yang manusia dapat diselamatkan, Kis. 4:10–12 (2 Ne. 25:20 ; Mosia 3:17 ; 5:8 ; A&P 18:23 ; Musa 6:52 ).
Dengan penuh harapan kita menanti-nantikan kedatangan Penyelamat kita, Tuhan Yesus Kristus dari syurga, Flp. 3:20 .
Bapa mengutus Anak-Nya untuk menjadi Penyelamat dunia ini, 1 Yoh. 4:14 .
Tuhan bangkitkan seorang Mesias, seorang Juruselamat dunia, 1 Ne. 10:4 .
Anak Domba Tuhan ialah Juruselamat dunia, 1 Ne. 13:40 .
Pengetahuan tentang Juruselamat akan menyebar ke setiap bangsa, kaum, bahasa, dan khalayak, Mosia 3:20 .
Kristus harus mati bahawa keselamatan boleh datang, Hel. 14:15–16 .
Persolehan dan pengudusan melalui Yesus Kristus adalah adil dan benar, A&P 20:30–31 .
Aku ialah Yesus Kristus, Juruselamat dunia, A&P 43:34 .
Anak Tunggal-Ku ialah Juruselamat, Musa 1:6 .
Sebanyak mana yang percaya kepada Putera dan bertaubat dari dosa-dosa mereka akan diselamatkan, Musa 5:15 .